04 October 2011

Mode: Happy

First time mencuba interface baru blogger. Korang dah cuba? or... aku yang ketinggalan sebab baru mencuba new interface ni. hahaha.. tak kesah lah.. Ini entry terbaru dari aku. Rasa macam dah berzaman tak update blog. hehe... aku ni berblog ikut mood.

Kalau aku tengah stress, aku elakkan menulis di sini.. kalau aku tulis pun...pasti akan berakhir di draft aje. tak pun aku privatekan. sebab nanti mesti ayat2 aku tu berbunyi 'depressing'. huhu...

Now i'm happy. Aku tetibe rasa nak update blog. Hehe... kalau ada yg membaca, terima kasih. kalau tiada pun tak ada masalah. Zaman aku mengejar trafik, komen, follower dah berlalu. Aku dah tak kisah benda tu semua. Aku nak enjoy berblogging tanpa perlu memikirkan itu semua.

Hari ini aku happy yg amat. hahaha... satu beban dalam kepala aku rasa hilang. No more stress. Bila dah jumpa supervisor, dah berbincang dengan dia, barulah rasa tenang. Seriously. aku lega sebab dapat supervisor yg super duper nice macam supervisor aku ni. Dia boleh terima penjelasan aku dan dia sudi nak bantu aku.

Sekarang aku boleh fokus dengan 3 subjek yang aku ambil sem ni. No more play-play. Fokus tu penting. Tapi yang paling penting sebenarnya adalah istiqamah. Itu yang aku kurang sebelum ni. Sekarang aku nak cuba pertingkatkan tahap istiqamah aku. Bolehkah aku? InsyaAllah.... boleh.

01 October 2011

Sepanjang Hidup by Maher Zain