27 September 2015

Polis Evo punya pasal...

                                                               Ini kisah semalam



                                                                    Ini kisah hari ini



Nampak tak persamaan 2 gambar di atas? yes... gara-gara polis evo ni best sangat. Aku pergi tengok dua kali movie ni. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, tengok filem melayu di panggung wayang..dua kali! tak pernah. Ini first time. Polis Evo punya pasal.

Serious lepas tengok Sabtu lepas, rasa tak puas. Rasa nak tengok lagi Inspektor Sani & Khai ni. Dah la aku terlepas scene Adli Hashim yang awal tu. Sebab tunggu turn nak beli popcorn punya pasal. Jadi aku memang kena tengok lagi. 

Anyway... aku rasa filem Polis Evo ni mengingatkan aku dengan cerita2 polis yang aku pernah tengok dulu macam Rush Hour dgn LA Heat.. Ada dua orang polis, sorang kelakar sorang serius. Lebih kurang la ngan watak Sani & Khai ni. Tu yang aku rasa macam best cerita Polis Evo ni. Filem ni ada ramuan yang sama dengan cerita2 polis yang aku suka tengok dulu. Lepas tu watak antigonis dia gile2 menjadi. Tak terlalu bising nak tunjuk dia punya ganas. Rilek2 je cakap. Tapi.. pergh..bapak jahat dia ni. Time dia duk siang ikan pun aku dah rasa seram. 

Lagi satu Polis Evo ni buat kat Terengganu. Aku suka ngatt! haha.. memang rasa fresh. Lawak Zizan jadi lagi hidup bila dia cakap Ganu. Nampak real dia berlakon. Aku memang anti ngan lakonan Zizan sebelum ni. Tapi yang ni aku kena puji. Dia kelakar dalam serius. Lawak dia tak over. Part sedih dia aku rasa. Dialog2 dia pun banyak yang best. Yang paling deep... 
"Kereta, kalau accident boleh beli baru, paru-paru nak beli kt mana?"- Inspektor Sani

Lagi satu Khai! Shaheizy Sam hebat jadi Inspektor Khai. Serius dia ada. Sinikal dia ada. "Bedak ada? Mai aku tolong tepekkan skali" Hahaha.. Dia punya permainan mata, pengucapan dialog dia sangat berkesan dan meyakinkan. Dan babak aksi dia..fuhh..dengan badan sado dia tu... memang bagi full thumbs up lah!! Scene Khai yang paling aku suka bila dia cerita dekat Sani pasal family dia lepas dinner di rumah Sani. Great acting kt situ. Subplot juga menarik untuk dikembangkan. Serious... kalau tuan pengarah nak buat prequel mengenai kisah family Khai ni pun boleh. 

Kalau nak buat sequel pun boleh. Ala ala Rush Hour. Ada Rush Hour 2, & 3. Kisah perjalanan dua orang polis di tempat lain pulak. Inspektor Sani kena gi KL pulak ke. Ke guane tuan direktor??

Few interesting quotes from Polis Evo

#LONELY - serious kelakar! 

"Kereta kalau accident, boleh beli baru, Paru-paru? Nak beli kt mana?" 
deep. sesape yang hisap rokok sila terasa. 

"Kalau aku mati satgi, aku jadi ju-on, aku mari gigit mu!" satu dewan gelak part ni. 

"Kalaulah semua luka boleh sembuh dengan sendirinya" -excellent line from A.Galak. Power ambil otai Gerak Khas berlakon. 

"Tak perlu susah payah bawa balik banduan hari ni" - goosebump jap aku bila ingat balik dialog Arwah Harun Salim Bachik ni. Arahan Tuan Mokhtar kepada anak buah utk operasi yang terakhir. 


2 kali tengok Polis Evo bohh!! Dok rasa nyesal siket ponn




26 September 2015

Polis Evo best!

Hari ni aku berkesempatan menonton filem Polis Evo. Dah lama plan nak pegi tengok, before raya haji lagi, tapi member2 x nak join. cait!! tak menyokong industri filem tempatan betul. hehe..
anyway..... hari ni aku pegi jugak. Kenapa aku rasa nak pegi.... ntahlah.. somehow aku rasa filem ni takkan mengecewakan aku. dah lama aku tak tengok filem melayu kt pawagam. Bila aku try nak recall filem apa last aku tengok...serious tak leh nak recall. Dah bertahun kot aku tak tengok filem melayu kt cinema. Sebabnya...aku tau raya tahun depannya mesti ada tunjuk kt tv. hahaha.. 

Ok. back to Polis Evo.


Polis Evo kisah dua orang inspektor polis. Khai & Sani yang berbeza style kerja tapi perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kes Syabu Naga di Terengganu. Itu je serba ringkas cerita polis evo ni. Nak tau lebih kena tengok movie ni sendiri. Sebagai penonton biasa, aku sangat berpuas hati dengan movie ni. Baik lakonan, aksi, sinematografi, dialog semuanya cukup rencah. Tak de lebih takde terkurang. Semuanya cantik tersusun aje. Watak Khai hebat bila part aksi. Sangat meyakinkan sebagai supercop Khai. Ada satu scene yang Khai ceritakan pasal keluarga dia pada Sani selepas dinner di rumah Sani tu bagi aku sangat menjadi lakonan Sam dalam scene tu. 

Tapi aku rasa watak Zizan sebagai Inspektor Sani mencuri tumpuan aku. Sebelum ni aku anti sedikit dengan lakonan Zizan dalam filem2 dia yang dulu. Sebab lawak2 dia banyak yang tak kelakar bagi aku. Tapi dalam polis evo ni, dia bagi lakonan yang sangat baik. Lawak dalam dialog dia, lakonan dia semua menjadi. Agaknya sebab dialek Terengganu dia kot. Lokasi cerita di Terengganu dan bukannya di Kuala Lumpur seperti kebanyakan filem aksi sebelum ni juga memberi kesegaran pada filem ni. It's refreshing to hear Terengganu's dialect from Nora Danish. Haha... Quite convincing. 
To all, siapa yang belum tengok lagi, aku syorkan pergi la tengok. Tak rugi. 



Lagu filem ni pun best.