Sudah 5 tahun Tak pakai handphone?

Petikan daripada mStar:

"Penyanyi Dayang Nurfaizah,29, menjelaskan sudah lima tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun. 

Menurut Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih."

nak baca lebih detail, boleh klik sini

Tak sangka, ada jugak yg tak pakai handphone. Sebab rasanya sekarang ni majoriti dah pakai handphone. Kurang-kurangnya satu. Ada yg sampai pakai 2-3 handphone pun ada. maklumlah nombor banyak. Semua line dia ada. Celcom, Maxis, Digi. Kadang2 budak sekolah rendah pun dah sibuk2 mintak ngan mak bapak diorg nak henpon, nak henpon! haih! aku dulu... handphone pun x kenal time sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pun tak reti lagi nak tekan2 benda alah tu. betapa aku ni ketinggalan sket bab2 IT ni. 

Kalau dayang dah lima tahun tak pakai handphone, aku plak baru lima tahun pakai handphone. Tu pun pakai handphone cikai je. Cukup la yg boleh antar sms ngan call je. 

Buat masa ni belum terpikir nak tukar handphone. tapi kalau ada nak kasi hadiah..  ok jerr... hehe.. (^_^)

gambar dari: google

aku teringin nak pakai handphone Lollipop ni. nampak cun je. hehe.. 

Comments

emmm...dayang boleh la tak pakai fon..sbb ada PA.apa2 pun org call PA atau manager dia...
yup...kalau kita tak pakai fon, mcm mana la agaknya org nak call kita kan...kita nih x ada PA...hehhe
Anonymous said…
Ini masalah saya benar-benar dipecahkan, terima kasih!

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji