Posts

Trip To Hokkaido [part 1]

Image
Bulan Mac yang lepas aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun. Ini trip kedua aku ke Jepun. Tahun lepas aku follow group trip pergi ke Tokyo. So everything was planned by tour guide. I just prepared money, and clothes. Tak de nak pening-pening kepala fikir pasal tiket flight, train, atau hotel. Semuanya diuruskan oleh tour guide. But for this year, it is a personal trip. Aku hampir-hampir nak pergi seorang diri je. Kononnya nak buat solo trip. Tapi aku tahu mak aku mesti tak bagi punya, so untuk tak nak bagi dia risau terlebih aku ajak my sister untuk join sama. Just two of us. This year we're going to Hokkaido to see my brother and attend his graduation day.  Untuk preparation trip kali ini, aku tak banyak beli benda baru sebab aku pakai je balik baju-baju yang aku bawa untuk trip tahun lepas. Sebabnya dua-dua trip aku ke Jepun pada musim sejuk. Winter jacket, inner heat-tech, sweater, stokin semua dah beli waktu trip tahun lepas. Aku cuma perlu beli winter shoes, dan gloves

Kill Me Heal Me

Image
Ini drama korea keluaran MBC tahun 2015. Dah lama, tapi masih segar dalam ingatan. Tahun lepas duk tengok drama ni. Sampai sekarang duk teringat rasa nak tengok lagi. So, why dont i put some thoughts about this drama here. Lakonan mantap daripada Ji Sung dan Hwang Jeung Eum sebagai pelakon utamanya. Drama ini ada 18 episode. Mengisahkan Cha Do Hyun (Ji Sung) yang mempunyai penyakit multiple personality disorder. Cha Do Hyun sedar dia ada penyakit multiple personality disorder dah lama since dia remaja lagi. Cuba rawat penyakit ini dengan doktor psikologi peribadi dia secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga. Sepanjang dia tahu yang dia ada penyakit ini, dia dah kenal dengan 5 personality lain yang dia ada dalam diri dia. Maksudnya, dia bertukar menjadi fe w persons. Ada karakter bengis/garang yang dipanggil Shin Segi, ada karakter orang tua yang dipanggil Perry Park, karakter Ahn Yo Sub (remaja lelaki yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri, dan Ahn Yo Na (remaja perempuan

misteri dilaila

Image
baru lepas menonton filem misteri dilaila. i give full thumbs up! siapa yang suka genre thriller. please go watch it. tak menyesal punya. berdebar debar rasa macam naik roller coaster. filem ni macam 2 in 1 punya movie. thriller plus seram hantu. thriller sebab misteri kehilangan laila. seram sebab hantu laila. seram sejuk bila ingat balik. lakonan zul ariffin best dalam filem ini. aku suka penyampaian dialog dia yang bersahaja. rosyam nor pun best. karakter dia berubah bila part ending. kurang asam betul. elok-elok jadi inspektor...terus berubah jadi gila. pada yang tak tahu, filem ni ada dua versi tau. di awal filem ni start lepas keluar logo skop/ astro shaw tu ada dia tunjuk versi mana yang pawagam tu siarkan. yang aku tengok dekat mbo space u8 tadi adalah versi 2 (V2). ada pawagam yang siarkan V1 dan ada yang siarkan V2. kalau ada yang nak tengok dua-dua versi, korang check dulu pawagam tu siarkan versi yang mana. beza antara dua versi ini adalah pada pengakhiran cerita. filem i

Random

Image
This is just random post. I was going through / reading from my old blog and came across with this post that I made in 2010. I was commenting about World Cup 2010. My prediction was correct. Spain did win the World Cup 2010. Even though I like Germany better and was hoping that Germany can win 4 years later in 2014.  Haha...I just realized that I was correct again! Fast forward to 2014, Germany really won the World Cup 2014. 

Pelaburan ASB secara online

Image
Tahukah anda yang kita dah boleh melabur duit dalam ASB secara atas talian/online?  Ya, aku baru tahu pasal benda ni. Selama ini aku memang jadikan satu amalan lepas dapat gaji je, aku akan simpan sedikit wang gaji aku di dalam ASB. Setiap awal bulan, aku akan pergi pejabat Pos ataupun Maybank untuk simpan duit di ASB. Sampaikan naik segan pulak rasanya aku dengan staff dekat sana. Sekarang, bila dah tahu boleh melabur through online je, memang senang la kan..  Pergi ke portal rasmi myASNB: https://www.myasnb.com.my Pastikan no telefon dengan ASNB telah dikemaskini Buat pendaftaran di myASNB. Dapatkan ID dan Password.  Dah dapat ID dan password, dah boleh mulakan pelaburan secara online.  Nak tahu lebih lanjut, ada masa lebih, boleh tonton video di bawah. Aku dah try. Memang senang. Alhamdulillah. Tak perlu lagi ke pejabat pos isi borang biru bagai. 

Makaroni Bakar versi bujang

Image
Orang bujang punya style. Niat nak buat omelette, tapi terbuat benda lain. Resepi ini untuk seorang makan je. Kalau nak buat banyak sila tambah mengikut selera masing-masing. Nak tambah sayur, isi ketam, or daging2 yang lain pun boleh. Yang aku buat ini memang tak dirancang, jadi bahan-bahan pun ambil yang memang sedia ada di rumah sahaja. Bahan-bahan Makaroni (setengah cawan) Daging burger ramly (2 keping) Sosej (2 batang) Telur (3 biji) Perencah maggi Pasti Sedap Knorr Cheddar Cheese spread Chesdale (1 keping) --optional Cara-Cara Potong sosej secara dadu/kecil-kecil.  2 keping daging burger dipotong/dilenyek-lenyekkan. Rebus sosej dan makaroni di dalam bekas yang berasingan. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Gunakan perencah maggi sebagai perasa tambahan. Kalau yang biasa aku akan guna perencah kari ayam, tapi memandangkan perencah kari ayam tiada, jadi pakai ajelah perencah mee maggi perisa kari.  Masukkan daging burger yang dah dihancurka

Polis Evo 2

Image
Apa yang aku suka mengenai Polis Evo dulu adalah elemen-elemen aksi, dan komedi yang seimbang.  Seperti puzzle yang saling melengkapi satu sama lain yang menjadikan filem Polis Evo sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Jadi, aku mengharapkan pengalaman yang sama aku akan rasa bila menonton Polis Evo 2. Petikan sinopsis dari cinema.com Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.  Kisah Polis Evo 2 masih lagi berkisar pada kes dadah tapi dicampur dengan isu yang lagi besar iaitu isu keganasan. Ada aku terbaca komen pasal Polis Evo 2.  Paskal + Munafik = Polis Evo 2. I kinda agree with that equation. Elemen lawak, komedi memang kurang dalam Polis