Trip To Hokkaido [part 3]

Sambung cerita pergi ke Hokkaido...

sunrise

Aku pergi hujung bulan tiga. kalau di Tokyo dah nak masuk musim bunga. Tapi di Hokkaido masih lagi musim winter dan salji masih lebat lagi. Perjalanan dari KL ke Sapporo memakan masa 8 jam. Sampai je di Shin-Chitose Airport, terus ternampak ni...

doraemon


haaaa... doraemon penyambut tetamu. Di dalam kawasan Chitose Airport ini banyak tempat menarik untuk bergambar.






Dari Chitose airport naik train ke Sapporo station. One thing i like about japan is their public transportation system. Servis terbaik. Semua teratur. Orang Jepun pun sopan je semuanya. Tak de bising-bising, kebersihan tak yah cakap la kan..first class.


Sampai di Sapporo station, kami terus mencari locker untuk simpan beg..Elok sahaja keluar dari Sapporo station, salji mula turun. Sejuk ia memang tak boleh bawak bincang. Nasib baik pakai jacket tebal. Dari Sapporo station, pergi ke kedai ramen halal. Jalan kaki tak jauh pun. Kat situ ramai muslim datang makan ramen. Kebetulan waktu tengah makan, datang sepasang suami isteri orang Malaysia masuk ke kedai untuk makan disitu juga. Kami pun ajak mereka join sekali satu meja. Bila berada kat luar negara, jumpa rakyat Malaysia rasa macam jumpa family jugak walaupun tak pernah berjumpa sebelum ni.
kedai ramen halal



ramen halal. rasa dia sedap sangat. 



Dah habis makan, pergi masuk kedai donki. Tak ingat nama kedainye apa, tapi aku panggil kedai donki. Kedai donki banyak kat sana. Semua benda ada dijual di kedai donki. Souvenir, makanan, pakaian, jam, macam-macam la...you name it, you got it. Gitu konsep dia. Harga pun berpatutan.


Dah penat berjalan kami pulang ke Sapporo Station untuk ambil beg kemudian terus pergi ke tempat penginapan. Since kaki dah penat kami decide untuk naik teksi. Walaupun mahal tapi apakan daya, dengan cuaca sejuk + penat kami redha je. Teksi di Jepun agak canggih. Pintu dia terbuka sendiri. Sama ada di Jepun teknologi terlampau canggih atau rakyatnya jenis tak nak guna tenaga untuk buka dengan tangan sendiri.

Hari pertama di Saporro diakhiri dengan makan malam di kedai BBQ yang sediakan daging halal.










Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji