Posts

Showing posts with the label Review

Sekali sekala jadi food hunter

Image
Burger terbaik adalah burger yang sedap dan murah. Yess. Dan aku dah jumpa burger paling sedap di Shah Alam ni. Jawapannya adalah Loyal Burger. Tak perlu risau. Just google or waze Loyal Burger  dan korang akan jumpa gerai Loyal Burger. Beralamat di No l2, Jalan Boling Padang El3/E, Seksyen 3, 40l00 Shah Alam, Selangor. Gerai dia terletak berhampiran dengan Family Mart Menara U.  Menu popular dia semestinya Crispy Chicken Burger with Salteg Egg Cream. Harga tak mahal pun, RM4.99 je. Tak nak salted egg, boleh beli yang original cheesy sauce dengan harga RM4.49 je. Luaran nampak biasa je kan. But don't judge a book by its cover, don't judge this burger by its plastic. Serious tak tipu. Korang wajib try okay Salted Egg Burger @ Loyal Burger. Aku jamin korang akan datang balik untuk makan burger ni. Dia punya rasa salted egg tu tak muak pun, creamy dia just nice elok cukup sesuai dgn sebiji burger ni. Ayam dia pun sedap. Roti burger pun lembut je. Aku d

Charlie's Angels

Image
Semalam aku pergi tengok filem terbaru yang sedang tayang sekarang - Charlie's Angels. Siapa yang nak rilex-rilex chill sambil makan popcorn boleh la cari masa pergi tengok filem ni. Aku tak nak review panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best untuk ditonton. Ada aksi, ada lawak-lawak jugak especially from character Sabina (Kristen Stewart). Ada plot twist di hujung cerita. Dia buat kita berteka teki siapa sebenarnya dalang yang mengancam keselamatan charlie's angels 3 orang tu. Aku suka tengok gadget-gadget diorang. Ada cermin mata Tony Stark guysss. Cermin mata yang bila dipakai je kita boleh scan background orang-orang di depan kita. Like seriously??? Benda ni memang dah ada orang cipta ker? Atau ciptaan untuk  digunakan dalam filem sahaja. Ada coklat pudina tapi bukan coklat dan bukan untuk dimakan sebab ia hanyalah alat untuk buat orang pengsan.  Overall aku enjoy tengok filem ni.  My Rating: 4/5

Filem Pusaka

Image
Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem terbaru Pusaka. Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, dan Hafidz Roshdi. Bila tengok filem Melayu genre seram memang aku rasa takut sedikit. Kalau cerita english aku okay je. Tapi kalau filem Melayu seram dia bukan biasa-biasa. Mungkin sebab environment dalam filem tu yang dekat dengan masyarakat Melayu jadi seram filem Melayu ni lebih extra.  Filem Pusaka secara ringkasnya mengisahkan Inspektor Anuar yang ditugaskan untuk menyiasat satu kes di sebuah banglo lama. Dia terjumpa seorang mayat dan seorang perempuan yang masih hidup di dalam banglo tersebut. Pelbagai perkara mistik terjadi dan satu persatu ahli keluarga perempuan ini diserang. Tak mau lah tulis jalan cerita sampai habis, silalah menonton di pawagam berhampiran. #sokongfilemtempatan Apa yang best pasal filem ni? Syafiq Kyle. Hahahha... bukan sebab dia handsome. Tapi sebab dia dah berjaya lakonkan watak Inspektor Anu

Kill Me Heal Me

Image
Ini drama korea keluaran MBC tahun 2015. Dah lama, tapi masih segar dalam ingatan. Tahun lepas duk tengok drama ni. Sampai sekarang duk teringat rasa nak tengok lagi. So, why dont i put some thoughts about this drama here. Lakonan mantap daripada Ji Sung dan Hwang Jeung Eum sebagai pelakon utamanya. Drama ini ada 18 episode. Mengisahkan Cha Do Hyun (Ji Sung) yang mempunyai penyakit multiple personality disorder. Cha Do Hyun sedar dia ada penyakit multiple personality disorder dah lama since dia remaja lagi. Cuba rawat penyakit ini dengan doktor psikologi peribadi dia secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga. Sepanjang dia tahu yang dia ada penyakit ini, dia dah kenal dengan 5 personality lain yang dia ada dalam diri dia. Maksudnya, dia bertukar menjadi fe w persons. Ada karakter bengis/garang yang dipanggil Shin Segi, ada karakter orang tua yang dipanggil Perry Park, karakter Ahn Yo Sub (remaja lelaki yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri, dan Ahn Yo Na (remaja perempuan

Polis Evo 2

Image
Apa yang aku suka mengenai Polis Evo dulu adalah elemen-elemen aksi, dan komedi yang seimbang.  Seperti puzzle yang saling melengkapi satu sama lain yang menjadikan filem Polis Evo sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Jadi, aku mengharapkan pengalaman yang sama aku akan rasa bila menonton Polis Evo 2. Petikan sinopsis dari cinema.com Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.  Kisah Polis Evo 2 masih lagi berkisar pada kes dadah tapi dicampur dengan isu yang lagi besar iaitu isu keganasan. Ada aku terbaca komen pasal Polis Evo 2.  Paskal + Munafik = Polis Evo 2. I kinda agree with that equation. Elemen lawak, komedi memang kurang dalam Polis

Antman and The Wasp

Image
Jom kita sembang pasal lelaki semut ni. Aku tertanya tanya kenapa watak Antman tak keluar dalam Infinity War. Pertama, sebab aku lupa apa jadi dekat Antman dalam cerita Civil War. Kedua, aku tak perasan sangat penjelasan yang diorg bagi dalam cerita Infinity War. Sebab Antman ni kecil sangat. Tak perasan. Hahah.. ok. just joking. If I make a comparison, I would say, Antman and the Wasp is much better than the first movie Antman. Much much better. Suka dengan father-daughter relationship antara Antman dengan anak perempuan dia. She's cute. Suka dengan kawan Antman - si business partner tu. Bila bercakap susah nak berhenti. Especially bila dah terkena ubat kebenaran.  Dari segi plot, cerita kali ni lebih fokus kepada watak Dr Hank. Sampaikan aku rasa karakter utama dalam movie ni adalah Dr Hank. Bagaimana dia berusaha untuk mencari isteri dia. Well....he is the original Antman afterall. He created the suit. So... it's about him.  Part ending....hmmm... kala

Avengers: Infinity War & Deadpool 2

Image
Aku gabung je review for both films in this one post. Avengers: Infinity War Why????? why it happened like that? aku tergamam bila dah nak tamat cerita tu. Perasaan aku pada ketika itu sama dengan apa yang aku rasa masa first time tengok cerita Kal Ho Na Ho dulu. Mungkin ada yang blur...apahal boleh nak samakan dengan cerita hindustan pulak?? Eh...suka hati la kan.... Dah nak buat camner... ending dia macam tu. Rasa sayu di penghujung cerita. Aku mengharapkan ada keajaiban tapi filem tu habis macam tu jer..... Terpaksa tunggu next filem- Avengers 4 untuk tahu penamat cerita Avengers dan nasib semua ahli Avengers. Deadpool 2 Hilarious as always. Dia punya sarcasm/sarcastic what ever word you want to say... is A plus. (see...i made a pun there.. u get it?? ) Tapi ada juga part yang buat aku sedih, macam towards the ending, ingatkan dia betul2 mati... tapi boleh pulak diputarkan masa untuk selamatkan Deadpool. Nak senang kan... boleh buat next filem Deadpool 3. Hahaha 

Gonjiam: Haunted Asylum

Image
Who ever like to watch horror movie. then go watch this film.  Like I was watching their youtube live streaming when they went inside to this place. I like their acting because it kind of look natural. And even some of the actors use their own names in this film. The first part kind of slow and quite boring. The scariest part came towards the ending of this film.  Rating: 4/5

Tombiruo: Bangkitnya Penunggu Rimba

Image
Nak tengok full movie, silalah ke panggung wayang yang berdekatan. Berbaloi tengok kat cinema. Lawa sangat filem ni dibuat. Dua movie terbaru yang aku tengok- Bisik Pada Langit dan Tombiruo. Kedua-dua filem ni punya cinematografi yang sangat cantik. Sebagai penonton yang bayar tiket movie, memang aku berpuas hati. Filem Tombiruo ni memang aku tunggu dari tahun lepas lagi. Aku dah mention dalam blog dua tiga kali jugak rasanya. Sampai sanggup beli trilogi novel Tombiruo sebab nak baca balik kisah Tombiruo ni. Tapi, nasihat aku, kepada yang tak pernah baca novel dia, kamu boleh pergi tengok dengan senang hati. Kepada yang dah baca, dan masih ingat jalan cerita dalam novel tu, kamu kena pergi menonton dengan hati yang terbuka, expect the unexpected, dan berlapang dada jika ada kemusykilan dari segi plot cerita movie ni. Sebab lain sangat. Tak sama. Berbeza novel dan movie. Jangan expect dan harapkan pembuat movie ni akan buat sebijik jalan cerita macam dalam novel. Nanti kamu kecewa.

Bisik Pada Langit- filem mesti tonton

Image
Bisik Pada Langit. Sebuah filem yang menjadi trending selepas ditayangkan baru baru ni. Mulanya, aku tak plan nak tengok, tapi disebabkan hari hari terbaca komen-komen di IG ummi nazeera yang puji filem ni best, aku jadi terpengaruh nak tengok. Dan selepas menonton filem ni, aku rasa memang berbaloi, dan faham mengapa filem ni jadi popular. Sentuhan Kabir Bhatia sebagai pengarah. Need to say more? Kabir Bhatia yang buat cerita Nur Kasih dulu tu. Memang dijamin berbaloi lah untuk tengok di panggung wayang. Lawa sangat sinematografi dia. *two thumbs up* Lagi satu, pelakon-pelakon dia. Semua hebat. Lakonan sangat berkesan daripada Jalil Hamid (Rosli), Beto Kusyairy sebagai Zaidi dan Ummi Nazeera (Hajar). Naim Daniel sebagai Adik bongsu pun best. Jalil Hamid layak untuk menang pelakon lelaki terbaik. Serius sangat layak! Sangat bersahaja. Dialog yang ringkas tapi berkesan dan menyentuh hati. Ada dua tiga scenes yang bila lepas je Jalil Hamid bagi dialog dia... mata aku bergenang

The Battleship Island

Image
Filem Korea yang aku paling tunggu tungu nak tengok. Sebab ada Song Joong Ki. hahaha.. jangan marah. Filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar yang berlaku di zaman pemerintahan Tentera Jepun. Berapa peratus kisah benar dan berapa peratus fiksyen dalam filem ini tak dapat dipastikan. Yang penting Joong Ki tetap menjadi askar Korea dalam filem ini dan di hujung-hujung cerita tetap menjadi hero. Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Hwang Jung Min, So Ji Sub, Lee Jung Hyun dan Kim Su An (pelakon cilik dalam Train To Busan). Dari segi plot, aku bagi 3/5. Plot dia bergerak cepat. Tapi tak terlalu choppy. Flow dia nice. Senang faham. Walaupun aku rasa ada few scenes yang patutnya dijelaskan dengan lebih details lagi. Especially part Joong Ki yang from Army Base to tetiba eh dah ada dalam terowong arang batu di pulau tu. Cepat advance hebat joong ki ni. Dan juga perlu ada lebih banyak scenes untuk menunjukkan perkembangan karakter setiap watak peting dalam f

Abang Long Fadil 2

Image
Filem sequel Abang Long Fadil ni katanya dah cecah rm13 juta dalam tempoh 13 hari. Serius lah gempak! Box Office! Sabtu lepas aku sempat pergi tengok filem Abang Long Fadil 2 di GSC. Ramai sangat orang kt dalam hall tu. Hampir penuh jugak la aku tengok. Aku pun terpaksa beli seat yang kt bawah. Filem Abang Long Fadil 2 ni kalau tak letak "2" kat belakang tajuk filem tu pun tak pe. Sebab yang sequel mengenai filem ni hanyalah watak Zizan tu sahaja. Yang lain semua baru. Pelakon-pelakon lain yang ada dalam filem ini seperti AC Mizal, Syamsul Yusuf, A.Galak, Shuib, Achey,Wak Doyok, Tania Hudson semuanya memegang watak2 baru dalam siri Abang Long Fadil ini. Memang tak ada sambungan dari segi jalan cerita dengan filem Abang Long Fadil yang pertama dulu. Pendek kata kalau tak tengok filem pertama pun tak pe. Kisahnya bermula dengan Fadil yang sudah keluar dari dunia gagster dan ingin mulakan hidup baru. Tapi tetap tak tinggal buat kerja tak betul dia. Haha... boleh pulak

Spiderman Homecoming, Valerian & Anabelle Creation

Image
Nak komen secara ringkas 3 movie terbaru yang aku sempat tengok. Spiderman Homecoming - menghiburkan. Enjoy sangat tengok movie ni. First sebab ada Tony Stark. hehe.. sorry. Aku team Ironman. Dua kali aku tengok movie ni. Sut Spiderman yang Mr. Stark bagi kat Peter tu cun giler. Valerian - serius kalau tanya aku balik cerita ni pasal apa aku tak leh jawab. Tapi graphic, gambar, cgi dia semua lawa. Superb! Dan juga aku ternampak Kris ex-member EXO dalam movie ni. Ada la 2-3 kali scene dia muncul. Bagi aku, bosan sket cerita ni. Anabelle Creation - seram to the max. Kenapa aku tertengok movie ni. Kenapa? Kenapa? ni semua sebab member aku ajak pergi tengok. Seram weh!! Movie ni prequel kepada movie anabelle sebelum ni. Dan menceritakan asal asul patung anabelle tu. Creepy betul patung tu. Sape yang cakap patung tu comel memang pelik.

Train To Busan

Image
Sebelum cuti raya haji yang lepas, aku sempat pergi tengok filem Korea tajuk Train To Busan. Siapa yang masih belum tengok, aku syorkan pergilah tengok filem ni. Best sangat! Filem ni punya thrill rasa lain macam. Rasa macam aku pun ada dalam train tu. Nampak je zombi duk kejar orang, terus semua pakat duk jerit LARI!!! Filem ni nak cakap, jangan pentingkan diri sendiri. Itu mesej utama yang aku dapat daripada filem ni. Kalaulah orang-orang yang dalam koc tu cepat bukak pintu, mesti pakcik badan sado tu masih selamat. Paling sedih bila part ending masa ayah budak tu kena gigit zombi jugak. Huaaaa!!!! Nangis juta lemon aku tengok part ni. Budak tu pandai sangat berlakon. Dia faham dan boleh agak apa akan terjadi dekat ayah dia lepas tu. Tapi sepanjang aku tengok filem aku tertanya-tanya macam mana diorang semua ni boleh bertukar jadi zombi. Macam mana virus boleh tersebar? Mungkin persoalan ni akan terjawab dalam filem  'Seoul Station nanti. Filem 'Seoul Station

Suicide Squad

Image
Off day yang lepas aku sempat pergi tengok filem suicide squad. Tak plan pun, sbb ramai member yang kata tak best sangat. Tapi waktu aku pergi hari tu, filem ni je yang ada time tu. so pilihla suicide squad.                         Aku tak tau sangat cerita2 from DC. So aku tak tau filem ni pasal apa sebenarnya. Bila dah tengok baru tau.. suicide squad ni ala2 team avengers la. Tapi versi DC. Geng geng yang join suicide squad semuanya ada kelebihan/ kekuatan masing masing. Tapi diorang ni selalu buat jahat sebelum ni menggunakan kekuatan diorang tu. Org government cuba kumpulkan diorang ni dan tubuhkan suicide squad untuk bantu jaga keamanan konon la... haha. Bagi aku filem ni macam tak teratur jalan ceritanya. Divergence. Ada sampai satu peringkat, aku konfius, diorang berlawan dgn siapa sebenarnya. Macam ramai sangat musuh. Lagi satu, gelap. Tak boleh ke diorang berlawan waktu siang? Hehe... Apa yg best pasal suicide squad? Aku dapat botol air satu. Haha..

Descendants Of the Sun fever

Image
It's been so long for me to have Kdrama fever. Remember this post ?  Descendants of The Sun or DOTS as many fans said brings back kdrama fever in me. Believe it or not, i watched this drama 5-6 times already. And dont think it will stop at 6. lol. i'm sure i'll watch it again for n-th times. To be honest, the first reason why i started this drama because of its hype. The hype about this drama has started since last year. So, it's like the most anticipating drama for 2016. Comeback drama for JoongKi post army and comeback drama for Hye Gyo after her last drama 3 years ago.  What i like about DOTS?  Song-Song Couple! Tbh, i know Joongki from his Running Man days. I never watch his drama or film before. So, you can see that i'm not his fan before. But this drama turn me into Joongki's fan. Haha... Melting with his acting as Captain Yoo Si Jin. And the chemistry between Song-Song couple is amazing.  Plot. Story about doctor and army is new. at least fo

Movie: FAN

Image
I watched it last month. but only today i got that mood to write in my bloggy. Heh. Planned to watch with my friend but end up watching it alone. Didn't matter. I enjoyed myself. No hal lah. Ok stop rambling. Let's go straight to FAN. After Dilwale, i was waiting for SRK's next movie. And this time, i really enjoy his acting. He played two characters, Gaurav and Aryan. As a superstar and an obsessive fan. He did great job. I feel like i can sympathize with both characters. However, I end up didn't root for neither Gaurav nor Aryan . Because, both have their faults and egos. About the plot, the first chapter is all about Gaurav. A young man who has genuine wish to see his big idol. I do find it's quite creepy though... why? Cause Gaurav is looking exactly like younger Shah Rukh Khan. But there were moment that made me forgot that he is Shah Rukh Khan. He is just Gaurav. Damn CGI and makeup! lol. look at that!!! shahrukh khan zaman muda!! The second chapte

Munafik

Image
17 juta dalam tempoh 26 hari. Macam tak caye je, tak sampai setahun rekod polis evo dah dipecahkan. We will see which one will be the new winner. Munafik? Ola bola? Atau Boiboiboy? Last week aku pergi tengok filem munafik. Serius seram giler. Balik lepas kerja terus pergi wayang. Ramai jugak la yang ada dalam hall tu. Kagum dengan filem terbaru syamsul yusof ni. Semua perempuan pakai tudung dalam cerita ni. Bahasa arab pun lancar je. Doa doa yang diorang lafaz pun lancar. Aku maafkan lakonan syamsul yang agak kaku. Hehe... Sebab dia pun jarang berlakon. Nabila mantap. Jalan cerita dia full of suspense. Banyak part yang aku tutup2 mata. Lol serius wehh..takut tengok. Terbang sana lompat sini. Flow story smooth je. Plot ok tak de caca marba. Bila dah nak hujung cerita, satu persatu dijelaskan hal sebenar. Kenapa waktu syamsul dan anak dia pergi melawat kubur isteri dia, ada pakcik tu pandang pelik je. aku ingatkan pakcik tu jahat. Rupanya dia pelik tengok syamsul cakap sorang2. Huhu.

Ola Bola

Image
Ola Bola. Hari Khamis lepas aku sempat pergi menonton filem Ola Bola. Aku pakai tiket free yang Celcom bagi. Thanks Celcom.  Sebelum ni ingatkan cerita Ola Bola ni memang berlatarkan masa zaman 80-an tu. Rupanya cerita ni jenis yang flashback.  Wartawan Marianne buat cerita pasal team bola sepak Malaysia tahun 1980. Marianne pergi mencari Eric, salah seorang pemain bola sepak ketika itu untuk mengetahui kisah sebenar mereka. Eric pun berceritalah...dan cerita ni pun kembalilah ke era 80-an. And yess.. cerita ni memang mengingatkan aku tentang filem Chak De India. Bezanya cuma jenis sukan. Ola Bola pasal bola sepak, Chak de India pasal hoki. Sepanjang tengok Ola Bola aku duk teringatkan scene2 yang ada dalam Chak de India. Bila part coach duk bagi semangat dalam bilik persalinan, aku teringat dekat scene Shahrukh Khan bagi ucapan berapi api dalam bilik persalinan dalam cerita Chak De India. Bukanla nak kata filem ni ada persamaan or copy paste cerita Chak De. Tapi sebab

Dilwale time!!

Image
Kalau ada sesape yang nak pegi tengok cerita Hindustan terbaru Shahrukh Khan ni, aku cadangkan pergi booking dulu, ataupun datang awal kt cinema. Sebabnye ya ampunnn.. asyik sold out je! Semalam aku ngan member konon2nye nak main redah je lah. Pergi kt Setia City Mall pagi, nak tengok tayangan yang pukul 11.15 pagi punya. Bila sampai sana tengok orang beratur punya la panjang. Ingatkan diorang ni pakat nak tengok Star Wars.. bila sampai turn kami nak beli tiket kaunter. Orang kaunter cakap semua tiket dah habis. Paling latest yg pukul 12 tengah malam punya. Giler?! Semua tayangan yang pagi, tgh hari, dan petang sold out! Penangan Dilwale. Anyway..tak nak mengalah. google tayangan kt tempat lain. Last2 gamble pergi Klang parade. Nasib baik ada. Tu pun seat yg dekat ngan screen dah. Sepanjang tengok movie ni asyik duk gelak je. Kelakar giler. Kalau aku boleh bagi review... Cerita Dilwale ni tipikal Bollywood punya style. Ada aksi, komedi, nyanyi2 romantik, family... cukup rencah l