Cubaan membuat puding roti sendiri. Hehe...selalu duk makan yang orang lain buat, hari ni nak try sendiri. Senang sangat cara buatnya. Bahan: Roti- wajib. Kalau letak biskut jadi puding biskut la plak kan. Susu segar. Nak pakai susu cair pun boleh. Telur Esen vanila Planta Gula Sos kastard: Susu cair Tepung kastard Gula Cara: Masukkan 3 biji telur, 2 sudu besar gula, 1 sudu kecil esen vanila, 2 gelas susu segar, dan 2 sudu planta dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Planta hanyalah tambahan. Tak letak pun takpe. Lepas dah penat kacau boleh letak roti. Nak letak banyak or sedikit ikut selera. Aku letak 9 keping roti. Belah dua roti-roti tu dan letak elok-elok dalam bekas tadi. Biarkan adunan puding roti ni selama beberapa minit. Aku jenis tak penyabar, kejap je aku rendam, seeloknya rendam lama sedikit dalam 30 minit. Dah puas berendam, letak adunan puding roti ni dalam bekas lain pulak untuk dibakar selama 50 minit. Cara membuat sos kastard M