30 January 2015

Banana Cheese

Kalau di Kelantan, selalunye pisang goreng dijual macam tu je. macam mane? original je la... pisang goreng kosong. goreng semata-mata kt gerai2 tepi jalan tiap2 petang. selalu beli untuk makan waktu petang bersama dengan air teh. tu rasanya dah cukup sedap dah tu. Bagi aku la. 

Lepas tu waktu first time pegi Johor dulu... lama dah.. few years back.. mak sedara aku belikan pisang goreng. macam biasa utk makan petang2.  kali ni ada tambahan sos kicap. mula2 aku pelik, nape makan ngan kicap? makcik aku cakap..memang orang sini makan pisang goreng ada sos kicap. Okay.... mula mula aku rasa pelik. tapi lama lama dah biasa makan ngan sos kicap. 

Kemudian, aku pergi pulak ke Perak, tahun lepas kot rasanya... famili aku kt sana belikan pisang goreng jugak. motif semua pakat nak beli pisang goreng kan? takde ke banana pie ke pisang rebus ke kan??
Anyway... kali ni lain sket. First time aku tengok orang jual pisang goreng letak dalam bungkusan kotak ala-ala korang beli kfc. kotak pisang goreng tu dah macam kotak kfc style dia. Advance pisang goreng kt sini. lagi advance bila pisang goreng tu ada letak coklat cair kt atas pisang goreng tu. Yang ni tak de sos kicap tapi ada coklat. Sekali lagi aku rasa pelik.. apehal pulak pisang goreng ni ada coklat pulak. Tapi sedap weh... ada rasa manis2 coklat. Hahaha.... (haih..tetibe rasa lapar pulak bila duk tulis entry pasal pisang goreng ni.) 

La ni... aku jumpa satu lagi style baru. pisang goreng keju a.k.a Banana Cheese. Macam macam orang berniaga sekarang. Lepas satu, satu diolahnya. Next time pisang goreng apa pulak orang nak buat agaknya?


p/s: saje je nk bagitau aku beli banana cheese siang tadi. nampak tak cheese nye? di overshadow dek coklat. hohoho... pisang goreng cheese+chocolate = RM5 sekotak. 

19 January 2015

AJL 29. Apa yang best dan tak best?

Tiap2 tahun mesti aku ada buat post pasal Anugerah Juara Lagu. Walaupun tahun ni sekali lagi lagu favourite aku tak masuk. *menyampah tau* tapi tetap gak gigih nak komen.

anyway.... antara perkara yg aku ingat semalam

1- Malaikat - antara lagu yg aku suka la jugak.. kreatif la jugak awal2 persembahan dia tu. ala2 baju ramlah ram yg keluar bentuk love merah tapi versi moden gitu. 

2- Lampu chandelier *betul ke aku eja tu?* jatuh time Indah nyanyi lagu Percayalah. Terkejut aku tengok. Nasib baik tak kena Indah or pemain violin tu. konfius aku...gimik ke memang terjatuh. bila tengok lagi sekali... macam gimik je. Lagi satu.... baju Indah cantik sangat. I like! macam princess.


3. Hologram Alyah. very the advance gitu. Suka jugak konsep ni. something new. tapi kalau boleh tak payah la lama2 sangat. Bosan jadinya. 

4. Baju Dayang cantik! tapi struggle sangat tengok dia nak naik pentas ambil award tu. Haha

5. Mojo and The Caliph Buskers! well done! serious lepas diorang perform aku dah agak mereka akan dapat Anugerah Persembahan Terbaik. aku rasa Caliph Buskers betul2 dah curi tumpuan semalam dan terus jadi viral. tenggelam jap sape yg perform lepas diorang. 



6. Tetibe ada audio "goodnight mh370" ending dayang punya persembahan. T__T ingatkan suara backstage. sedih la.. 

7. Aku tanya apa khabar........ aku tanya apa khabar semua. Bila tengok barisan juri aku dah boleh agak lagu Apa Khabar boleh sangkut Top 3. Tak sangka terus dapat title Juara Lagu. Kalau nak compare Joe & Malique.. aku lagi suka lirik Malique. Terkilan waktu Teman Pengganti dulu dia tak nyanyi sendiri lagu tu. Tapi lagu ni nak kata deserve menang tu tak de lah.. tapi aku ok je dia menang. 

tu je kot yg memorable bagi aku. persembahan lain tak berapa nak melekat dan no komen. haha

Yang tak berapa best pulak...
8. Iklan Qu Puteh yang sangat annoying bila selang 10 saat kena duk promote Quputeh Quputeh barula puteh. sorang2 muka tak ikhlas nak promote. lol Jatuh standard AJL bila buat camtu. Kejadahnya duk nak promote produk penaja je. Agak2 la kan.. Tak yah going overboard sangat. Angin aku tengok iklan dia je sepanjang anugerah tu berlangsung semalam. Tak cukup nak kena promosi depan stage, ada pulak pengacara2 kt belakang stage yg duk promote produk pamoga quputeh. Adoi... 

9. Pengacara yg lemau kaku kejung. Adoi Scha... awat la hang lagu tu.. AG dah ok dah. Tapi kesian bila AG try nak buat lawak or make it fun, Scha tak sambut dan bagi respon ala kadar je. -_- Lagi satu malas buat homework, banyak sangat tengok que card, tak ceria.. 

10. Mana VIP/VVIP waktu nak sampaikan anugerah? Konfius aku time nak announce sape menang. Bagi macam tu je. Tak leh blah..hadiah pun nak selitkan beg penaja. adoi. besar pulak tu. lol


Tak banyak sangat nak komen sebenarnya pasal AJL kali ni.. (tapi dah panjang sangat post ni...lol) tapi tu lah...aku menyampah pasal penaja. Over sangat.

Meh la layan video klip lagu Juara Lagu.