Posts

Showing posts from September, 2017

Malaysia Day Sale with LAZADA

Image
Tengah duk online, keluar pulak iklan lazada ni haaa... adoi..  Lazada duk buat sale lagi. Kali ini sempena Malaysia Day bermula 14 September 2017 hingga 16 September 2017. Adoi.. hari ni la start nyerr.. Diskaun memang gile-gile punya. ada yang sampai diskaun 85%. Tergugat iman betul. Setiap 2 jam dari pukul 10 pagi sampai 4 petang ada flash sales. Harga turun kaw kaw. Time aku bukak ni, dah terlambat. Hari ni tak sempat. Nanti esok nak try lagi. Terus la duk klik klik tengok barang2 yang dijual di Lazada ni. Lipstik murah !!!!! aku ni dah la suka beli lipstik. Adoi maaa... Ada yang sangkut 1-2 ni. Hehe.. Apa lagi, ramai ramai kita.... JOM LAZADA !

The Battleship Island

Image
Filem Korea yang aku paling tunggu tungu nak tengok. Sebab ada Song Joong Ki. hahaha.. jangan marah. Filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar yang berlaku di zaman pemerintahan Tentera Jepun. Berapa peratus kisah benar dan berapa peratus fiksyen dalam filem ini tak dapat dipastikan. Yang penting Joong Ki tetap menjadi askar Korea dalam filem ini dan di hujung-hujung cerita tetap menjadi hero. Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Hwang Jung Min, So Ji Sub, Lee Jung Hyun dan Kim Su An (pelakon cilik dalam Train To Busan). Dari segi plot, aku bagi 3/5. Plot dia bergerak cepat. Tapi tak terlalu choppy. Flow dia nice. Senang faham. Walaupun aku rasa ada few scenes yang patutnya dijelaskan dengan lebih details lagi. Especially part Joong Ki yang from Army Base to tetiba eh dah ada dalam terowong arang batu di pulau tu. Cepat advance hebat joong ki ni. Dan juga perlu ada lebih banyak scenes untuk menunjukkan perkembangan karakter setiap watak peting dalam f

Akhirnya.... Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Image
Ingat lagi post ini? OMG!!! Filem tu dah siap!!! Ingatkan tak jadi. Rupanya jadi jugak novel favourite aku ni diadaptasi menjadi filem. Tak sabar nak tengok. Serius tak sabar! Pelakon dia bukan calang calang habak hang!! Ada Zul Arifin, ada Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir pun ada! Farid Kamil, Hasnul Rahmat (aku tetap setia panggil dia Tun), dan Faye Kusairi (google sendiri kalau nak kenal dia) Filem ini diarahkan oleh Seth Larney. Idea asalnya adalah daripada novel "Tombirou Penunggu Rimba" karya hebat penulis thriller terkenal Malaysia, Ramlee Awang Mursyid. Pengikut setia karya-karya Ramlee Awang Mursyid pastinya tak sabar menantikan bagaimanakah Ejim beraksi di layar perak. I hope the team will bring the best for the CGI effect in this film. Please be good! Akan mula berada di pawagam 12 Oktober 2017. Jadi, sama-sama kita terjah di pawagam nanti ya! baca balik novel tombiruo. Ambil mood. 

Abang Long Fadil 2

Image
Filem sequel Abang Long Fadil ni katanya dah cecah rm13 juta dalam tempoh 13 hari. Serius lah gempak! Box Office! Sabtu lepas aku sempat pergi tengok filem Abang Long Fadil 2 di GSC. Ramai sangat orang kt dalam hall tu. Hampir penuh jugak la aku tengok. Aku pun terpaksa beli seat yang kt bawah. Filem Abang Long Fadil 2 ni kalau tak letak "2" kat belakang tajuk filem tu pun tak pe. Sebab yang sequel mengenai filem ni hanyalah watak Zizan tu sahaja. Yang lain semua baru. Pelakon-pelakon lain yang ada dalam filem ini seperti AC Mizal, Syamsul Yusuf, A.Galak, Shuib, Achey,Wak Doyok, Tania Hudson semuanya memegang watak2 baru dalam siri Abang Long Fadil ini. Memang tak ada sambungan dari segi jalan cerita dengan filem Abang Long Fadil yang pertama dulu. Pendek kata kalau tak tengok filem pertama pun tak pe. Kisahnya bermula dengan Fadil yang sudah keluar dari dunia gagster dan ingin mulakan hidup baru. Tapi tetap tak tinggal buat kerja tak betul dia. Haha... boleh pulak