30 January 2015

Banana Cheese

Kalau di Kelantan, selalunye pisang goreng dijual macam tu je. macam mane? original je la... pisang goreng kosong. goreng semata-mata kt gerai2 tepi jalan tiap2 petang. selalu beli untuk makan waktu petang bersama dengan air teh. tu rasanya dah cukup sedap dah tu. Bagi aku la. 

Lepas tu waktu first time pegi Johor dulu... lama dah.. few years back.. mak sedara aku belikan pisang goreng. macam biasa utk makan petang2.  kali ni ada tambahan sos kicap. mula2 aku pelik, nape makan ngan kicap? makcik aku cakap..memang orang sini makan pisang goreng ada sos kicap. Okay.... mula mula aku rasa pelik. tapi lama lama dah biasa makan ngan sos kicap. 

Kemudian, aku pergi pulak ke Perak, tahun lepas kot rasanya... famili aku kt sana belikan pisang goreng jugak. motif semua pakat nak beli pisang goreng kan? takde ke banana pie ke pisang rebus ke kan??
Anyway... kali ni lain sket. First time aku tengok orang jual pisang goreng letak dalam bungkusan kotak ala-ala korang beli kfc. kotak pisang goreng tu dah macam kotak kfc style dia. Advance pisang goreng kt sini. lagi advance bila pisang goreng tu ada letak coklat cair kt atas pisang goreng tu. Yang ni tak de sos kicap tapi ada coklat. Sekali lagi aku rasa pelik.. apehal pulak pisang goreng ni ada coklat pulak. Tapi sedap weh... ada rasa manis2 coklat. Hahaha.... (haih..tetibe rasa lapar pulak bila duk tulis entry pasal pisang goreng ni.) 

La ni... aku jumpa satu lagi style baru. pisang goreng keju a.k.a Banana Cheese. Macam macam orang berniaga sekarang. Lepas satu, satu diolahnya. Next time pisang goreng apa pulak orang nak buat agaknya?


p/s: saje je nk bagitau aku beli banana cheese siang tadi. nampak tak cheese nye? di overshadow dek coklat. hohoho... pisang goreng cheese+chocolate = RM5 sekotak. 

No comments: