Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

15 September 2014

Satelit baru Malaysia

I don't know why I only know about this after it was launched. We have new satellite!
Congratulation  Malaysia!

Satelit MEASAT-3B dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana pada 12 September 2014, jam 6.05 pagi waktu Malaysia.

Sedikit info mengenai MEASAT-3B:

MEASAT-3B, satelit terbesar dan paling canggih setakat ini adalah hasil kerjasama lebih tiga tahun antara MEASAT, pengeluar satelit, Airbus Defence and Space dan penyedia perkhidmaan pelancaran satelit, Arianspace. MEASAT-3B dilengkapi dengan 48 transponder Ku-band berkuasa tinggi bagi menyokong perkhidmatan video dan data merentasi Malaysia, India, Indonesia dan Australia. MEASAT-3B yang dimulakan pada Jun 2011 diletakkan sejajar dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3A di slot 9.15 darjah timur untuk mewujudkan lokasi orbit berkuasa tinggi dan efektif di rantau ini. -BERNAMA


Video ketika pelancaran








22 August 2014

22 Ogos: Hari Berkabung Malaysia


cr: The Star@staronline



TO ALL MALAYSIANS, WELCOME HOME

AL-FATIHAH


07 July 2014

Iklan ni over!!


Jangan mudah percaya! Jangan percaya langsung lah dengan skim cepat kaya MLM macam ni. Rugi je. 
Full story in The Star

09 June 2014

Cara Cadbury memujuk...



Ternampak iklan ini dalam surat khabar semenjak beberapa hari lepkm makas.



Aktif Cadbuin hary letak iklan dia sekarang nak meyakinkan pengguna balik. Kepada yang masih ragu-ragu, ini pesanan daripada Y.A.B Tun Dr. Mahathir Muhammad.



Waktu mula-mula kes Cadbury ini kecoh, aku tergamam sekejap. Yelah... Cadbury kot! Coklat paling glamour. Satu Malaysia makan. Tapi pada masa yang sama, aku macam tak delah terburu-buru nak salahkan Cadbury sebab ''tipu pengguna'' atau pihak Kementerian Kesihatan yang lambat beritahu kepada orang awam. Kita beri peluang kepada JAKIM untuk mengesahkan kembali hasil ujikaji DNA berkenaan dan kita pun dah sedia maklum keputusannya bagaimana.

Tapi, ada satu hal yang aku perlukan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan. Jika sampel yg pihak KKM ambil itu tercemar, from where? Di mana punca datangnya DNA tersebut? 

Anyway... kebetulan juga, yang aku dah lama tak beli coklat Cadbury. Sejak gigi aku sakit dulu. LOL. Jadi aku dah kurangkan makan coklat especially Cadbury. Coklat spesis lain memang aku tak makan sebab tak sedap. 

Kepada yang masih was was tu.... eloklah tak yah makan dah. Tak elok makan manis2. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. ^__^

04 June 2014

Kalau dulu sotong, sekarang panda

Masih ingat kisah Sotong Paul? Paul The Octupus yang glamour pada tahun 2010 selepas sotong gergasi Paul membuat ramalan yang tepat bagi perlawanan Piala Dunia 2010. Sampai yang final pun dia teka dengan tepat siapa yang menang. Hebat Paul ni. Tak payah tengok perlawanan, tengok dia je. Dah boleh tau sape menang. LOL

Ramalan Paul untuk final WC2010
cr: the guardian

Ehh..tapi, aku dulu pun teka Spain gak yang menang. Betul jugak. Padahal, aku main teka je... So..takde lah hebat sangat Paul ni. Kebetulan je tu... =P

World Cup 2014 tinggal beberapa hari saje lagi nak bermula. Memandangkan Paul The Octupus sudah tiada, ada seekor lagi haiwan nak kejar glamour macam yang si Paul buat dulu. Nak jadi tukang ramal jugak. Ni ha...

Cute panda
cr: metro

Bukan panda dalam gambar ni ye. Panda lain. Yang kat atas ni nak tunjuk spesis dia je lah.. Kot kot ada yg dah lupa camner rupa panda.. hehe... takpe, kalau teringin nak tengok panda boleh pergi ke Zoo Negara. Bayar RM 20 je. 

Panda yang nak buat ramalan itu berada di Sinchuan, China. Umurnya dalam lingkungan 1-2 tahun. Still baby... mesti cute mute panda ini. 

Cara panda nak buat ramalan nanti: 
Bagi perlawanan peringkat kumpulan, panda ini akan memilih makanan daripada tiga bakul buluh mewakili seri, kalah atau menang. 
Bagi peringkat kalah mati, panda akan memanjat pokok yang terdapat bendera negara yang bertanding. 
Menjadi atau tidak ramalan yang dibuat oleh panda berkenaan, kita tunggu ajelah bila World Cup start nanti. 


29 May 2014

Mawi & AC Mizal - Al-Haq... Yang Satu

Aku memang nak sangat tengok Mawi & AC Mizal perform lagu Al-Haq secara live. Jadi persembahan mereka pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 yang lepas memang aku nantikan. Sesuai dengan keadaan semasa, lagu Al-Haq..Yang Satu diletakkan sebagai persembahan pembuka tirai ABPBH 2013. Interesting! Lagu nasyid di awal majlis. They performed this song very well, and I think it was one of the best performances that night. Good Job Mawi & AC Mizal!  

Tercari-cari video persembahan Mawi & AC di ABPBH dalam youtube. Tapi tak jumpa. Teringin nak tengok balik. Jadi terpaksalah tengok persembahan mereka di tonton 

Tertarik dengan lagu Al-Haq ini kerana didalam lagu ini Mawi menyelitkan elemen doa didalam bahasa Arab. Sedikit info tambahan mengenai doa tersebut. Diambil dari laman Zon Inspirasi





21 May 2014

Panda Dah Sampai!!

Pasangan panda gergasi telah sampai di KLIA pada pukul 7.53 pagi tadi - BERNAMA

Fu Wa & Feng Yi  (cr: astro awani)

That's Feng Yi (cr:astro awani)


Selepas ini panda-panda comel ni akan tinggal di Zoo Negara. Staff di sana semua dah excited dah tu..
cr: Su Lin@astroawani


Jom pergi  ke Zoo tengok panda  ^__^ Last aku pergi masa lawatan sekolah dulu. Dah tak ingat dah tahun bila. Betapa lamanya dah tak menjejakkan kaki kt sana.

Panda Nak Datang Ke Malaysia!

Tahukah anda dua ekor panda gergasi akan datang ke Malaysia tak lama lagi?

Nama dua ekor panda tersebut adalah Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). Pasangan Giant Panda ini dibawa dari Chengdu, China dan dijangka tiba di Malaysia pada hari Rabu, 21 Mei 2014. Pasangan Giant Panda ini akan ditempatkan di Zoo Negara bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China. 

Jadi sesiapa yang ingin menyaksikan sendiri Fu Wa dan Feng Yi sila ke Zoo Negara cepat-cepat ye. Waktu cuti sekolah nanti sila pergi ke Zoo Negara beramai-ramai. Boleh tengok sendiri kecomelan panda-panda ini dan juga Rumah Panda yang baru dibina di Zoo Negara istimewa untuk Fu Wa dan Feng Yi. 

Fu Wa & Feng Yi



Sedikit info mengenai Fu Wa & Feng Yi
cr: The Star



Rumah Panda, Zoo Negara


20 May 2014

2.5% Rakyat Malaysia Jadi Penderma Darah Tetap

Berita Harian semalam melaporkan hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang menjadi penderma darah tetap berbanding 5 peratus penderma darah tetap di kebanyakan negara lain. Kenyataan tersebut dibuat oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Kalau nak ikutkan 2.5% memang sedikit. Jadi eloklah kiranya diperbanyakkan lagi kempen derma darah. Program sebegini memang wajar diadakan selalu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menderma darah. Kalau nak tunggu kita sukarela pergi ke hospital nak derma darah memang tak ramai rasanya yang rajin buat macam tu. 

Teringat kisah lama...