Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

30 October 2017

Tombiruo: Bangkitnya Penunggu Rimba






Nak tengok full movie, silalah ke panggung wayang yang berdekatan. Berbaloi tengok kat cinema. Lawa sangat filem ni dibuat. Dua movie terbaru yang aku tengok- Bisik Pada Langit dan Tombiruo. Kedua-dua filem ni punya cinematografi yang sangat cantik. Sebagai penonton yang bayar tiket movie, memang aku berpuas hati. Filem Tombiruo ni memang aku tunggu dari tahun lepas lagi. Aku dah mention dalam blog dua tiga kali jugak rasanya. Sampai sanggup beli trilogi novel Tombiruo sebab nak baca balik kisah Tombiruo ni. Tapi, nasihat aku, kepada yang tak pernah baca novel dia, kamu boleh pergi tengok dengan senang hati. Kepada yang dah baca, dan masih ingat jalan cerita dalam novel tu, kamu kena pergi menonton dengan hati yang terbuka, expect the unexpected, dan berlapang dada jika ada kemusykilan dari segi plot cerita movie ni. Sebab lain sangat. Tak sama. Berbeza novel dan movie. Jangan expect dan harapkan pembuat movie ni akan buat sebijik jalan cerita macam dalam novel. Nanti kamu kecewa. Hehe... nampak tak memang betul betul ada kelainan movie ni.

Dari segi lakonan, aku suka watak Faizal Hussien sebagai bapak. Zul Ariffin jadi Ejim. Suara dia kita boleh dengar dua tiga kali je dalam movie ni. Duk ulang-ulang ayat... "Bapak...bapak..bapak..." Aku memang tergelak part ni. Watak family Tan Sri tu...ermm..yg jadi Salina tu aku tak kenal. Yang jadi Baizura pulak gaya muka macam karakter jahat...macam tak sesuai...sebab dalam novel, watak Baizura tu aku bayangkan memang ada raut wajah lembut dan ayu. Nabila Huda as the reporter Wan Suraya memang menonjol. Macam biasa. Lakonan dia sentiasa cemerlang.

All in all... aku bagi 7/10.

13 October 2017

Bisik Pada Langit- filem mesti tonton

Bisik Pada Langit.



Sebuah filem yang menjadi trending selepas ditayangkan baru baru ni. Mulanya, aku tak plan nak tengok, tapi disebabkan hari hari terbaca komen-komen di IG ummi nazeera yang puji filem ni best, aku jadi terpengaruh nak tengok. Dan selepas menonton filem ni, aku rasa memang berbaloi, dan faham mengapa filem ni jadi popular.

Sentuhan Kabir Bhatia sebagai pengarah. Need to say more? Kabir Bhatia yang buat cerita Nur Kasih dulu tu. Memang dijamin berbaloi lah untuk tengok di panggung wayang. Lawa sangat sinematografi dia. *two thumbs up*

Lagi satu, pelakon-pelakon dia. Semua hebat. Lakonan sangat berkesan daripada Jalil Hamid (Rosli), Beto Kusyairy sebagai Zaidi dan Ummi Nazeera (Hajar). Naim Daniel sebagai Adik bongsu pun best. Jalil Hamid layak untuk menang pelakon lelaki terbaik. Serius sangat layak! Sangat bersahaja. Dialog yang ringkas tapi berkesan dan menyentuh hati. Ada dua tiga scenes yang bila lepas je Jalil Hamid bagi dialog dia... mata aku bergenang dah ngan air mata. Serius tak tipu.

"Kedukaan hati mak dan ayah bila kehilangan anaknya tak sama dengan kerisauan hati bila anak-anak kehilangan orang tuanya."

Give me tissue please.... šŸ˜­

Jalan cerita, plot filem ni simple je sebenarnya. Macam heavy drama di slot cerekarama tv3 tu je. Tapi yang bagi extra point untuk filem ni adalah lakonan pelakon, skrip, dan hasil kerja pengarah dia. Semua cukup rencah untuk melengkapkan filem ni dengan sempurna.

Cuma ada part2 yang buat aku terpikir, kalau terjadi in reality, macam mana nak buat bagi ayah Hajar ni pergi ke Australia tengok Hajar. Like seriously? Mana penaja Hajar ni? Mesti dia dapat biasiswa pergi belajar kt sana kan? JPA or MARA mesti boleh bantu. Minta bantuan Kementerian Pendidikan or wakil rakyat tempat dia. Takde la nampak rumit sangat. Sebab yang diorang duk rungsingkan pasal wang modal nak ke sana. Rasanya boleh pinjam. Orang yang tau cakap English...alah...wakil kedutaan boleh tolong. Tak de hal. Sebab rasanya pernah terjadi kes-kes macam ni sebelum ni. Ramai pihak yang bagi bantuan untuk ringankan beban keluarga mangsa. Zaman sekarang zaman viral. Bagi viral kt facebook, ramai rakyat Malaysia yang sudi tolong. It happened before.

Buat anak-anak hargailah pengorbanan ibu bapa. We are growing older, but remember they are growing older too. Appreciate them more when they are still around you.
Buat ibu bapa, berilah perhatian yang sama rata pada anak-anak. Dont make them feel less appreciated.

Serius. Tak puas tengok. Rasa nak tengok lagi.

13 September 2017

The Battleship Island

Filem Korea yang aku paling tunggu tungu nak tengok. Sebab ada Song Joong Ki. hahaha.. jangan marah.

Filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar yang berlaku di zaman pemerintahan Tentera Jepun. Berapa peratus kisah benar dan berapa peratus fiksyen dalam filem ini tak dapat dipastikan.

Yang penting Joong Ki tetap menjadi askar Korea dalam filem ini dan di hujung-hujung cerita tetap menjadi hero.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Hwang Jung Min, So Ji Sub, Lee Jung Hyun dan Kim Su An (pelakon cilik dalam Train To Busan).



Dari segi plot, aku bagi 3/5. Plot dia bergerak cepat. Tapi tak terlalu choppy. Flow dia nice. Senang faham. Walaupun aku rasa ada few scenes yang patutnya dijelaskan dengan lebih details lagi. Especially part Joong Ki yang from Army Base to tetiba eh dah ada dalam terowong arang batu di pulau tu. Cepat advance hebat joong ki ni. Dan juga perlu ada lebih banyak scenes untuk menunjukkan perkembangan karakter setiap watak peting dalam filem ni. Karakter Jung Hyun dan Ji Sub tak perlu nak ada bibit-bibit romantik. Sebab sikit sangat. Alang-alang sikit, baik tak payah ada terus. Lagipun ni cerita perang. Cerita bagaimana orang-orang Korea di dalam pulau tersebut nak larikan diri.

Action scenes aku bagi 4/5. Gempak. Scary pun ye especially yang hujung-hujung tu. Selamba je pancung kepala orang. Tapi ni zaman pendudukan Tentera Jepun. Tentera Jepun era 40-an dulu memang terkenal dengan kekejaman dia. So balas pun cara kejam jugak la kan... Scenes yang Jisub berlawan dalam bilik air tu seksi ok. Tak pakai baju. Pakai cawat je. Yang tu pun scary. Sakit giler nampak. Pandai dia berlawan.

Scenes bapak dengan anak dalam cerita ni sweet. Hwang Jung Min as the father and Kim Su An as the daughter. Tapi hujungnya sedih sangat. Sebab sorang je survive.

To be honest, aku tak tahu pun pasal history Hashima Island atau lebih dikenali sebagai Battleship Island ni. Jadi, filem ni sedikit sebanyak bagi sedikit info sejarah mengenai keadaan orang Korea di zaman penjajahan Tentera Jepun dulu. Walaupun banyak dalm filem ni yang dikatakan hanyalah rekaan, but you can get the gist of it..

Hashima Island. Bentuk macam kapal perang

cr pic: soompi



12 September 2017

Akhirnya.... Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Ingat lagi post ini?

OMG!!! Filem tu dah siap!!! Ingatkan tak jadi. Rupanya jadi jugak novel favourite aku ni diadaptasi menjadi filem. Tak sabar nak tengok. Serius tak sabar!

Pelakon dia bukan calang calang habak hang!!
Ada Zul Arifin, ada Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir pun ada! Farid Kamil, Hasnul Rahmat (aku tetap setia panggil dia Tun), dan Faye Kusairi (google sendiri kalau nak kenal dia)

Filem ini diarahkan oleh Seth Larney. Idea asalnya adalah daripada novel "Tombirou Penunggu Rimba" karya hebat penulis thriller terkenal Malaysia, Ramlee Awang Mursyid. Pengikut setia karya-karya Ramlee Awang Mursyid pastinya tak sabar menantikan bagaimanakah Ejim beraksi di layar perak. I hope the team will bring the best for the CGI effect in this film. Please be good!

Akan mula berada di pawagam 12 Oktober 2017. Jadi, sama-sama kita terjah di pawagam nanti ya!






baca balik novel tombiruo. Ambil mood. 

10 September 2017

Abang Long Fadil 2





Filem sequel Abang Long Fadil ni katanya dah cecah rm13 juta dalam tempoh 13 hari. Serius lah gempak! Box Office! Sabtu lepas aku sempat pergi tengok filem Abang Long Fadil 2 di GSC. Ramai sangat orang kt dalam hall tu. Hampir penuh jugak la aku tengok. Aku pun terpaksa beli seat yang kt bawah.

Filem Abang Long Fadil 2 ni kalau tak letak "2" kat belakang tajuk filem tu pun tak pe. Sebab yang sequel mengenai filem ni hanyalah watak Zizan tu sahaja. Yang lain semua baru. Pelakon-pelakon lain yang ada dalam filem ini seperti AC Mizal, Syamsul Yusuf, A.Galak, Shuib, Achey,Wak Doyok, Tania Hudson semuanya memegang watak2 baru dalam siri Abang Long Fadil ini. Memang tak ada sambungan dari segi jalan cerita dengan filem Abang Long Fadil yang pertama dulu. Pendek kata kalau tak tengok filem pertama pun tak pe.

Kisahnya bermula dengan Fadil yang sudah keluar dari dunia gagster dan ingin mulakan hidup baru. Tapi tetap tak tinggal buat kerja tak betul dia. Haha... boleh pulak dia ambil upah jadi gigolo pergi masuk bilik hotel datin kaya. Nasib Fadil malang bila selepas Fadil keluar dari bilik datin tu, datang seorang lelaki misteri bertopeng yang dikenali sebagai Tiger yang menembak datin tersebut. Tiger sempat melarikan diri. Polis datang ke tempat kejadian dan menemui bukti cctv yang menunjukkan Fadil ada pergi ke bilik hotel mangsa. Fadil ditangkap.....dan bermulalah kisah bagaimana Fadil beraksi untuk membuktikan dirinya tak bersalah. Cerita panjang-panjang kat sini nanti jadi spoiler pulak. hehe..

Karakter yang menyerlah dalam filem ni aku rasa yang watak-watak sampingan tu sepertiWak Doyok (Wak Doyok), King Kong (AC Mizal) dan Taji Samprit (A.Galak). Mereka ini adalah scene stealer dalam filem ni. Inspektor Wahab (Syamsul Yusuf) dan Inspektor Shuib dah macam Polis Evo pulak. Watak wartawan tu tukar orang lain yang lebih pandai berlakon lagi elok rasanya. Tanis Hudson tu macam kaku sikit. Zizan pula,,,well he is Zizan. Karakter dia kurang kelakar dalam filem ni. Fuhh lega! Jadi tak perlulah aku tengok aksi-aksi komedi yang tak kelakar dari dia. Dan aku nampak Sani dalam Fadil. Teringat karakter Inspektor Sani yang dia berlakon dalam Polis Evo. Siapa Tiger yang sebenarmya? Itu misteri yang akan terjawab di penghujung cerita.

Action scene dalam filem ni terbaik. Waktu kembar King Kong berlawan dengan Fadil tu kelakar. Waktu Inspektor Shuib berlawan dengan penjahat yang 6-7 orang kt tempat yang sempit tu memang stylo. Macam filem Hong Kong. Haha... CGI pun rasanya ada improvement berbanding filem yang pertama. Tak boleh blah bila Transformer tetap nak interframe dalam filem yang kedua ni.

Filem ni memang menghiburkan. Kalau siapa suka Polis Evo, pasti akan menyukai Abang Long Fadil 2. OST filem ni pun boleh tahan. Kaki Licik dan Senorita.




13 August 2017

Spiderman Homecoming, Valerian & Anabelle Creation

Nak komen secara ringkas 3 movie terbaru yang aku sempat tengok.



Spiderman Homecoming - menghiburkan. Enjoy sangat tengok movie ni. First sebab ada Tony Stark. hehe.. sorry. Aku team Ironman. Dua kali aku tengok movie ni. Sut Spiderman yang Mr. Stark bagi kat Peter tu cun giler.




Valerian - serius kalau tanya aku balik cerita ni pasal apa aku tak leh jawab. Tapi graphic, gambar, cgi dia semua lawa. Superb! Dan juga aku ternampak Kris ex-member EXO dalam movie ni. Ada la 2-3 kali scene dia muncul. Bagi aku, bosan sket cerita ni.





Anabelle Creation - seram to the max. Kenapa aku tertengok movie ni. Kenapa? Kenapa? ni semua sebab member aku ajak pergi tengok. Seram weh!! Movie ni prequel kepada movie anabelle sebelum ni. Dan menceritakan asal asul patung anabelle tu. Creepy betul patung tu. Sape yang cakap patung tu comel memang pelik.

25 September 2016

Train To Busan


Sebelum cuti raya haji yang lepas, aku sempat pergi tengok filem Korea tajuk Train To Busan. Siapa yang masih belum tengok, aku syorkan pergilah tengok filem ni. Best sangat!
Filem ni punya thrill rasa lain macam. Rasa macam aku pun ada dalam train tu. Nampak je zombi duk kejar orang, terus semua pakat duk jerit LARI!!!

Filem ni nak cakap, jangan pentingkan diri sendiri. Itu mesej utama yang aku dapat daripada filem ni. Kalaulah orang-orang yang dalam koc tu cepat bukak pintu, mesti pakcik badan sado tu masih selamat.

Paling sedih bila part ending masa ayah budak tu kena gigit zombi jugak. Huaaaa!!!! Nangis juta lemon aku tengok part ni. Budak tu pandai sangat berlakon. Dia faham dan boleh agak apa akan terjadi dekat ayah dia lepas tu.





Tapi sepanjang aku tengok filem aku tertanya-tanya macam mana diorang semua ni boleh bertukar jadi zombi. Macam mana virus boleh tersebar? Mungkin persoalan ni akan terjawab dalam filem  'Seoul Station nanti. Filem 'Seoul Station' adalah filem anime yang juga prequel kepada filem Train To Busan. So, hopefully will be answered there.


18 August 2016

Suicide Squad

Off day yang lepas aku sempat pergi tengok filem suicide squad. Tak plan pun, sbb ramai member yang kata tak best sangat. Tapi waktu aku pergi hari tu, filem ni je yang ada time tu. so pilihla suicide squad. 

                      

Aku tak tau sangat cerita2 from DC. So aku tak tau filem ni pasal apa sebenarnya.

Bila dah tengok baru tau.. suicide squad ni ala2 team avengers la. Tapi versi DC. Geng geng yang join suicide squad semuanya ada kelebihan/ kekuatan masing masing. Tapi diorang ni selalu buat jahat sebelum ni menggunakan kekuatan diorang tu.

Org government cuba kumpulkan diorang ni dan tubuhkan suicide squad untuk bantu jaga keamanan konon la... haha.
Bagi aku filem ni macam tak teratur jalan ceritanya. Divergence. Ada sampai satu peringkat, aku konfius, diorang berlawan dgn siapa sebenarnya. Macam ramai sangat musuh. Lagi satu, gelap. Tak boleh ke diorang berlawan waktu siang? Hehe...

Apa yg best pasal suicide squad?

Aku dapat botol air satu. Haha.. melayang 25 ringgit sebab nak botol air comel ni.

23 May 2016

Movie: FAN

I watched it last month. but only today i got that mood to write in my bloggy. Heh. Planned to watch with my friend but end up watching it alone. Didn't matter. I enjoyed myself. No hal lah.
Ok stop rambling. Let's go straight to FAN.

After Dilwale, i was waiting for SRK's next movie. And this time, i really enjoy his acting. He played two characters, Gaurav and Aryan. As a superstar and an obsessive fan. He did great job. I feel like i can sympathize with both characters. However, I end up didn't root for neither Gaurav nor Aryan . Because, both have their faults and egos.

About the plot, the first chapter is all about Gaurav. A young man who has genuine wish to see his big idol. I do find it's quite creepy though... why? Cause Gaurav is looking exactly like younger Shah Rukh Khan. But there were moment that made me forgot that he is Shah Rukh Khan. He is just Gaurav. Damn CGI and makeup! lol.

look at that!!! shahrukh khan zaman muda!!

The second chapter is gearing towards Aryan. I do wish the director continue more with Gaurav story. Now Aryan the superstar takes the lead and leading the story. But i wish they slow down the chasing scenes. After 2 times, it got a lit bit repetitive...i was like.... are you guys not tired? and Aryan? stop acting like hero just ask your bodyguard to catch Gaurav. lol.

The ending is kind of heartbreaking. After it ended..i feel numb. kind of speechless. I have this tiny little hope that they'll have happy ending for both. but....that's not what i got. It's like...even till the end of that chasing and after they met, both still don't understand each other's point of view. Kinda sad. I feel sad for Gaurav but at the same time... i understand why Aryan did that.

The film reminds of my own obsession towards my favourite group, Bigbang. Even though i have passed that phase. (still love them just i no longer have time to spend on them) But i remember staying all night, didn't sleep (what is sleep...) just to watch Bigbang videos. The time that i should study or do my assignments but i end up wasting my time reading and chatting with my online friends about Bigbang. i appreciate the friendhip with them... still keep in touch with them through twitter but i wish i realize this sooner and spending my time wisely.

Moral of the story... be modest.      Enjoy the film!! ^__^

23 March 2016

Munafik

17 juta dalam tempoh 26 hari. Macam tak caye je, tak sampai setahun rekod polis evo dah dipecahkan. We will see which one will be the new winner. Munafik? Ola bola? Atau Boiboiboy?

Last week aku pergi tengok filem munafik. Serius seram giler. Balik lepas kerja terus pergi wayang. Ramai jugak la yang ada dalam hall tu.

Kagum dengan filem terbaru syamsul yusof ni. Semua perempuan pakai tudung dalam cerita ni. Bahasa arab pun lancar je. Doa doa yang diorang lafaz pun lancar. Aku maafkan lakonan syamsul yang agak kaku. Hehe... Sebab dia pun jarang berlakon. Nabila mantap.

Jalan cerita dia full of suspense. Banyak part yang aku tutup2 mata. Lol serius wehh..takut tengok. Terbang sana lompat sini. Flow story smooth je. Plot ok tak de caca marba. Bila dah nak hujung cerita, satu persatu dijelaskan hal sebenar.

Kenapa waktu syamsul dan anak dia pergi melawat kubur isteri dia, ada pakcik tu pandang pelik je. aku ingatkan pakcik tu jahat. Rupanya dia pelik tengok syamsul cakap sorang2. Huhu...sedih.

Seriau tengok waktu syamsul pergi gali kubur wife dia pastu ambil mayat wife dia bawa balik rumah tunjuk dekat anak dia. Serius yg tu hardcore. Lega sebab tu hanya mimpi semata mata.

Tapi aku tak brape faham dengan ayah nabila. Sihat pastu tetiba sakit. Atau mungkin sebab aku banyak tutup mata jadi ada part yang aku terlepas.

Siapa yang belum tengok filem munafik, pergilah tengok dan cuba ambil iktibar dari filem ni. Tahniah buat syamsul yusof. Semoga terus hasilkan karya macam ni.

17 February 2016

Ola Bola


Ola Bola.
Hari Khamis lepas aku sempat pergi menonton filem Ola Bola. Aku pakai tiket free yang Celcom bagi. Thanks Celcom. 

Sebelum ni ingatkan cerita Ola Bola ni memang berlatarkan masa zaman 80-an tu. Rupanya cerita ni jenis yang flashback. 

Wartawan Marianne buat cerita pasal team bola sepak Malaysia tahun 1980. Marianne pergi mencari Eric, salah seorang pemain bola sepak ketika itu untuk mengetahui kisah sebenar mereka. Eric pun berceritalah...dan cerita ni pun kembalilah ke era 80-an.

And yess.. cerita ni memang mengingatkan aku tentang filem Chak De India. Bezanya cuma jenis sukan. Ola Bola pasal bola sepak, Chak de India pasal hoki. Sepanjang tengok Ola Bola aku duk teringatkan scene2 yang ada dalam Chak de India. Bila part coach duk bagi semangat dalam bilik persalinan, aku teringat dekat scene Shahrukh Khan bagi ucapan berapi api dalam bilik persalinan dalam cerita Chak De India. Bukanla nak kata filem ni ada persamaan or copy paste cerita Chak De. Tapi sebab dua-dua filem pasal sukan kan... feel dia lebih kurang sama. 

Ada satu dialog dalam filem ni yang aku masih ingat..

"kita menang! yeahh..esok kita cuti!" 
hahaha.. tergelak aku bila boss dekat office tu cakap macam tu. Even sekarang pun kita masih amalkan budaya macam ni. Pantang menang acara sukan, mesti esoknya cuti. Menang sukan sea nak cuti, menang piala malaysia nak cuti, menang badminton nak cuti. Tak tahan tu... kalah pun masih nak minta cuti half day. lol. 
Oh Malaysiaku. Memang kaya dengan cuti. Orang lain yang main sukan, orang lain yang dapat cuti. 

Dengarnya filem ni dah capai 12 juta. Hebat! Astro Shaw memang padu. Three years in a row. The Journey, Polis Evo and now Ola Bola. 







21 January 2016

Ola Bola

Filem ni macam best je. Ala ala Chak De India...




confirm nanti bila keluar, aku pergi tengok.
tak mustahil utk jadi filem pecah panggung dan mungkin boleh lawan kutipan the journey dan polis evo.

25 December 2015

Dilwale time!!

Kalau ada sesape yang nak pegi tengok cerita Hindustan terbaru Shahrukh Khan ni, aku cadangkan pergi booking dulu, ataupun datang awal kt cinema. Sebabnye ya ampunnn.. asyik sold out je!

Semalam aku ngan member konon2nye nak main redah je lah. Pergi kt Setia City Mall pagi, nak tengok tayangan yang pukul 11.15 pagi punya. Bila sampai sana tengok orang beratur punya la panjang. Ingatkan diorang ni pakat nak tengok Star Wars.. bila sampai turn kami nak beli tiket kaunter. Orang kaunter cakap semua tiket dah habis. Paling latest yg pukul 12 tengah malam punya. Giler?! Semua tayangan yang pagi, tgh hari, dan petang sold out! Penangan Dilwale.

Anyway..tak nak mengalah. google tayangan kt tempat lain. Last2 gamble pergi Klang parade. Nasib baik ada. Tu pun seat yg dekat ngan screen dah.

Sepanjang tengok movie ni asyik duk gelak je. Kelakar giler. Kalau aku boleh bagi review...
Cerita Dilwale ni tipikal Bollywood punya style. Ada aksi, komedi, nyanyi2 romantik, family... cukup rencah la. Jalan cerita yang macam tak logik sket. Bollywood la katakan. Dan aku rasa, kalau Shahrukh Khan dan Kajol tak berlakon dalam cerita ni, mesti aku tak ada keinginan nak tengok.

Aku awalnya bila tengok trailer rasa macam cerita ni tak best. Tapi disebabkan Shahrukh Khan + Kajol... aku tetap nak pegi tengok. Plus. Kajol lawa giler dalam cerita ni. Lawa sangat!

don't they look so good together? The chemistry between them is awesome!


 Lagi satu, aku nak tau jalan cerita ni macam mana. Sbb kat trailer tu ada aksi kereta, tembak menembak bagai... so aku tak expect cerita full 100% romantic. Lagu lagu pun biasa je. Ada satu yg best. Bukan lagu tapi video dia. Lawa sangat tempat2 yang dia pergi shooting untuk lagu tu. Sampai aku rasa macam betul ke diorng pergi shooting kt tempat tu. Rasa macam CGI je sumer. Tapi serious video dia lawa.




Tengok movie Dilwale ni tak yah nak pikir logik akal sangat. Plot cerita predictable tapi ada plot twist. Malas nak bagtau kt sini, nanti spoiler pulak. Sekadar untuk makan2 popcorn, gelak- gelak... boleh la. Movie Dilwale untuk hiburan semata mata. Pure entertainment.

27 September 2015

Polis Evo punya pasal...

                                                               Ini kisah semalam



                                                                    Ini kisah hari ini



Nampak tak persamaan 2 gambar di atas? yes... gara-gara polis evo ni best sangat. Aku pergi tengok dua kali movie ni. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, tengok filem melayu di panggung wayang..dua kali! tak pernah. Ini first time. Polis Evo punya pasal.

Serious lepas tengok Sabtu lepas, rasa tak puas. Rasa nak tengok lagi Inspektor Sani & Khai ni. Dah la aku terlepas scene Adli Hashim yang awal tu. Sebab tunggu turn nak beli popcorn punya pasal. Jadi aku memang kena tengok lagi. 

Anyway... aku rasa filem Polis Evo ni mengingatkan aku dengan cerita2 polis yang aku pernah tengok dulu macam Rush Hour dgn LA Heat.. Ada dua orang polis, sorang kelakar sorang serius. Lebih kurang la ngan watak Sani & Khai ni. Tu yang aku rasa macam best cerita Polis Evo ni. Filem ni ada ramuan yang sama dengan cerita2 polis yang aku suka tengok dulu. Lepas tu watak antigonis dia gile2 menjadi. Tak terlalu bising nak tunjuk dia punya ganas. Rilek2 je cakap. Tapi.. pergh..bapak jahat dia ni. Time dia duk siang ikan pun aku dah rasa seram. 

Lagi satu Polis Evo ni buat kat Terengganu. Aku suka ngatt! haha.. memang rasa fresh. Lawak Zizan jadi lagi hidup bila dia cakap Ganu. Nampak real dia berlakon. Aku memang anti ngan lakonan Zizan sebelum ni. Tapi yang ni aku kena puji. Dia kelakar dalam serius. Lawak dia tak over. Part sedih dia aku rasa. Dialog2 dia pun banyak yang best. Yang paling deep... 
"Kereta, kalau accident boleh beli baru, paru-paru nak beli kt mana?"- Inspektor Sani

Lagi satu Khai! Shaheizy Sam hebat jadi Inspektor Khai. Serius dia ada. Sinikal dia ada. "Bedak ada? Mai aku tolong tepekkan skali" Hahaha.. Dia punya permainan mata, pengucapan dialog dia sangat berkesan dan meyakinkan. Dan babak aksi dia..fuhh..dengan badan sado dia tu... memang bagi full thumbs up lah!! Scene Khai yang paling aku suka bila dia cerita dekat Sani pasal family dia lepas dinner di rumah Sani. Great acting kt situ. Subplot juga menarik untuk dikembangkan. Serious... kalau tuan pengarah nak buat prequel mengenai kisah family Khai ni pun boleh. 

Kalau nak buat sequel pun boleh. Ala ala Rush Hour. Ada Rush Hour 2, & 3. Kisah perjalanan dua orang polis di tempat lain pulak. Inspektor Sani kena gi KL pulak ke. Ke guane tuan direktor??

Few interesting quotes from Polis Evo

#LONELY - serious kelakar! 

"Kereta kalau accident, boleh beli baru, Paru-paru? Nak beli kt mana?" 
deep. sesape yang hisap rokok sila terasa. 

"Kalau aku mati satgi, aku jadi ju-on, aku mari gigit mu!" satu dewan gelak part ni. 

"Kalaulah semua luka boleh sembuh dengan sendirinya" -excellent line from A.Galak. Power ambil otai Gerak Khas berlakon. 

"Tak perlu susah payah bawa balik banduan hari ni" - goosebump jap aku bila ingat balik dialog Arwah Harun Salim Bachik ni. Arahan Tuan Mokhtar kepada anak buah utk operasi yang terakhir. 


2 kali tengok Polis Evo bohh!! Dok rasa nyesal siket ponn




26 September 2015

Polis Evo best!

Hari ni aku berkesempatan menonton filem Polis Evo. Dah lama plan nak pegi tengok, before raya haji lagi, tapi member2 x nak join. cait!! tak menyokong industri filem tempatan betul. hehe..
anyway..... hari ni aku pegi jugak. Kenapa aku rasa nak pegi.... ntahlah.. somehow aku rasa filem ni takkan mengecewakan aku. dah lama aku tak tengok filem melayu kt pawagam. Bila aku try nak recall filem apa last aku tengok...serious tak leh nak recall. Dah bertahun kot aku tak tengok filem melayu kt cinema. Sebabnya...aku tau raya tahun depannya mesti ada tunjuk kt tv. hahaha.. 

Ok. back to Polis Evo.


Polis Evo kisah dua orang inspektor polis. Khai & Sani yang berbeza style kerja tapi perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kes Syabu Naga di Terengganu. Itu je serba ringkas cerita polis evo ni. Nak tau lebih kena tengok movie ni sendiri. Sebagai penonton biasa, aku sangat berpuas hati dengan movie ni. Baik lakonan, aksi, sinematografi, dialog semuanya cukup rencah. Tak de lebih takde terkurang. Semuanya cantik tersusun aje. Watak Khai hebat bila part aksi. Sangat meyakinkan sebagai supercop Khai. Ada satu scene yang Khai ceritakan pasal keluarga dia pada Sani selepas dinner di rumah Sani tu bagi aku sangat menjadi lakonan Sam dalam scene tu. 

Tapi aku rasa watak Zizan sebagai Inspektor Sani mencuri tumpuan aku. Sebelum ni aku anti sedikit dengan lakonan Zizan dalam filem2 dia yang dulu. Sebab lawak2 dia banyak yang tak kelakar bagi aku. Tapi dalam polis evo ni, dia bagi lakonan yang sangat baik. Lawak dalam dialog dia, lakonan dia semua menjadi. Agaknya sebab dialek Terengganu dia kot. Lokasi cerita di Terengganu dan bukannya di Kuala Lumpur seperti kebanyakan filem aksi sebelum ni juga memberi kesegaran pada filem ni. It's refreshing to hear Terengganu's dialect from Nora Danish. Haha... Quite convincing. 
To all, siapa yang belum tengok lagi, aku syorkan pergi la tengok. Tak rugi. 



Lagu filem ni pun best. 

17 December 2014

Novel Tombiruo akan difilemkan!

Terbaca tajuk berita di Astro Awani pagi tadi...

"Nasir Jani bakal arah filem adaptasi novel thriller nombor satu Malaysia" 

Aku terus teka novel Tombiruo. Baca berita penuh di astro awani memang betul.. Yes! Yes! Yes! Memang aku nantikan untuk novel ini difilemkan. Aku sebenarnya memang minat dengan novel-novel thriller tulisan Ramlee Awang Mursyid terutamanya trilogi novel 'Tombiruo'- Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir. Aku baca novel-novel ni waktu belajar di kolej dulu. Rajin pergi library sebab nak pinjam novel2 ni. Hehehe... 
tombiruo

Tak sabar nak tengok...

17 November 2014

a date with Baymax!

haha... have you watch Baymax? you must ok! this marshmallow fella is adorable. lol

Baymax
If you watch Disney's new movie- Big Hero 6 then you will see this cute character Baymax. "Your personal health companion"

To be honest I didn't plan to watch this movie, but then me n my sister just went to mbo to "visit" yeahh... I said "visit" lol. but we end up bought two tickets to watch this movie. totally enjoy watching it. I think I'll buy the dvd when it come out. something I dislike whenever watching movies in cinema is the kids' voices in the cinema hall....like hello!!! can you guys watch the movie peacefully without making so much noise. -_-

Okay back to the movie. There's lot funny and cute moments throughout this movie. Most of the time I just LOL!!! i wish the brother was still with his little brother and Baymax till end.. One thing that surprised me was the appearance of "Stargate" lol. If you have watched Stargate before then you will notice the Stargate reference in this movie. Anyway... here's the trailer. Watch it guys!! 


18 September 2014

Tazza - The Hidden Card


Tak sabar nak tengok filem Tazza 2! Cepat la masuk Malaysia. Takkan nak pergi Korea pulak semata mata nak tengok filem ni. Tak de bajet la den.




Filem ni nampak menarik berbanding dengan filem-filem lakonan TOP yang sebelum ni. So, no more depressed TOP. Haha!

17 September 2014

Teenage Mutant Ninja Turtles

Last weekend pergi nonton wayang. Lama duk tenung skrin jadual tayangan filem hari tu o_o tak tau nak tengok cerita ape.
last last pilih filem Teenage Mutant Ninja Turtles. First time pergi tengok movie waktu bulan kemerdekaan. Merasala kena berdiri waktu diorang pasang lagu Negaraku. Tapi yang bagusnya, semua berdiri waktu Negaraku dimainkan. *thumbs up!*

Anyway... cerita Ninja Turtles ni aku tak pernah tengok versi filem punya. TV3 ada tunjuk 2 3 bulan lepas. Tapi aku tengok sekejap je.Waktu kecik2 dulu ada la tengok yang versi kartun.

Ni filem Ninja Turtles versi 2014. Megan Fox jadi April O'neil.



In one word. Cerita ni kelakar! Tak rugi la aku pilih cerita ni. Especially yg empat ninja turtles tu sangat kelakar. Dialog-dialog turtles ni yang buat aku ketawa. Dalam keadaan cemas pun sempat lagi buat lawak. Tak leh blah... Scene action filem ni over sikit bagi aku. Tapi overall aku puas hati. Rasa nak tengok lagi. Tapi aku tunggu je kalau ada stesen tv nak tunjuk nanti. Pasti aku akan tengok.

14 September 2014

Tajuk Filem Sekarang

Kenapa ye? Tajuk filem sekarang ni macam kelakar je. Tahulah diorang nak buat filem komedi tapi "kreatif" sangat tajuk filemnya. #nanges

Contoh 1:

?????? 


Contoh 2:


"Ke Laut" la jawabnya