Posts

Armada - Asal Kau Bahagia

Image
*do you have a theme song? a song that can relate to your own life. your own story. Yeahh... this is my current song. haha... 

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Image
Hi all... Bersempena dengan Lazada Online Revolution Sales, Lazada sekali lagi menganjurkan contest untuk bloggers. Yeahh!!! Lazada is awesome! -Lazada Online Revolution Blogger Contest- Contest ini bermula dari 1 November 2017 sehingga 14 Disember 2017. Nak join contest, blogger perlu menjawab soalan-soalan mudah dan membuat entri di dalam blog masing-masing berkenaan contest ini. Blogger perlu nyatakan dalam entri berkenaan mengenai Lazada Online Revolution Sales. Soalan: 1) Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? Pengalaman saya membeli produk secara online bermula pada 21 November 2015. Produk pertama yang saya beli secara online adalah LCD Digital Upper Arm Blood Pressure and Heart Beat Automatic Monitor. Produk kedua pula adalah Elizabeth Arden Eight Hour Cream Lip Protectant Stick SPF 15 . Kedua-duanya saya order pada hari yang sama. Cara untuk membeli di Lazada sangat mudah.  Lazada - web

Tombiruo: Bangkitnya Penunggu Rimba

Image
Nak tengok full movie, silalah ke panggung wayang yang berdekatan. Berbaloi tengok kat cinema. Lawa sangat filem ni dibuat. Dua movie terbaru yang aku tengok- Bisik Pada Langit dan Tombiruo. Kedua-dua filem ni punya cinematografi yang sangat cantik. Sebagai penonton yang bayar tiket movie, memang aku berpuas hati. Filem Tombiruo ni memang aku tunggu dari tahun lepas lagi. Aku dah mention dalam blog dua tiga kali jugak rasanya. Sampai sanggup beli trilogi novel Tombiruo sebab nak baca balik kisah Tombiruo ni. Tapi, nasihat aku, kepada yang tak pernah baca novel dia, kamu boleh pergi tengok dengan senang hati. Kepada yang dah baca, dan masih ingat jalan cerita dalam novel tu, kamu kena pergi menonton dengan hati yang terbuka, expect the unexpected, dan berlapang dada jika ada kemusykilan dari segi plot cerita movie ni. Sebab lain sangat. Tak sama. Berbeza novel dan movie. Jangan expect dan harapkan pembuat movie ni akan buat sebijik jalan cerita macam dalam novel. Nanti kamu kecewa.

Bisik Pada Langit- filem mesti tonton

Image
Bisik Pada Langit. Sebuah filem yang menjadi trending selepas ditayangkan baru baru ni. Mulanya, aku tak plan nak tengok, tapi disebabkan hari hari terbaca komen-komen di IG ummi nazeera yang puji filem ni best, aku jadi terpengaruh nak tengok. Dan selepas menonton filem ni, aku rasa memang berbaloi, dan faham mengapa filem ni jadi popular. Sentuhan Kabir Bhatia sebagai pengarah. Need to say more? Kabir Bhatia yang buat cerita Nur Kasih dulu tu. Memang dijamin berbaloi lah untuk tengok di panggung wayang. Lawa sangat sinematografi dia. *two thumbs up* Lagi satu, pelakon-pelakon dia. Semua hebat. Lakonan sangat berkesan daripada Jalil Hamid (Rosli), Beto Kusyairy sebagai Zaidi dan Ummi Nazeera (Hajar). Naim Daniel sebagai Adik bongsu pun best. Jalil Hamid layak untuk menang pelakon lelaki terbaik. Serius sangat layak! Sangat bersahaja. Dialog yang ringkas tapi berkesan dan menyentuh hati. Ada dua tiga scenes yang bila lepas je Jalil Hamid bagi dialog dia... mata aku bergenang

Malaysia Day Sale with LAZADA

Image
Tengah duk online, keluar pulak iklan lazada ni haaa... adoi..  Lazada duk buat sale lagi. Kali ini sempena Malaysia Day bermula 14 September 2017 hingga 16 September 2017. Adoi.. hari ni la start nyerr.. Diskaun memang gile-gile punya. ada yang sampai diskaun 85%. Tergugat iman betul. Setiap 2 jam dari pukul 10 pagi sampai 4 petang ada flash sales. Harga turun kaw kaw. Time aku bukak ni, dah terlambat. Hari ni tak sempat. Nanti esok nak try lagi. Terus la duk klik klik tengok barang2 yang dijual di Lazada ni. Lipstik murah !!!!! aku ni dah la suka beli lipstik. Adoi maaa... Ada yang sangkut 1-2 ni. Hehe.. Apa lagi, ramai ramai kita.... JOM LAZADA !