Polis Evo 2
Petikan sinopsis dari cinema.com
Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.
Kisah Polis Evo 2 masih lagi berkisar pada kes dadah tapi dicampur dengan isu yang lagi besar iaitu isu keganasan. Ada aku terbaca komen pasal Polis Evo 2.
Paskal + Munafik = Polis Evo 2.
I kinda agree with that equation. Elemen lawak, komedi memang kurang dalam Polis Evo 2. Mungkin ada la part2 tertentu yang ramai boleh tergelak dengan Zizan tapi tak banyak sangat pun. Watak Zizan sebagai Inspektor Sani kali ni lebih bermain dengan emosi. Aku sebenarnya mengharapkan babak aksi yang lebih dari Inspektor Sani bersama Inspektor Khai, tapi sayangnya tak banyak babak mereka together in this movie. I want more!
Mari aku senaraikan perkara2 yang aku kurang puas hati dengan Polis Evo 2:
Mari aku senaraikan perkara2 yang aku kurang puas hati dengan Polis Evo 2:
- Apa fungsi watak Rusdi Ramli dan Hairi Othman dalam cerita ni? Sidekick Dato' Azizat je. Tak membantu langsung. Hanya diam tunggu Dato' Azizat buat keputusan.
- Erra Fazira sebagai Dato' Azizat. Lambat buat keputusan. Muka tunjuk garang tapi nampak tak real.
- Kenapa pasukan penyelamat lambat sampai?? Sedih wooo ending dia. Teringat kes Lahad Datu dulu. Bukan kat luar negara pun pulau tu. Latar tempat masih di dalam Malaysia. Tunggu jugak diorg nak tunjuk macam mana pasukan penyelamat datang bantu. Tapi nan hadooo... Tiba tiba dah duduk di kerusi roda si Sani dengan Khai.
- Tak banyak memorable quote dalam Polis Evo 2. Kalau Polis Evo dulu, sampai sekarang aku masih ingat dialog2 padu diorang. Tapi sayang kali ini tak de.
- Sofi Jikan satu nama besar tau. Dia pun ada berlakon dalam Polis Evo 2. Tapi sayangnya...muka dia tak nampak sangat pun. Tak de dialog pun rasanya. Dia tukang sniper yang tak bercakap.
Mungkin aku sangat2 berpuas hati dengan Polis Evo (kalau tak...takdelah aku tengok 3 kali kt wayang dulu). So i have high expectation with Polis Evo 2. But i did not get what i expect.
Tapi ada satu benda best dalam Polis Evo 2 ni, scene tembak menembak dia macam game PUBG. hahahha.. Dah macam rasa kita main game PUBG dalam virtual reality.
All in all- aku bagi 6/10.
Comments