Makaroni Bakar versi bujang
Orang bujang punya style. Niat nak buat omelette, tapi terbuat benda lain. Resepi ini untuk seorang makan je. Kalau nak buat banyak sila tambah mengikut selera masing-masing. Nak tambah sayur, isi ketam, or daging2 yang lain pun boleh. Yang aku buat ini memang tak dirancang, jadi bahan-bahan pun ambil yang memang sedia ada di rumah sahaja.
Bahan-bahan
- Makaroni (setengah cawan)
- Daging burger ramly (2 keping)
- Sosej (2 batang)
- Telur (3 biji)
- Perencah maggi
- Pasti Sedap Knorr
- Cheddar Cheese spread Chesdale (1 keping) --optional
Cara-Cara
- Potong sosej secara dadu/kecil-kecil.
- 2 keping daging burger dipotong/dilenyek-lenyekkan.
- Rebus sosej dan makaroni di dalam bekas yang berasingan.
- Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
- Gunakan perencah maggi sebagai perasa tambahan. Kalau yang biasa aku akan guna perencah kari ayam, tapi memandangkan perencah kari ayam tiada, jadi pakai ajelah perencah mee maggi perisa kari.
- Masukkan daging burger yang dah dihancurkan tadi. Kemudian masukkan makaroni dan sosej yang telah direbus. Campurkan semua dalam kuali dan goreng bagi sama rata.
- Tambahkan sedikit/ 1 sudu perencah Pasti Sedap Knorr sebagai penambah perisa.
- Goreng sampai masak daging tadi. Kalau ada sayur/ lada benggala/lobak/cendawan boleh masuk sekali. Lagi elok.
- Masukkan semua bahan tadi ke dalam bekas.
- Pecahkan 3 biji telur, kacau dan masukkan ke dalam bekas tadi.
- Potong halus cheddar cheese. Tabur di bahagian atas. Ni tambahan saje. Tak nak letak pun takpe. Nak letak cheese jenis lain yang lagi sedap pun takpe.
- Bakar dalam microwave oven dengan suhu maksimum selama 8 minit. (ikut microwave masing-masing)
setelah masak masih didalam bekas
telangkupkan letak dalam pinggan
potong-potong ala ala kek hari jadi
sedia dimakan bersama sos
Comments