Makaroni Bakar versi bujang
Orang bujang punya style. Niat nak buat omelette, tapi terbuat benda lain. Resepi ini untuk seorang makan je. Kalau nak buat banyak sila tambah mengikut selera masing-masing. Nak tambah sayur, isi ketam, or daging2 yang lain pun boleh. Yang aku buat ini memang tak dirancang, jadi bahan-bahan pun ambil yang memang sedia ada di rumah sahaja. Bahan-bahan Makaroni (setengah cawan) Daging burger ramly (2 keping) Sosej (2 batang) Telur (3 biji) Perencah maggi Pasti Sedap Knorr Cheddar Cheese spread Chesdale (1 keping) --optional Cara-Cara Potong sosej secara dadu/kecil-kecil. 2 keping daging burger dipotong/dilenyek-lenyekkan. Rebus sosej dan makaroni di dalam bekas yang berasingan. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Gunakan perencah maggi sebagai perasa tambahan. Kalau yang biasa aku akan guna perencah kari ayam, tapi memandangkan perencah kari ayam tiada, jadi pakai ajelah perencah mee maggi perisa kari. Masukkan daging burger yang dah d...