Showing posts with label Game. Show all posts
Showing posts with label Game. Show all posts

01 June 2014

My DIY: Ddakji


Entri ni special untuk anak-anak saudara aku. Budak-budak kecik ni la yang menjadi punca nape aku semangat belajar buat benda ni.




Ok..sape pernah tengok rancangan Running Man mesti tau pasal permainan Ddakji. Ddakji-nama Korea bagi permainan ni. Anak sedara suka sangat tengok Running Man, dan nak sangat main Ddakji. Tapi tak pandai nak buat. So, diorang suruh aku buat. Pantang jumpa pasti minta buatkan Ddakji. Tension aku. Aku tak pandai. Kertas pun takde. Terpaksa google cara nak buat. (beralasan giler mak sedara sorang nih.. heh!)

Dah google, aku try buat sendiri....senang je sebenarnya.... =)

Bahan:
2 keping kertas segi empat sama.
Pakai kertas origami lagi cun sebab memang dah sama saiz dan ada pilihan warna. Tapi...kalau takde, ambil surat khabar je atau kertas A4, pandai2 la gunting sampai jadi segi 4 sama.




Cara:

1. Guna dua kertas segi empat sama. Berlainan warna adalah digalakkan. Baru ada variasi.



2. Lipat kedua-dua kertas seperti dalam gambar di bawah


3. Lipat bahagian hujung ke tengah. Terbalikkan, dan lipat bahagian hujung (another one) ke tengah sekali lagi. (Rujuk gambar di bawah)  Ulang proses ini untuk kertas yang kedua. 










4. Letakkan kertas berwarna pink diatas kertas merah seperti gambar dibawah [1]. Kemudian lipat bahagian merah [2], diikuti dengan warna pink [3], merah [4], dan akhir sekali selitkan yg berwarna pink ke dalam lipatan merah [5].




5. Bentuk Ddakji adalah seperti ini. Untuk bermain, seorang pemain memerlukan 2 Ddakji, jadi buat lagi beberapa Ddakji pelbagai warna untuk bermain dengan pemain lain.



Since 2 orang anak saudara aku yg mintak buat benda ni, so aku buat 4 Ddakji. Sekarang ni nak ajar diorang untuk buat sendiri. Senang nanti kt rumah diorang, boleh buat sendiri. 

Cara bermain: 

15 March 2014

Sudoku. Tak suka nombor...color pun boleh

Mesti ramai yang suka main Sudoku kan? Permainan yang main teka nombor dalam petak-petak tu.
Macam ni haa...


Biasa kalau game Sudoku dalam paper mesti aku cepat-cepat je ambil pen nak main benda ni. Sekarang dah ada Sudoku game kt tablet lagi senang nak main. 
Okay..since Sudoku nombor ni dah selalu main, aku download satu lagi adik beradik Sudoku. Yang ni pakai color. Amek kau.... tak main 1 2 3 ni... terus pakai color. Warna warni gitu.


Pening gak aku nak main benda ni. Tu baru pilih easy mode. Ambil masa lama jugak nak selesaikan game ni.


One more!!!


Done! Haha... First time aku dapat buat dalam 21 minit. Yang ni second time main. Aku dapat buat dalam 19 minit lebih. Ada improvement. Third time target under 15 minit.