Tiga Sekawan: Hishammuddin, Ahmad Jauhari, Azharuddin
Dah lebih dua bulan misteri kehilangan MH370. Suatu misteri yang masih lagi misteri. Sepanjang tempoh ni, ada tiga figura yang aku rasa antara yang paling tabah menghadapi misteri ini. Tiga individu itu tak lain tak bukan mereka yang selalu berada di sidang media MH370: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan), Dato' Azharuddin (Ketua Pengarah DCA), dan Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS). Trio PC "Tiga Sekawan" cr: astro awani Aku tak nak komen mengenai kerja-kerja mereka di belakang tabir. Aku nak komen mengenai cara mereka mengendalikan sidang media, komunikasi mereka di hadapan khalayak wartawan pelbagai agensi media tempatan dan asing. Apa yang baik dan apa yang kurang. Sesuatu yang boleh dijadikan iktibar untuk aku. (in terms of communication/public speaking okay, not in terms of searching an aircraft) Pasal nak cari kapal terbang aku serah pada yang pakar. Komen lebih lebih aku yang pening.