22 June 2014

Segmen: Blogwalking SEBELUM Puasa


JOM! JOM! Kita join segmen blogwalking sekali lagi. Kalau yang belum join, sila join dengan segera. Sila klik banner di atas ataupun di blog Ayu Insyirah 

20 June 2014

Musim main ddakji ke sekarang?

'Ddakji'
Kata kunci untuk minggu ni. Ramai pulak yang masuk ke blog ni sebab nak tahu cara buat ddakji. Konfius jap aku. Musim main ddakji ke sekarang? 


Link untuk previous entry: SINI


19 June 2014

Iklan Telekom Malaysia (TM) sempena Piala Dunia

Nak kongsi di sini sebab rasa iklan dia kelakar.

16 June 2014

Tengok bola sampai lebam

okay... sampai lebam tak pe lagi. Ni haa... di Negara China. Kisah benar. Ada seorang pemuda China meninggal dunia disebabkan berjaga malam tak tidur beberapa hari semata-mata nak tengok perlawanan bola Piala Dunia secara langsung. Berita sepenuhnya boleh baca di SINI

 Ya Ampun.... kenapa sampai tak tidur. Waktu siang tak de game tu tidur la. Tak de siaran ulangan ke kt sana macam yang RTM Malaysia ni buat? Yang sedihnya, kes sebegini memang pernah berlaku di sana setiap kali berlangsungnya acara perlawanan World Cup mahupun Euro Cup. 

Harap-harapnya tak terjadilah di Malaysia. Tengok bola jangan sampai ponteng kerja, ponteng makan, ponteng tidur ye. Yang lebih penting jangan sampai ponteng ibadat... sekian.


ps: tahun ni aku takde team pilihan. so, tak de mood nak tengok game secara Live. Tengok ulangan je..

ps: Kelakar la diorang ni.. Habis semua di photoshopnye. The Flying Dutchman...

cr: @STCommunities

14 June 2014

Segmen Pencarian Bloglist #1 Mieyaatiera.com


Segmen Pencarian Bloglist #1 Mieyaatiera.com

Pencarian bloglist bagi bulan June sehingga Ogos 2014 di Mieyaatiera.com bermula pada hari ini, 12 June 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 22 June 2014, tepat jam 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mieyaatiera.com dan Like Fanpage Mieyaatiera.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Pencarian Bloglist #1 Mieyaatiera.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

50 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta untuk memasukkan url blog Mieyaatiera.com ke dalam bloglist kalian juga.

Manakala, 5 orang pemenang bertuah akan dipilih sendiri oleh Mieya untuk memenangi hadiah misteri. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 June 2014.

12 June 2014

Ini Pokok sangat berhantu



Bukan pokok di atas.

Ini haaa...




Lagu Pokok dendangan Meet Uncle Hussein ft Hazama.

Hari ini tetibe lagu ni terngiang-ngiang di telinga. Dalam kepala asyik duk terpasang lagu ni. Macam ada mp3 je. lol. Kalau nak ikutkan sejarah blog ni, aku dah pernah tulis pasal lagu Pokok di blog. See?? betapa berhantunya lagu ni. Dia buat comeback! Dan juga setiap kali ada pertandingan Juara Lagu, mesti aku teringatkan lagu ni, juga aku pernah selitkan di entri Juara Lagu aku tahun ni. See.. see.. it's haunting me and this blog. it keeps making appearance here and there.*gelak lagi*

Aku rasa lagu ini sangat kuat dari segi liriknya. Walaupun penuh dengan pantun yang kita pernah dengar, but it's still something that we can think about... *hah tetibe speaking*



Pesan orang tua tua, malu bertanya sesat jalan. Nak hidup kena banyak explorasi. Baru tambah ilmu pengetahuan. Cikgu, Ibu, Kawan, Pengalaman juga suatu pembelajaran hidup. Jangan kekok bertanya, jangan segan nak mencuba. Tak try tak tahu. Jangan terlalu nak beralasan. Nak berbelanja jangan ikut kehendak sangat, tengok keperluan tengok kemampuan. Barulah hujung bulan masih ada ruang nak bernafas. Apa jua yang nak dibuat, pasti ada cabaran tapi jangan mudah melatah. Yang penting kesungguhan dan minat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yang penting jangan mudah mengalah. Jika buntu, mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. - Bebelan ikhlas kepada diri sendiri. 

11 June 2014

Wordless Wednesday #4



cr:@InventionIdeas
Clever idea from Japanese Gov. to encourage people to use stairs.

10 June 2014

Ayuh breakfast!

Salam all...
Dah sarapan??

Aku ni jenis yang malas nak bersarapan pagi sebenarnya. Kadang-kadang aku "brunch" je terus. "breakfast+lunch" Tak elok sebenarnya. Sebab sarapan itu penting untuk kecergasan sepanjang hari. 

Jadi langkah express aku, dengan tak perlu nak skip breakfast, adalah mengambil minuman ringkas seringkas ringkasnya. Tapi tetap mempunyai khasiat yang tinggi. 


Spirulina Cereal. Gaya macam nestum lah lebih kurang. Tapi lagi sedap pada nestum or oat. Sebab aku tak minat sangat nak makan nestum jadi Spirulina cereal adalah pilihan terbaik sebagai ganti. Baunya wangi. Rasa pun sedap. Ambil satu paket setiap pagi bancuh dalam gelas pun dah cukup sebagai breakfast. 


It's Cholesterol free, Source of Calcium & Protein, No Artificial Colouring or Preservatives


Jom sarapan dulu! ^__^



09 June 2014

Cara Cadbury memujuk...



Ternampak iklan ini dalam surat khabar semenjak beberapa hari lepkm makas.



Aktif Cadbuin hary letak iklan dia sekarang nak meyakinkan pengguna balik. Kepada yang masih ragu-ragu, ini pesanan daripada Y.A.B Tun Dr. Mahathir Muhammad.



Waktu mula-mula kes Cadbury ini kecoh, aku tergamam sekejap. Yelah... Cadbury kot! Coklat paling glamour. Satu Malaysia makan. Tapi pada masa yang sama, aku macam tak delah terburu-buru nak salahkan Cadbury sebab ''tipu pengguna'' atau pihak Kementerian Kesihatan yang lambat beritahu kepada orang awam. Kita beri peluang kepada JAKIM untuk mengesahkan kembali hasil ujikaji DNA berkenaan dan kita pun dah sedia maklum keputusannya bagaimana.

Tapi, ada satu hal yang aku perlukan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan. Jika sampel yg pihak KKM ambil itu tercemar, from where? Di mana punca datangnya DNA tersebut? 

Anyway... kebetulan juga, yang aku dah lama tak beli coklat Cadbury. Sejak gigi aku sakit dulu. LOL. Jadi aku dah kurangkan makan coklat especially Cadbury. Coklat spesis lain memang aku tak makan sebab tak sedap. 

Kepada yang masih was was tu.... eloklah tak yah makan dah. Tak elok makan manis2. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. ^__^

08 June 2014

Maher Zain - Ramadan





07 June 2014

Salad Buah Pucat

Hari ni mak aku semangat nak makan salad buah. Mesti pengaruh tv ni, sebab semalam dia tengok rancangan masak2, salah satu yg chef buat adalah salad buah. Terus dia teringin nak makan salad jugak dan pergi beli kt kedai segala macam buah pastu mintak tolong aku yg buatkan. So apalagi...aku pun terus ambil pisau nak potong buah. *bunyi cam rajin je kan haha..padahal jenuh mak panggil suruh masuk dapur* 

Tapi salad buah kali ni tak banyak choice sangat. Yang adanya buah epal merah&hijau, anggur, tomato, timun batang, dan sayur. Kalau ada strawberry, mangga or tembikai susu pun best jugak. Lain kali lah. 
Tak payah tulis resepi kt sini kot. Rasanya semua tau nak buat. Senang sangat. 




Sebahagian bahan nak buat salad buah. Gambar tomato tak sempat nak ambil sebab dah siap potong dah.. 



Hasilnya setelah semua bahan dipotong dadu. Jangan tertipu dengan gambar ni. Tomato dan timun batang ada di lapisan bawah timbunan epal hijau. Kesian mereka tertimbus dek epal hijau. Kenapa aku panggil ini sebagai salad buah pucat. Sebab tengoklah warnanya... pucat! dull. Nak cantik colour-colour..sila pilih buah-buahan yang colourful sket, ada variasi warna. Barulah cantik dipandang. Dah siap potong, letak dalam bekas. Mak aku tak nak bagi gaul dengan mayonis terus so aku letakkan buah2 ni kt dalam bekas asing2. Pakai konsep layan diri; nak ambek sendiri.

Dah siap untuk dimakan. Opps..don't forget to put mayonis. 


Yummy!!! 

Jom makan salad buah. Baik untuk kesihatan. Selamat berhujung minggu. ^__^


Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad


JOM sertai segmen blogwalking by Aniesa Ahmad. Klik di SINI. Nak klik banner kt atas pun boleh...
Selamat berhujung minggu. 


Gambar Hiasan


06 June 2014

Saya nak Lipstik Mary Kay


Tertarik nak join GA ni sebab lipstik tu. Haha... give me that! Ok....kena sabar lepas 15 Jun baru boleh tau sape menang. Tapi tengok kt syarat nak menang..alamak. susah la plak. Tengok hadiah lain..hmm.. ok lah. I join jugak. Never give up! Untung nasib cabutan bertuah, dapat topup pun dah bersyukur dah. Nasib baik tuan punya GA dah lanjutkan tempoh GA ni. So, sape2 yang belum join tu, boleh la ke SINI
TQ!

05 June 2014

Segmen: Happy Blogwalking Together-Gether By: Miss Fatyn


Jom sertai ramai-ramai di blog miss fatyn. Happy Blogwalking!  ^__^


Remy Ishak dan Beto Kusyairi Jadi CEO



Aku ni banyak mengumpulkan list movie yang nak ditonton je. Tontonnye idokk..
Ni filem terbaru yang bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014. Tak lama dah.. next week je.. 
Tajuknye CEO. Pendek bebenor tajuknye. Lakonan Remy Ishak, Beto Kusyairi, Cristina Suzanne, Deanna Yusoff & Anas Ridzuan. Jangan tanya aku sape Anas Ridzuan, aku tak kenal... lol




Filem Abang Long Fadil pun aku belum tengok lagi. 

Segmen #1 blogwalking bersama ZURNIE IRMANI sempena cuti sekolah

Another day another new segment
Yang best bila join segmen macam ni, aku ada tempat nak start buat blogwalking. Hehe...so, apalagi. jomla join ramai-ramai. Klik banner untuk ke destinasi: Zurnie Irmani


TQ!

04 June 2014

Kalau dulu sotong, sekarang panda

Masih ingat kisah Sotong Paul? Paul The Octupus yang glamour pada tahun 2010 selepas sotong gergasi Paul membuat ramalan yang tepat bagi perlawanan Piala Dunia 2010. Sampai yang final pun dia teka dengan tepat siapa yang menang. Hebat Paul ni. Tak payah tengok perlawanan, tengok dia je. Dah boleh tau sape menang. LOL

Ramalan Paul untuk final WC2010
cr: the guardian

Ehh..tapi, aku dulu pun teka Spain gak yang menang. Betul jugak. Padahal, aku main teka je... So..takde lah hebat sangat Paul ni. Kebetulan je tu... =P

World Cup 2014 tinggal beberapa hari saje lagi nak bermula. Memandangkan Paul The Octupus sudah tiada, ada seekor lagi haiwan nak kejar glamour macam yang si Paul buat dulu. Nak jadi tukang ramal jugak. Ni ha...

Cute panda
cr: metro

Bukan panda dalam gambar ni ye. Panda lain. Yang kat atas ni nak tunjuk spesis dia je lah.. Kot kot ada yg dah lupa camner rupa panda.. hehe... takpe, kalau teringin nak tengok panda boleh pergi ke Zoo Negara. Bayar RM 20 je. 

Panda yang nak buat ramalan itu berada di Sinchuan, China. Umurnya dalam lingkungan 1-2 tahun. Still baby... mesti cute mute panda ini. 

Cara panda nak buat ramalan nanti: 
Bagi perlawanan peringkat kumpulan, panda ini akan memilih makanan daripada tiga bakul buluh mewakili seri, kalah atau menang. 
Bagi peringkat kalah mati, panda akan memanjat pokok yang terdapat bendera negara yang bertanding. 
Menjadi atau tidak ramalan yang dibuat oleh panda berkenaan, kita tunggu ajelah bila World Cup start nanti. 


Wordless Wednesday #3: Unique Mango





03 June 2014

Conteng tak kena tempat

Terbaca dekat astro awani tadi, kisah anak conteng passport, bapa terkandas di negara asing. Kesian pulak dekat bapa budak ini. Al-kisahnya, sebuah keluarga dari China berkunjung ke Korea Selatan. Anaknya berusia 4 tahun, telah menconteng passport bapa. Baik punya conteng sampai dah tak nampak macam passport. Akibatnya, passport bapa tidak sah digunakan dan tidak diterima oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Terkandaslah bapa budak ini di Korea berseorangan ditinggalkan keluarganya yang selamat pulang ke China. Kesian. 

Teringat ada satu gambar ni, ada orang post dekat twitter baru-baru ni; kena conteng dengan anak jugak. 

shared via twitter@klubbkiddkl
FATHER OF THE YEAR!

aku nak gelak tapi tak sampai hati....


Moral of the story, belikan satu buku lukisan untuk anak-anak menzahirkan kreativti mereka. Jangan sekat tapi didik mereka untuk melukis di atas kertas/buku lukisan.

Tapi abang aku, lain sket, dia tak bagi buku, dia bagi dinding terus kt anak perempuan dia...


geleng kepala aku tengok.....penuh berseni ye.





02 June 2014

AKMU - MELTED



My Korean Drama Mania

To make a list just for Top 3 Korean dramas is quite hard. Since I was a big fan of Korean Dramas, I have so many favourites. My craziness towards Korean drama started since...ermmm.. ? Ahh... I can't really remember in what year but it's all started when TV3 broadcast the epic Hallyu Wave starter 'Winter Sonata' and then followed by 'Autumn In My Heart'. Yess... blame these two dramas. Hahaha... I fall in love with Korea land, and Korean actors.


01 June 2014

My DIY: Ddakji


Entri ni special untuk anak-anak saudara aku. Budak-budak kecik ni la yang menjadi punca nape aku semangat belajar buat benda ni.




Ok..sape pernah tengok rancangan Running Man mesti tau pasal permainan Ddakji. Ddakji-nama Korea bagi permainan ni. Anak sedara suka sangat tengok Running Man, dan nak sangat main Ddakji. Tapi tak pandai nak buat. So, diorang suruh aku buat. Pantang jumpa pasti minta buatkan Ddakji. Tension aku. Aku tak pandai. Kertas pun takde. Terpaksa google cara nak buat. (beralasan giler mak sedara sorang nih.. heh!)

Dah google, aku try buat sendiri....senang je sebenarnya.... =)

Bahan:
2 keping kertas segi empat sama.
Pakai kertas origami lagi cun sebab memang dah sama saiz dan ada pilihan warna. Tapi...kalau takde, ambil surat khabar je atau kertas A4, pandai2 la gunting sampai jadi segi 4 sama.




Cara:

1. Guna dua kertas segi empat sama. Berlainan warna adalah digalakkan. Baru ada variasi.



2. Lipat kedua-dua kertas seperti dalam gambar di bawah


3. Lipat bahagian hujung ke tengah. Terbalikkan, dan lipat bahagian hujung (another one) ke tengah sekali lagi. (Rujuk gambar di bawah)  Ulang proses ini untuk kertas yang kedua. 










4. Letakkan kertas berwarna pink diatas kertas merah seperti gambar dibawah [1]. Kemudian lipat bahagian merah [2], diikuti dengan warna pink [3], merah [4], dan akhir sekali selitkan yg berwarna pink ke dalam lipatan merah [5].




5. Bentuk Ddakji adalah seperti ini. Untuk bermain, seorang pemain memerlukan 2 Ddakji, jadi buat lagi beberapa Ddakji pelbagai warna untuk bermain dengan pemain lain.



Since 2 orang anak saudara aku yg mintak buat benda ni, so aku buat 4 Ddakji. Sekarang ni nak ajar diorang untuk buat sendiri. Senang nanti kt rumah diorang, boleh buat sendiri. 

Cara bermain: