31 March 2015

Di Ambang GST

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan April dah. Tiga bulan dah berlalu untuk tahun 2015 ni. Apa ada pada 1 April?? haha... April Fool!!! 

Ok! Yang satu ni akan bermula pada 1 April. Bukan main-main, bukan April Fool.. tapi GST. Tiga huruf je tapi satu malaysia duk kecoh pasal benda ni.


Minggu-minggu terakhir bulan Mac ni, Giant, Tesco, kedai2 semua penuh dengan orang ramai. Troli semua penuh dengan barang. Shopping kaw kaw punya. Banyak kali jugak la aku pergi tinjau dekat Giant dalam seminggu ni. Maklumla.. habis kerja je..aku pergi Giant. bukan shopping sangat pun...tapi saja nak jalan2. Tiap kalu aku pergi tu memang nampak ramai orang duk borong barang. Ada yang beli pampers anak, susu baby bertin-tin, tisu bergulung-gulung... banyak la..semua dalam kuantiti yang banyak. Ada yang beli barang elektrik, baju, bag, kasut...pergh. penangan gst ni jangan main2. Nafsu shopping bertambah tambah. Semuanya untuk persediaan kemungkinan kenaikan harga barang after gst. 

Jom jadi pengguna bijak. Bandingkan harga dan berbelanja mengikut keperluan. 
Caranya:-
  • pilih dan bandingkan harga yg lebih murah. rajin-rajinla pergi survey kedai mana tawarkan harga yang lebih murah. 
  • boikot peniaga yang jual harga yang mahal. Ramai ramai boikot baru insaf diorang ni agaknya. Tak insaf jugak? Baca step yg ketiga
  • laporkan peniaga mengambil keuntungan yang melampau

Kalau nak info lebih lanjut pasal GST, boleh rujuk e-book panduan pengguna dari KPDNKK ini
http://ebook.kpdnkk.gov.my/