31 August 2017

VIDEO || Majlis Penutupan Sukan Sea ke-29 #KL2017


cr: Kuala Lumpur 2017


Tahniah Pasukan Malaysia! Juara Keseluruhan! Hadiah terbaik untuk Hari Kemerdekaan yang ke-60 hari ini. 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60! 
Selamat Bercuti!!!


Selamat Hari Raya!

30 August 2017

My DIY: Sushi Roll / Kimbap

sape suka makan sushi?? angkat tangan! kita geng!

Kali ni, cubaan untuk membuat sendiri kimbap atau pun juga dikenali sebagai sushi roll.

Jalan-jalan di aeon, ternampak satu kit untuk buat sendiri sushi roll ni. Dalam tu dah tersedia secara ringkas keperluan untuk buat kimbap. Apa lagi, angkut satu. sebab nak try DIY.

Bahan-bahan:

  • beras sushi
  • telur
  • isi ketam / sosej
  • timun jepun
  • cuka sushi
  • kepingan seaweed (nori)

1) Basuh beras. Tak perlu lama sangat. Ikut sukatan yang dah tertulis di paket beras tu. Terlebih terkurang nanti tak menjadi pulak sushi tu. 
2) Goreng telur. 2 biji telur cukup. Tak perlu banyak. Goreng elok-elok sampai jadi telur dadar yang menarik. Jangan sampai hangit. Kemudian potong panjang halus-halus. 
3) Rebus isi ketam. Tak nak pakai isi ketam, rebus sosej pun boleh. Ikut suka selera masing-masing. Potong halus jugak.
4) Back to beras tadi. Dah siap jadi nasi, kacau-kacau, letak cuka sket. Bagi ada rasa. Biarkan sejuk buat seketika. 
5) Keluarkan tikar. Jangan risau. Tikar ni memang dah tersedia dalam kit yang di beli di Aeon tadi. 
6) Letakkan seaweed atas tikar. Letakkan nasi tak perlu banyak. sedang-sedang aje. 
7) Tambah telur/ sosej/ isi ketam/ timun di atas nasi tadi. Ikut suka nak letak apa. 
8) Gulung dengan cermat. Basahkan sikit hujung seaweed tu kasi melekit sikit. 
9) Dah siap gulung. Boleh simpan dalam peti ais bagi sejuk sikit. Tak nak sejuk, boleh ambil pisau yang tajam, potong kecil kecil boleh terus makan. 





Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur with Cornetto



Siapa nak tiket ke konsert Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur pada 14 November 2017? Boleh cuba cara ni. Mana tau, ada rezeki boleh jumpa Ed Sheeran.  Contest Cornetto berlangsung dari 1 Ogos 2017 sehingga 30 Oktober 2017. 








Tak dapat tiket, boleh juga grab merchandise Ed Sheeran yang ada. Menarik. Senang je caranya. Nak tau? Ok, kita tunjuk caranya. 






  • kumpul penutup aiskrim Cornetto. 1 penutup = 1 point. Kumpul banyak-banyak. Mintak jiran, adik, abang, kakak, emak, ayah semua makan ramai-ramai aiskrim Cornetto. Penutup tu disimpan. 
  • Dah kumpul, boleh download form disini. Pergi je kat website . pastu klik dekat Download Form yang macam dalam gambar di atas tu. Senang kan?
  • Dah isi borang, hantar borang tersebut berserta dengan penutup aiskrim Cornetto yang banyak2 tu ke alamat seperti yang tertera di dalam gambar di atas. 
  • Tunggu SMS pengesahan. Layari website www.walls.com.my/CornettoEdSheeran untuk check points anda. Jangan lupa untuk sign up dulu ya!
  • Bila sampai tempoh penebusan, bolehlah tebus points anda untuk memenangi merchandise Ed Sheeran yang berkenan di hati. Ada 3 tempoh penebusan. 
    • 30 Ogos sehingga 5 September
    • 30 September sehingga 6 Oktober
    • 30 Oktober sehingga 5 November
  • Sama ada nak cuba menang tiket atau nak barangan merchandise. It's your choice! 

Untuk menang tiket, hanya perlu kumpul 5 points untuk 1 penyertaan. Kemudian jawab 1 soalan dengan betul.  


Untuk redeem merchandse, kumpul points, dah capai target, boleh redeem barangan merchandise yang diingini. 
(p/s: berkenan kat topi. 40 points je. hmmm boleh try ni)

For more info, please check this website: Cornetto X Ed Sheeran

Siapkan post ni sambil layan lagu Ed Sheeran. Serious banyak yang best lagu dia. Untung siapa yang pergi ke konsert dia nanti.


Short trip to Pulau Perhentian

Ini kisah perjalanan aku ke Pulau Perhentian.
Flight dari Subang ke Kota Bharu sepatutnya pukul 11.50 pagi, tetapi ditangguhkan ke pukul 12.15 tengah hari. Nasib baik! Sebab aku sampai di airport Subang tepat pukul 11.50pagi. Haha..terkejar-kejar berlari masuk ke balai berlepas. Nasib baik sempat.

Sampai di airport Kota Bharu, masih lagi berkira-kira nak pergi ke Pulau Perhentian ke atau nak balik rumah terus. Tapi semangat adventure tu tetiba ada. Jadi, aku decide untuk redah je ke Pulau Perhentian. Van ke Jeti Besut akan sampai pukul 2 ptg. Masuk kedai dalam airport tu beli keperluan apa yang patut. Kemudian tunggu van di luar.

Pukul 2 petang, van tiba dan bawa ke Jeti Besut. Kemudian beli tiket bot nak ke Pulau Perhentian. Beli tiket 2-way pergi balik dalam 60 ringgit seorang. Perjalanan dari jeti ke pulau ambil masa lebih kurang setengah jam.

Sampai di Pulau Perhentian...what a view!!! serious cantik sangat!!! terus rasa tak menyesal buat keputusan ad hoc nak datang sini.



Next destination, cari tempat nak tidur malam tu. Hehe.. walk-in je. Paling hampir dengan jeti is Sharila Resort. Pergi tanya kat situ ada tak bilik kosong. Nasib baik ada. Dapat bilik bajet. Harga boleh tahan. Around rm200 Tak de lah bajet sangat. Tapi boleh lah. Bilik ada aircond, including breakfast. Lagi satu, resort ni cantik.




Petang pergi jalan-jalan di pantai. Tengok ramai duk mandi-manda di pantai. Aku tak mandi pun. Just menikmati pemandangan kat sana je. Damai je rasa. Aku duk di area Coral Bay je. Tak pergi pun dekat Long Bay. Katanya dekat area tu lagi meriah. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sana. Takpelah.. next time bila aku ambil cuti lama sket aku pergi cover semua tempat kat pulau ni. Kali ni short trip yang very unprepared... so aku just buat aktiviti sendiri je.




Malam, aku makan dinner di Amelia Resort. Makanan sea food dia , ya ampun...sungguh menyelerakan. Ingatkan mahal la kan.. tapi tengok menu dia. RM20 untuk satu set. Not bad. Aku masih mampu lagi. haha.. so pilih yang set je senang. Ambil yang ikan bakar dan sotong bakar. Sambil menikmati suasana malam di pantai. Ramai betul mat salleh kt sini. Dah kenyang, terus balik ke bilik dan tidur.






2nd day, konon2 nak tengok sunrise. hmmm...memang tak la kan.. bangun pun lambat. Terus pergi breakfast kt restaurant resort Sharila. Makan sampai kenyang. Bayar mahal-mahal rugi ambik sket je.

Disebabkan kekurangan cash money, tak dapat nak buat aktiviti berbayar yang lain. Hahah... tapi memang pergi first time ni aku tak bersedia nak buat aktiviti snorkeling bagai. Next trip aku
buat. Promise! Jadi, lepas makan, terus siap-siap kemas barang untuk check out bilik sebab waktu check out kat sini 11.30 pagi. Jadi, lepas check out, pergi letak beg dekat kaunter. Diorang ada sediakan ruang untuk simpan beg.

Kemudian, pergi jalan-jalan kt pantai, mandi pantai je. Seronok sebab tak ramai orang. Boleh mandi pantai puas-puas. Dah nk dekat tengah hari, baru la bersiap untuk balik. Sebelum balik, singgah makan tengah hari di Amelia Resort lagi. Ambil yang murah je. Spaghetti bolognese dan mango juice. Harga bawah rm20. Dah nak dekat pukul 4 petang, terus gerak ke jeti.

Pukul 4 petang, baru gerak balik tinggalkan Pulau Perhentian. Sampai di Jeti Besut, rambang mata tengok barang-barang cenderamata kt situ. Rasa nak beli semua jenis benda. Hehe... tapi sebab bajet tak de, beli fridge magnet dan key-chain je.

End my journey for 2 day 1 night in Pulau Perhentian. It was a short trip, my first trip but i'm very sure it will not be my last trip. I'll be back.



29 August 2017

Malique: TKO Pejamkan Mata

Susulan dari post ini

Aku pergi menjengah ke laman ini

Di sini kulihat pelbagai item yang ingin kumiliki

Namun, hanya satu boleh dibeli

Pilihan hati tentulah item yang paling terkini


p/s: belian atas talian yang paling pantas aku buat dalam sejarah. Ini lah. Tak fikir panjang. Nampak album Malique-TKO: Pejamkan Mata. Berdesup terus klik klik klik kemudian buat bayaran. BELI! 

Seminggu kemudian... abang pos laju hantar sampai ke rumah... 


Album ini mengandungi 11 lagu
  • Warkah Dari Perbatasan
  • Salut feat Ariz
  • Perang Dah Tamat feat Rabbani
  • 2010 Masih Hip Hop feat Joe Flizzow
  • Muzik Buatku High
  • Senyum feat Najwa
  • Cuba Lagi feat Lah Ahmad
  • Bukan Mudah with Nukilan
  • Aku Maafkan Kamu feat Jamal Abdillah
  • Teman Pengganti feat Black
  • Pejamkan Mata feat Dayang Nurfaizah

Terbaik!!! 




Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 pada 31 Ogos 2017, Lazada Malaysia sedang menganjurkan satu contest Merdeka! Merdeka! Blogger Contest. Kebetulan tengah window shopping online di Lazada, ternampak pulak pasal Merdeka! Merdeka! Blogger Contest ni.


Pada yang ingin turut serta, boleh klik pada banner di atas. Hadiah yang disediakan amatlah menarik tertarik! 

  • 1st prize: 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher
  • 2nd prize: 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher
  • 3rd prize: 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher
Best kan!!! Bagi yang suka shopping di Lazada tu... (sambil tunjuk tangan kt diri sendiri) memang WOW! FANTASTIC BABY!! hehe...

Untuk join contest, perlu jawab tiga soalan di dalam entri penyertaan.

Okay, so here is my answers.

1. What do you love about being Malaysian?
Saya rasa selamat. Saya boleh lihat kesatuan dalam kepelbagaian. Majmuk bukan penghalang keharmonian di kalangan rakyat Malaysia. We all love PEACE!


2. Choose your favorite local brand.
Saya pilih Carlo Rino. Kalau pergi shopping mall, mesti singgah jap di kedai Carlo Rino. Suka tengok design beg di Carlo Rino. Cantik-cantik semuanya.




3. Select two product from that brand that you love.
Saya suka pakai backpack. Jadi saya pilih:

i) Carlo Rino 0303845-001-59 Backpack










Cantik kan!! Sekarang Lazada sedang mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Boleh dapatkan barangan dengan harga yang lebih murah berbanding biasa. Ada diskaun istimewa sehingga 80%.

Apa lagi, jom LAZADA!! 






21 August 2017

Majlis Pembukaan Sukan Sea ke-29 #KL2017


*warning: long post*

Tahun 2017, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea. Kalau sebelum ni selalu tertunggu tunggu depan tv nak tengok majlis pembukaan Sukan Sea. Tapi kali ini, aku berpeluang untuk tengok secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. *excited giler* first time kot nak pergi stadium. 

Bertolak dari rumah lepas Zohor. Mula-mula terpikir nak pergi dengan kereta je ke stadium. Tapi kami decide pergi dengan lrt je. Parking kereta di LRT Putra Heights kemudian naik lrt ke Bukit Jalil. Dah sampai sana di Bukit Jalil, berduyun-duyunla semua berjalan kaki ke stadium. Food truck di sebelah kiri sepanjang jalan nak ke stadium. Belah kanan pulak orang duk jual merchandise. Macam -macam ada. Baju, topi, bendera, dll. Aku beli bendera je. RM5 untuk 2 bendera.

sepanjang jalan ada orang jual makanan

Dah nak dekat pukul 6 petang barulah kami beratur masuk ke dalam stadium. Waktu tu tak ramai lagi. Lepas pukul 6 petang ada pertunjukan pancaragam. Tapi tak lama lepas tu, hujan turun. Lama-lama makin lebat. Kesian tengok budak-budak pancaragam terpaksa perform dalam hujan. Lepas tu ada persembahan daripada Team Pancaragam ATM. Yang ni best bila part diorang nyanyi lagu Gemuruh- Faizal Tahir. Satu stadium nyanyi sama-sama. Semua pakat buka flashlight phone. Macam konsert pulak.

lampu LED yg dipasang di seat penonton. Memang lawa bila diorang pasang lampu ni. 
persembahan pancaragam

Majlis start dengan perarakan masuk kontinjen semua negara yang terlibat. Yang paling ditunggu-tunggu of course lah team Malaysia. Team Malaysia paling ramai rasanya.


cr: KL2017

Persembahan pembukaan kali ni sangat best. Ada Aznil Nawawi, Dayang Nurfaizah, M.Nasir, Azlan, Monoloque, dll. Kuda, kapal, kereta, semua ada. First time dapat tengok depan mata di dalam stadium. It was so magnificent! Serius sangat lawa! Good job pada semua yang terlibat. Dan satu lagi. aku rasa tema persembahan adalah LED. haha.. sebab banyak sangat guna lampu LED. 




Maskot Sukan Sea- Rimau. Sangat comel! 

cr: Berita Harian


Event yang paling aku tunggu adalah upacara nyalaan obor. Dari awal aku masuk stadium aku duk cari cari kawah obor. Duk fikir dekat mana diorang nak pasang obor nanti. Tapi puas aku cari, memang tak nampak. Jadi memang terkejut jugak la bila tengok tetiba keluar kawah panjang dan besar dari bawah stage. Wow!! Kat situ rupanya dia letak. 



cr: KL2017

cr: KL2017

Majlis selesai lebih kurang pukul 10.30 malam. Masa untuk pulang. 


Kepada semua atlet Malaysia, selamat beraksi! #bangkitbersama



16 August 2017

Pejamkan Mata



Lagu Malique yg terbaru. Pejamkan Mata (feat. Dayang Nurfaizah)

The thing that i like about Malique's song is his lyric. Powerful lyric and rich vocabulary from him. 

Lirik Lagu: Pejamkan Mata

(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir

[Chorus]

source: Qarma Musiq



Album Malique - TKO: Pejamkan Mata boleh dibeli di sini






13 August 2017

Spiderman Homecoming, Valerian & Anabelle Creation

Nak komen secara ringkas 3 movie terbaru yang aku sempat tengok.



Spiderman Homecoming - menghiburkan. Enjoy sangat tengok movie ni. First sebab ada Tony Stark. hehe.. sorry. Aku team Ironman. Dua kali aku tengok movie ni. Sut Spiderman yang Mr. Stark bagi kat Peter tu cun giler.




Valerian - serius kalau tanya aku balik cerita ni pasal apa aku tak leh jawab. Tapi graphic, gambar, cgi dia semua lawa. Superb! Dan juga aku ternampak Kris ex-member EXO dalam movie ni. Ada la 2-3 kali scene dia muncul. Bagi aku, bosan sket cerita ni.





Anabelle Creation - seram to the max. Kenapa aku tertengok movie ni. Kenapa? Kenapa? ni semua sebab member aku ajak pergi tengok. Seram weh!! Movie ni prequel kepada movie anabelle sebelum ni. Dan menceritakan asal asul patung anabelle tu. Creepy betul patung tu. Sape yang cakap patung tu comel memang pelik.

Switch Alpha 12

Assalamualaikum....

Bagi salam dulu sebab lama tak menjenguk blog ni. Penuh bersawang dah aku tengok. Dah tiba masa untuk cuci sikit tempat ni dengan entri baru. Mood nak berblog jadi takde sejak laptop buat perangai. Nak kena format bagai.

Jadi, aku pun aim nak beli laptop baru. Lama duk survey, 3-4 bulan duk pikir, kumpul duit, buat kerja OT bagai, kira kira bajet semua. Finally, aku pergi kedai terus angkut satu.



Acer Switch Alpha 12. Kalau ikutkan nak lari daripada brand Acer. Tapi kat kedai tu tak banyak choice. Dan laptop ni je yg paling hampir dengan ciri-ciri laptop yang aku nak, so aku ambil yang ni. 





Laptop ni kecil (12 inci), 2-in-1 style dan paling penting harga under rm3k. Keyboard is detachable. senang kerja. kalau nak pakai tablet mode, cabut je keyboard tu. boleh layan Running Man.

So far, aku puas hati dengan pilihan laptop aku ni. Memadai dengan apa yang aku nak buat dengan laptop ni. Yang penting, ada rasa satu kepuasan bila kita dapat beli sesuatu yang diidamkan dengan hasil penat lelah kerja kita selama ni. Ni la letaknya duit hasil aku duk buat kerja OT selama 2-3 bulan ni. Terus sayang nak peluk peluk laptop ni. Hahaha...

oklah. see u soon. nak pergi blogwalking jap. lama dah tak buat aktiviti ni.