Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

17 December 2014

Novel Tombiruo akan difilemkan!

Terbaca tajuk berita di Astro Awani pagi tadi...

"Nasir Jani bakal arah filem adaptasi novel thriller nombor satu Malaysia" 

Aku terus teka novel Tombiruo. Baca berita penuh di astro awani memang betul.. Yes! Yes! Yes! Memang aku nantikan untuk novel ini difilemkan. Aku sebenarnya memang minat dengan novel-novel thriller tulisan Ramlee Awang Mursyid terutamanya trilogi novel 'Tombiruo'- Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir. Aku baca novel-novel ni waktu belajar di kolej dulu. Rajin pergi library sebab nak pinjam novel2 ni. Hehehe... 
tombiruo

Tak sabar nak tengok...

02 January 2014

Projek Buku

Pernah dengar tentang Projek Buku? Kalau ada twitter boleh cari melalui #ProjekBuku. 
Semalam di twitter, ramai orang duk tweet pasal ni. Siapa yang rasa nak baca boleh download e-book #ProjekBuku di sini. Percuma tak payah bayar. 

Collected Writings From Malaysians In Music. 

Tertulis di muka depan e-book #ProjekBuku ini.

Kalau tengok pada penulis-penulis yang terlibat dalam e-book ni, memang ramai sangat. Ada yang aku kenal, ada yang tak kenal. Ada penyanyi, komposer, produser, wartawan, dan ramai lagi lah yang terlibat dalam hal-hal mengenai muzik di Malaysia ini. 434 muka surat! Boleh tahan jugalah panjangnya. Boleh tahan lama jugalah aku nak menghabiskannya. Entah bila nak habis baca pun tak tau lah. 








07 January 2012

Novel YOYO The Series

Aku mencari siri novel ini.
YOYO and The Gang. Kisah pasangan kembar Yonna dan Yonni dan kawan-kawan mereka.
Aku dah baca siri pertama dan keempat. Rasa tak lengkap pula kalau tak dapat baca siri yang kedua dan ketiga.  Tapi susah betul nak cari novel ini. Tahulah..ini novel lama. Tapi takkan takde kedai buku yang jual kot. Aku cari dekat library pun takde. Aku ini bukannya kaki novel tapi novel YOYO ni je yang aku betul-betul teringin nak baca. Sewaktu aku men'google' tentang siri novel ini, aku terjumpa berita tentang penulis novel ini, Liana Afiera Malik dah meninggal dunia.
Al-Fatihah...
Terkejut juga bila dapat tahu news ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

p/s: Agaknya kalau novel ini dijadikan siri filem, siapa yang akan jadi pasangan kembar ni? Macam menarik jugak kalau jadi filem ni. ^_^


-tetiba aku rasa tulisan entri ni terlalu skema. puapuapuapua....