Posts

Showing posts from January, 2011

Komen AJL 2010 & Faizal Tahir Hanyut... I'm speechless!!!

Salam semua.. Hmm.. semua dah tahukan pasal result AJL semalam. Terkejut ke tak terkejut dengan keputusan semalam?? Senarai Pemenang: Juara Lagu: Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) Tempat ke-2: Drama King (Black & MUH) Tempat ke-3: Noktah Cinta (Hafiz) Vokal Terbaik: Hafiz Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut) Bagi aku yang juara tu memang aku tak sangka leh jadi juara. tak masuk dalam list aku pun. ... sebabnya persembahan dia sangat konfius. Mesej tak sampai. Tapi kredit gak la dekat lagu ini sebab lirik dia puitis.  Bila aku baca lirik Tolong Ingatkan Aku baru aku paham apa yang dia nyanyi. Kalau baca sajak pun best jugak lirik tu. Tapi memang aku tak suka konsep persembahan dia. Agak over. Baju putih tu dah cantik dah.. dia pegi tukar baju merah plak. Macam tengok teater muzikal pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dah rezeki dia menang tahun ini.  Naib Juara aku tak nak komen banyaklah. Memang ramai yang dah agak lagu Drama King ni akan sangkut satu hadiah. 

Anugerah Juara Lagu 2010: Ramalan dan harapan

Image
Hari ni 8 Januari. Esok dah masuk 9 Jan. Esok ada apa? Ye.. ramai yang tau.. yg tak tau mai nak bagi tau... esok kt tv3 ada Anugerah Juara lagu 2010. Tiap-tiap tahun aku tengok AJL ni. Tak pernah miss. hehe... Lagu-lagu yang bertanding: **Selamat Malam, Hanyut, Sofia Jane, Tolong Ingatkan Aku, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Ku Ada Kamu, Jahat, Cinta Sempurna, Drama King, Pelita, Berlari, Noktah Cinta, Extravaganza, Mencari Konklusi** Tahun ni ada 4 lagu yang aku betul2 minat n suka dengar. Selamat Malam, Hanyut, KDP, Ku Ada Kamu. Hopefully lagu-lagu tu dapat top 3 nanti. Walaupun ramai yang ramalkan Drama King ada harapan nak menang tapi aku still harapkan salah satu lagu Faizal Tahir akan menang. Sian dia.. dah 4 tahun masuk bertanding. tak pernah dapat Juara Lagu. Antara Selamat Malam dan Hanyut, bagi aku dua-dua nya best. tapiiiiii... aku haraplah sangat, Faizal Tahir dapat perform dengan baik. takde nak sumbang mambang. sebab kadang2 FT ni suka menjerit bila nyanyi. Jarang

Ahlan Wasahlan 2011

Hari ni masuk tahun baru 2011. Serius aku rasa macam biasa je hari ni. Tiap-tiap tahun sambutan tahun baru dipenuhi dengan konsert, acara nyanyi-nyanyi pastu ada bunga api. Sangat klise kan. huhu... Tahun 2011 aku akan mula sibuk dengan research aku. Still thinking about it. Sebenarnya aku masih belum ada idea nak buat apa. So, azam aku hari ni sempena tahun baru ni, aku nak cari cepat2 tajuk untuk research aku dan mulakan kajian aku sebaik mungkin. Wahh.. macam hebat je bunyinya. hehehe... To all............ happy new year. Tak guna berazam kalau tak berusaha untuk mencapainya Tak perlu list azam banyak-banyak kalau yang dulu pun masih belum dibuat p/s: salam takziah buat keluarga Faizal Yusof. Aku dapat tahu mengenai kematian Faizal Yusof bila ramai artis update news ni kt twitter masing2. Sangat terkejut. Aku suka tengok lakonan dia dalam Adamaya. Sangat menjadi. Al-Fatihah........