Posts

Showing posts with the label Diary

RECAP 2023

Just for memory and self-reflection. What happened in 2023 Job: still the same. new job grade alhamdulillah. still the same position, same workload.  Money: i think i was overspend my money last year. hopefully i can fix my habit in 2024. Travel: no travel in 2023, just go staycation nearby.  Purchase: what did I purchase last year? no new phone, no new laptop, i don't think i got big purchase last year. what did i do with my money last year?  Korea: I guess this was my big purchase. I pull the trigger. I went to the Kim Seon Ho fan meeting in KL. he is so handsome. I went to watch The Childe in cinema thrice! yeap i watch the movie three times. Never regret.  In short- 2023 is the year that I met my favourite actor Kim Seon Ho.  remarks: since i no longer have passion to write actively in this blog. I dont want to delete it. it has long history in my online journey. so, i guess this blog will be my place to write random things as in i'm writing in my journal, like a diary, a p

Dear Self

  Dear Self, I'm just rambling here.  be strong dear self,  i know your mind is not in good shape.  you have so many thoughts.  so many what ifs.  you feel like you have been trapped in your comfort zone.  comfort zone yet it's stressing you out. feel pressure.  I know. you are in the position that you feel you are know longer seeing the growth.  like you are not going up, you are not going down either.  just standing still in the middle. feeling lost.  hopefully 2024 will bring you the happiness or as some one says, hope you can realize happiness in your daily life. 

Get started

Image
 It's 2021. And we are still struggling with covid-19 pandemic. Infact the number of cases in Malaysia is keep rising. I lost track with all the numbers and stats. Last week I got my 1st dose vaccine. Lucky me that I don't really got bad side effect except small pain at my hand. To be honest, today is the first time this year that I open my blog. I even have to change new password so that I can open my blogger dashboard. I feel like nowadays people have shifted to new social media like Instagram, Tik Tok or Facebook to share their content. But I feel like I want to keep this space. My special place here in blogspot since 2010. I know I rarely post here and my content here is just random but yeah....I want to keep writing and posting blog. Because sometimes I just want to share my feel through writing and I guess I can just keep doing it here. 😊 So this is my 1st post in 2021. Till we meet again in my 2nd post. Bye.... Random pic

Sekali sekala jadi food hunter

Image
Burger terbaik adalah burger yang sedap dan murah. Yess. Dan aku dah jumpa burger paling sedap di Shah Alam ni. Jawapannya adalah Loyal Burger. Tak perlu risau. Just google or waze Loyal Burger  dan korang akan jumpa gerai Loyal Burger. Beralamat di No l2, Jalan Boling Padang El3/E, Seksyen 3, 40l00 Shah Alam, Selangor. Gerai dia terletak berhampiran dengan Family Mart Menara U.  Menu popular dia semestinya Crispy Chicken Burger with Salteg Egg Cream. Harga tak mahal pun, RM4.99 je. Tak nak salted egg, boleh beli yang original cheesy sauce dengan harga RM4.49 je. Luaran nampak biasa je kan. But don't judge a book by its cover, don't judge this burger by its plastic. Serious tak tipu. Korang wajib try okay Salted Egg Burger @ Loyal Burger. Aku jamin korang akan datang balik untuk makan burger ni. Dia punya rasa salted egg tu tak muak pun, creamy dia just nice elok cukup sesuai dgn sebiji burger ni. Ayam dia pun sedap. Roti burger pun lembut je. Aku d

Wardah Skin Innovation event - Central I-City

Image
Have you guys try using Wardah? Produk Wardah banyak dijual di Watsons. Sekarang ini aku tengah pakai produk serum (yang packaging kuning) dan bedak compact dia (warna biru). So far not bad. Aku berpuas hati dengan produk Wardah. Semalam aku pergi ke Central I-City Shah Alam just for window shopping tapi kebetulan nampak ada event Wardah depan Sogo. Jadi singgahlah sekejap.  Ada makeup artis Aina Nabila sedang buat demo makeup. Sambil bermakeup sambil bagi tips solekan pada semua yang hadir di situ. Aku suka tengok dia mekap adik tu. Memang nampak lagi berseri lepas dia pakai foundation. Selain itu, ada juga promosi barangan Wardah. dalam kepala aku dah ulang banyak kali dah.."no lipstik, no lipstik, no lipstik" Tapi aku pergi gatal tangan duk pegang-pegang tester lipstik kat situ. datang pulak adik promoter Wardah duk promote....hasilnya terbeli jugak la lipstik- Exclusive Matte Lip Cream. 2 kod warna iaitu kod 03 (See You Latte) dan kod I2 (Plum I

Trip To Hokkaido [part 3]

Image
Sambung cerita pergi ke Hokkaido... sunrise Aku pergi hujung bulan tiga. kalau di Tokyo dah nak masuk musim bunga. Tapi di Hokkaido masih lagi musim winter dan salji masih lebat lagi. Perjalanan dari KL ke Sapporo memakan masa 8 jam. Sampai je di Shin-Chitose Airport, terus ternampak ni... doraemon haaaa... doraemon penyambut tetamu. Di dalam kawasan Chitose Airport ini banyak tempat menarik untuk bergambar. Dari Chitose airport naik train ke Sapporo station. One thing i like about japan is their public transportation system. Servis terbaik. Semua teratur. Orang Jepun pun sopan je semuanya. Tak de bising-bising, kebersihan tak yah cakap la kan..first class. Sampai di Sapporo station, kami terus mencari locker untuk simpan beg..Elok sahaja keluar dari Sapporo station, salji mula turun. Sejuk ia memang tak boleh bawak bincang. Nasib baik pakai jacket tebal. Dari Sapporo station, pergi ke kedai ramen halal. Jalan kaki tak jauh pun. Kat situ ramai muslim da

First try - art with oil pastels

Image
Ingat tak previous post yang aku kata nak buat first challenge mengunakan crayon. Yeahh...finally i did. Memang aku cuba buat macam yang dalam youtube tu. Cuma tak de lah nak copy sebijik sama. Just want to get some idea on how to start.  First buat border dulu. Penting ni. Baru lah hasil akhir nanti nampak lebih kemas.  Terketar-ketar jari aku nak start. Hahaha...tapi belasah je lah. Pakai warna kuning dulu. Kemudian pakai warna peach, oren, merah, light blue and dark blue. Since aku first timer- so memang aku cuba nak ikut warna yang sama sebab nak tengok hasil akhir macam mana. Next time bila dah pandai, boleh la aku play with colors pulak. Campur-campur warna lain.  Nampak tak dah muncul belang-belang tu. Ni step untuk campurkan warna. To blend the colors you can use tissue papers. Pakai jari pun boleh. No problemo.  Hasilnya.... Since aku tak de idea nak lukis apa, aku just put some words there to finish it off... Yeayyy... Dah siaaaaappp..

Starting new hobby

Image
After working twelve hours per day, six days per week, I do believe that I need to do something just for fun. In one word- hobby. Selama ni, hari off day biasa aku keluar jalan-jalan but there are times that I just have my 'me-time' at home watching variety show, drama, youtube video or just scrolling my IG or FB.  So, I think instead of watching the screen non stop, I need to do something else. I came across this youtube channel Art@Aftab  and I really like the artworks there. It shows the step by step on how to draw by using oil pastels (atau nama lain dia crayon) The videos are great for beginner like me.  My new hobby. Starting with small not so expensive one. It only costs me RM I8.40.  Aku rasa nak try challenge buat macam video ni.  Nampak senang tapi tak tau la dengan bakat melukis aku yang tak ada ni macam mana hasilnya nanti. My first challenge. Kalau menjadi aku buat next post, kalau tak jadi, aku delete terus post ni. Hahaha... 

Trip To Hokkaido [part 2]

Image
Sambungan from previous post .. Bagi sesiapa yang ingin menggunakan simkad semasa travel, anda semua boleh layari laman web hello1010.my .  Pilih negara mana yang akan dilawati Ada banyak pilihan simkad yang ditawarkan di hello1010. So, untuk senang pilih ikut bajet dan keperluan kita. Apa yang aku buat, aku tandakan dulu di bahagian Shop By apa yang aku nak. Bajet aku dalam rm100, tempoh masa di Jepun hanyalah 7 hari, jadi aku pilih tempoh masa paling minimum iaitu 8 hari. Last sekali, aku pilih data only. So, option yang tinggal hanya dua. Jadi aku timbang tara antara dua pilihan ini mana yang terbaik untuk aku. Baca review. Akhirnya aku pilih option pertama. Japan and South Korea 8 Days (Infinite Data) - Harga: RM92.  Kalau ikutkan ada lagi option yang lagi murah, like I said before, pilih ikut keperluan. Aku kat sana memang banyak bergantung pada internet. Jadi aku pilih yang unlimited data. So takdelah risau tak cukup data or internet

Trip To Hokkaido [part 1]

Image
Bulan Mac yang lepas aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun. Ini trip kedua aku ke Jepun. Tahun lepas aku follow group trip pergi ke Tokyo. So everything was planned by tour guide. I just prepared money, and clothes. Tak de nak pening-pening kepala fikir pasal tiket flight, train, atau hotel. Semuanya diuruskan oleh tour guide. But for this year, it is a personal trip. Aku hampir-hampir nak pergi seorang diri je. Kononnya nak buat solo trip. Tapi aku tahu mak aku mesti tak bagi punya, so untuk tak nak bagi dia risau terlebih aku ajak my sister untuk join sama. Just two of us. This year we're going to Hokkaido to see my brother and attend his graduation day.  Untuk preparation trip kali ini, aku tak banyak beli benda baru sebab aku pakai je balik baju-baju yang aku bawa untuk trip tahun lepas. Sebabnya dua-dua trip aku ke Jepun pada musim sejuk. Winter jacket, inner heat-tech, sweater, stokin semua dah beli waktu trip tahun lepas. Aku cuma perlu beli winter shoes, dan gloves

Lemang 1-2-3

Image
Salam semua. Sempena Aidiladha, aku post pasal menu raya aku buat hari raya haji baru baru ni. Rasa sayu sikit tahun ni, sebab first time raya haji kt ofis. Aku kerja tahun ni. Tak ambil cuti, Tak pe lah, next year aku cuti. Anyway, malam raya, aku ngan housemates pergi beli barang di Giant. Nak masak la kononnya. Tapi ya ampun...ramainya la hai orang. Diorang ni semua pun macam kami jugak. Beli barang last minit. Member aku semangat nak beli barang- ramuan nak buat ayam masak merah,rendang bagai...sekali banyak yang dah takde. Mak dia punya solution.. senang katanya.  semua dah ada dalam paket tu. ikut je resepi dia. Beli ayam, goreng, campur kuah masak merah. settle.  Selain ketupat, kami beli lemang. Teringin nak makan punya pasal. Kami beli yang lemang dalam paket Nona. First time nak try lemang segera macam ni. Cara senang sangat. 3 step je. First step rebus paket lemang dalam air. Sampai mendidih. Second step- campur serbuk santan yang dah tersedia da

Short trip to Pulau Perhentian

Image
Ini kisah perjalanan aku ke Pulau Perhentian. Flight dari Subang ke Kota Bharu sepatutnya pukul 11.50 pagi, tetapi ditangguhkan ke pukul 12.15 tengah hari. Nasib baik! Sebab aku sampai di airport Subang tepat pukul 11.50pagi. Haha..terkejar-kejar berlari masuk ke balai berlepas. Nasib baik sempat. Sampai di airport Kota Bharu, masih lagi berkira-kira nak pergi ke Pulau Perhentian ke atau nak balik rumah terus. Tapi semangat adventure tu tetiba ada. Jadi, aku decide untuk redah je ke Pulau Perhentian. Van ke Jeti Besut akan sampai pukul 2 ptg. Masuk kedai dalam airport tu beli keperluan apa yang patut. Kemudian tunggu van di luar. Pukul 2 petang, van tiba dan bawa ke Jeti Besut. Kemudian beli tiket bot nak ke Pulau Perhentian. Beli tiket 2-way pergi balik dalam 60 ringgit seorang. Perjalanan dari jeti ke pulau ambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai di Pulau Perhentian...what a view!!! serious cantik sangat!!! terus rasa tak menyesal buat keputusan ad hoc nak datang sini.

Majlis Pembukaan Sukan Sea ke-29 #KL2017

Image
*warning: long post* Tahun 2017, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea. Kalau sebelum ni selalu tertunggu tunggu depan tv nak tengok majlis pembukaan Sukan Sea. Tapi kali ini, aku berpeluang untuk tengok secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. *excited giler* first time kot nak pergi stadium.  Bertolak dari rumah lepas Zohor. Mula-mula terpikir nak pergi dengan kereta je ke stadium. Tapi kami decide pergi dengan lrt je. Parking kereta di LRT Putra Heights kemudian naik lrt ke Bukit Jalil. Dah sampai sana di Bukit Jalil, berduyun-duyunla semua berjalan kaki ke stadium. Food truck di sebelah kiri sepanjang jalan nak ke stadium. Belah kanan pulak orang duk jual merchandise. Macam -macam ada. Baju, topi, bendera, dll. Aku beli bendera je. RM5 untuk 2 bendera. sepanjang jalan ada orang jual makanan Dah nak dekat pukul 6 petang barulah kami beratur masuk ke dalam stadium. Waktu tu tak ramai lagi. Lepas pukul 6 petang ada pertunjukan pancaragam. T