Posts

Showing posts with the label Travel

Trip To Hokkaido [part 3]

Image
Sambung cerita pergi ke Hokkaido... sunrise Aku pergi hujung bulan tiga. kalau di Tokyo dah nak masuk musim bunga. Tapi di Hokkaido masih lagi musim winter dan salji masih lebat lagi. Perjalanan dari KL ke Sapporo memakan masa 8 jam. Sampai je di Shin-Chitose Airport, terus ternampak ni... doraemon haaaa... doraemon penyambut tetamu. Di dalam kawasan Chitose Airport ini banyak tempat menarik untuk bergambar. Dari Chitose airport naik train ke Sapporo station. One thing i like about japan is their public transportation system. Servis terbaik. Semua teratur. Orang Jepun pun sopan je semuanya. Tak de bising-bising, kebersihan tak yah cakap la kan..first class. Sampai di Sapporo station, kami terus mencari locker untuk simpan beg..Elok sahaja keluar dari Sapporo station, salji mula turun. Sejuk ia memang tak boleh bawak bincang. Nasib baik pakai jacket tebal. Dari Sapporo station, pergi ke kedai ramen halal. Jalan kaki tak jauh pun. Kat situ ramai muslim da...

Trip To Hokkaido [part 2]

Image
Sambungan from previous post .. Bagi sesiapa yang ingin menggunakan simkad semasa travel, anda semua boleh layari laman web hello1010.my .  Pilih negara mana yang akan dilawati Ada banyak pilihan simkad yang ditawarkan di hello1010. So, untuk senang pilih ikut bajet dan keperluan kita. Apa yang aku buat, aku tandakan dulu di bahagian Shop By apa yang aku nak. Bajet aku dalam rm100, tempoh masa di Jepun hanyalah 7 hari, jadi aku pilih tempoh masa paling minimum iaitu 8 hari. Last sekali, aku pilih data only. So, option yang tinggal hanya dua. Jadi aku timbang tara antara dua pilihan ini mana yang terbaik untuk aku. Baca review. Akhirnya aku pilih option pertama. Japan and South Korea 8 Days (Infinite Data) - Harga: RM92.  Kalau ikutkan ada lagi option yang lagi murah, like I said before, pilih ikut keperluan. Aku kat sana memang banyak bergantung pada internet. Jadi aku pilih yang unlimited data. So takdelah risau tak cukup data or...

Trip To Hokkaido [part 1]

Image
Bulan Mac yang lepas aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun. Ini trip kedua aku ke Jepun. Tahun lepas aku follow group trip pergi ke Tokyo. So everything was planned by tour guide. I just prepared money, and clothes. Tak de nak pening-pening kepala fikir pasal tiket flight, train, atau hotel. Semuanya diuruskan oleh tour guide. But for this year, it is a personal trip. Aku hampir-hampir nak pergi seorang diri je. Kononnya nak buat solo trip. Tapi aku tahu mak aku mesti tak bagi punya, so untuk tak nak bagi dia risau terlebih aku ajak my sister untuk join sama. Just two of us. This year we're going to Hokkaido to see my brother and attend his graduation day.  Untuk preparation trip kali ini, aku tak banyak beli benda baru sebab aku pakai je balik baju-baju yang aku bawa untuk trip tahun lepas. Sebabnya dua-dua trip aku ke Jepun pada musim sejuk. Winter jacket, inner heat-tech, sweater, stokin semua dah beli waktu trip tahun lepas. Aku cuma perlu beli winter shoes, dan gloves...

Short trip to Pulau Perhentian

Image
Ini kisah perjalanan aku ke Pulau Perhentian. Flight dari Subang ke Kota Bharu sepatutnya pukul 11.50 pagi, tetapi ditangguhkan ke pukul 12.15 tengah hari. Nasib baik! Sebab aku sampai di airport Subang tepat pukul 11.50pagi. Haha..terkejar-kejar berlari masuk ke balai berlepas. Nasib baik sempat. Sampai di airport Kota Bharu, masih lagi berkira-kira nak pergi ke Pulau Perhentian ke atau nak balik rumah terus. Tapi semangat adventure tu tetiba ada. Jadi, aku decide untuk redah je ke Pulau Perhentian. Van ke Jeti Besut akan sampai pukul 2 ptg. Masuk kedai dalam airport tu beli keperluan apa yang patut. Kemudian tunggu van di luar. Pukul 2 petang, van tiba dan bawa ke Jeti Besut. Kemudian beli tiket bot nak ke Pulau Perhentian. Beli tiket 2-way pergi balik dalam 60 ringgit seorang. Perjalanan dari jeti ke pulau ambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai di Pulau Perhentian...what a view!!! serious cantik sangat!!! terus rasa tak menyesal buat keputusan ad hoc nak datang sini. ...