Posts

Trip To Hokkaido [part 3]

Image
Sambung cerita pergi ke Hokkaido... sunrise Aku pergi hujung bulan tiga. kalau di Tokyo dah nak masuk musim bunga. Tapi di Hokkaido masih lagi musim winter dan salji masih lebat lagi. Perjalanan dari KL ke Sapporo memakan masa 8 jam. Sampai je di Shin-Chitose Airport, terus ternampak ni... doraemon haaaa... doraemon penyambut tetamu. Di dalam kawasan Chitose Airport ini banyak tempat menarik untuk bergambar. Dari Chitose airport naik train ke Sapporo station. One thing i like about japan is their public transportation system. Servis terbaik. Semua teratur. Orang Jepun pun sopan je semuanya. Tak de bising-bising, kebersihan tak yah cakap la kan..first class. Sampai di Sapporo station, kami terus mencari locker untuk simpan beg..Elok sahaja keluar dari Sapporo station, salji mula turun. Sejuk ia memang tak boleh bawak bincang. Nasib baik pakai jacket tebal. Dari Sapporo station, pergi ke kedai ramen halal. Jalan kaki tak jauh pun. Kat situ ramai muslim da

Charlie's Angels

Image
Semalam aku pergi tengok filem terbaru yang sedang tayang sekarang - Charlie's Angels. Siapa yang nak rilex-rilex chill sambil makan popcorn boleh la cari masa pergi tengok filem ni. Aku tak nak review panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best untuk ditonton. Ada aksi, ada lawak-lawak jugak especially from character Sabina (Kristen Stewart). Ada plot twist di hujung cerita. Dia buat kita berteka teki siapa sebenarnya dalang yang mengancam keselamatan charlie's angels 3 orang tu. Aku suka tengok gadget-gadget diorang. Ada cermin mata Tony Stark guysss. Cermin mata yang bila dipakai je kita boleh scan background orang-orang di depan kita. Like seriously??? Benda ni memang dah ada orang cipta ker? Atau ciptaan untuk  digunakan dalam filem sahaja. Ada coklat pudina tapi bukan coklat dan bukan untuk dimakan sebab ia hanyalah alat untuk buat orang pengsan.  Overall aku enjoy tengok filem ni.  My Rating: 4/5

Filem Pusaka

Image
Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem terbaru Pusaka. Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, dan Hafidz Roshdi. Bila tengok filem Melayu genre seram memang aku rasa takut sedikit. Kalau cerita english aku okay je. Tapi kalau filem Melayu seram dia bukan biasa-biasa. Mungkin sebab environment dalam filem tu yang dekat dengan masyarakat Melayu jadi seram filem Melayu ni lebih extra.  Filem Pusaka secara ringkasnya mengisahkan Inspektor Anuar yang ditugaskan untuk menyiasat satu kes di sebuah banglo lama. Dia terjumpa seorang mayat dan seorang perempuan yang masih hidup di dalam banglo tersebut. Pelbagai perkara mistik terjadi dan satu persatu ahli keluarga perempuan ini diserang. Tak mau lah tulis jalan cerita sampai habis, silalah menonton di pawagam berhampiran. #sokongfilemtempatan Apa yang best pasal filem ni? Syafiq Kyle. Hahahha... bukan sebab dia handsome. Tapi sebab dia dah berjaya lakonkan watak Inspektor Anu