Wardah Skin Innovation event - Central I-City



Have you guys try using Wardah? Produk Wardah banyak dijual di Watsons. Sekarang ini aku tengah pakai produk serum (yang packaging kuning) dan bedak compact dia (warna biru). So far not bad. Aku berpuas hati dengan produk Wardah. Semalam aku pergi ke Central I-City Shah Alam just for window shopping tapi kebetulan nampak ada event Wardah depan Sogo. Jadi singgahlah sekejap. 



Ada makeup artis Aina Nabila sedang buat demo makeup. Sambil bermakeup sambil bagi tips solekan pada semua yang hadir di situ. Aku suka tengok dia mekap adik tu. Memang nampak lagi berseri lepas dia pakai foundation.



Selain itu, ada juga promosi barangan Wardah. dalam kepala aku dah ulang banyak kali dah.."no lipstik, no lipstik, no lipstik" Tapi aku pergi gatal tangan duk pegang-pegang tester lipstik kat situ. datang pulak adik promoter Wardah duk promote....hasilnya terbeli jugak la lipstik- Exclusive Matte Lip Cream. 2 kod warna iaitu kod 03 (See You Latte) dan kod I2 (Plum It Up). 




Hasil tangkapan di event Wardah semalam.




bonus: selesai tengok event Wardah, singgah Watsons. Ternampak foundation yang MUA Aina guna. Kebetulan Watsons ada buat weekend sales. Kebetulan pulak foundation yang sedia ada kat rumah dah habis. Jadi....alang-alangkan. hehehehe (banyak benor alasannye)


yeay....ada foundation baru. 


Pada pengguna Wardah, anda boleh datang ke Central I-City. Sedang berlangsung event Wardah di sana. Next event will be on 28-29 december and 3l december 20l9. 

Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji