31 January 2016

Durian crepe

Few years ago...waktu tengah viral orang duk makan durian crepe, duk post kat fb, blog bagai cara nak buat durian crepe...aku time tu teringin nak makan. Siap bookmark resepi nak buat durian crepe. Konon2 la rajin sangat kan. Tapi...hmmmm sampai ke sudah tak makan. Buat sendiri apa tah lagi..memang tak la jawabnya.

Akhirnya...hari ni pegi pasar pagi td kebetulan terjumpa org jual durian crepe. Terus beli 1 paket rm 10 harga.


First time aku makan durian crepe. Ketinggalan kereta api sungguh. Makan time lapar... Mmg rasa sedap. Tambah lagi durian crepe yg aku beli ni tak berapa manis sangat. Ngam ngam ngan selera aku. Mungkin aku akan beli lagi? :) 

26 January 2016

Pasca AJL30

Biasa aku buat post pasal ajl. Tp kali ni rasa malas nak review panjang panjang. Overall macam tak best sket final ajl kali ni

Sebenarnya aku ralat bila aku punya favourite macam tak bagi all out. Walaupun dia berjaya sampaikan mesej lagu tu dengan baik. But still...if he did like as good as his performance at abp last year..confirm ada harapan nak menang. Tapi dia buat simple gila. Pastu vokal pulak tak smooth mcm yg abp tahun lepas. Lepas dia perform,aku dh rasa dia mcm susah nk menang no 1.

Jadi aku pun terima dgn hati yang terbuka bila lagu potret dapat no 1. Sbb potret antara favourite aku jugak. Selalu layan lagu ni dalam radio. Tak sangka rupanya akim dan abang dia yg cipta lagu ni.


Review AJL30 aku secara ringkas

  • Hazama- tak sihat ek? Suara pancit. Banyak terkucil. Effect asap atas stage tu dah smart dah
  • Annoyed ngan penaja. Cam biasa.
  • Pengacara banyak tersasul. Like seriously fafau??? Jerat percintaan tahun 1996 lah..bukannya 1986.
  • First time tengok kumpulan drama band. Diorang rupanya...slalu dengar kt radio je lagu ni. Not bad vokal. Pandai nyanyi live.
  • Kalau perasaan, ramai yg nyanyi cam dayang tahun lepas..nyanyi pastu pause jap. Konon2 nk show off vokal best kot.
  • Persembahan selingan macam tak brape menjadi. Yg best hanyalah duet jac dan hafiz. Vokal terbaik di ajl 30. 

P/s: lol..jadi panjang jugak post ni. Bila dh membebel kan...cmtu la jadinya. Haha


21 January 2016

Ola Bola

Filem ni macam best je. Ala ala Chak De India...




confirm nanti bila keluar, aku pergi tengok.
tak mustahil utk jadi filem pecah panggung dan mungkin boleh lawan kutipan the journey dan polis evo.