Posts

Showing posts from October, 2017

Tombiruo: Bangkitnya Penunggu Rimba

Image
Nak tengok full movie, silalah ke panggung wayang yang berdekatan. Berbaloi tengok kat cinema. Lawa sangat filem ni dibuat. Dua movie terbaru yang aku tengok- Bisik Pada Langit dan Tombiruo. Kedua-dua filem ni punya cinematografi yang sangat cantik. Sebagai penonton yang bayar tiket movie, memang aku berpuas hati. Filem Tombiruo ni memang aku tunggu dari tahun lepas lagi. Aku dah mention dalam blog dua tiga kali jugak rasanya. Sampai sanggup beli trilogi novel Tombiruo sebab nak baca balik kisah Tombiruo ni. Tapi, nasihat aku, kepada yang tak pernah baca novel dia, kamu boleh pergi tengok dengan senang hati. Kepada yang dah baca, dan masih ingat jalan cerita dalam novel tu, kamu kena pergi menonton dengan hati yang terbuka, expect the unexpected, dan berlapang dada jika ada kemusykilan dari segi plot cerita movie ni. Sebab lain sangat. Tak sama. Berbeza novel dan movie. Jangan expect dan harapkan pembuat movie ni akan buat sebijik jalan cerita macam dalam novel. Nanti kamu kecewa.

Bisik Pada Langit- filem mesti tonton

Image
Bisik Pada Langit. Sebuah filem yang menjadi trending selepas ditayangkan baru baru ni. Mulanya, aku tak plan nak tengok, tapi disebabkan hari hari terbaca komen-komen di IG ummi nazeera yang puji filem ni best, aku jadi terpengaruh nak tengok. Dan selepas menonton filem ni, aku rasa memang berbaloi, dan faham mengapa filem ni jadi popular. Sentuhan Kabir Bhatia sebagai pengarah. Need to say more? Kabir Bhatia yang buat cerita Nur Kasih dulu tu. Memang dijamin berbaloi lah untuk tengok di panggung wayang. Lawa sangat sinematografi dia. *two thumbs up* Lagi satu, pelakon-pelakon dia. Semua hebat. Lakonan sangat berkesan daripada Jalil Hamid (Rosli), Beto Kusyairy sebagai Zaidi dan Ummi Nazeera (Hajar). Naim Daniel sebagai Adik bongsu pun best. Jalil Hamid layak untuk menang pelakon lelaki terbaik. Serius sangat layak! Sangat bersahaja. Dialog yang ringkas tapi berkesan dan menyentuh hati. Ada dua tiga scenes yang bila lepas je Jalil Hamid bagi dialog dia... mata aku bergenang