Posts

Showing posts from November, 2018

Polis Evo 2

Image
Apa yang aku suka mengenai Polis Evo dulu adalah elemen-elemen aksi, dan komedi yang seimbang.  Seperti puzzle yang saling melengkapi satu sama lain yang menjadikan filem Polis Evo sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Jadi, aku mengharapkan pengalaman yang sama aku akan rasa bila menonton Polis Evo 2. Petikan sinopsis dari cinema.com Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.  Kisah Polis Evo 2 masih lagi berkisar pada kes dadah tapi dicampur dengan isu yang lagi besar iaitu isu keganasan. Ada aku terbaca komen pasal Polis Evo 2.  Paskal + Munafik = Polis Evo 2. I kinda agree with that equation. Elemen lawak, komedi memang kurang dalam Polis