Showing posts with label Lagu/Lirik. Show all posts
Showing posts with label Lagu/Lirik. Show all posts

16 August 2017

Pejamkan Mata



Lagu Malique yg terbaru. Pejamkan Mata (feat. Dayang Nurfaizah)

The thing that i like about Malique's song is his lyric. Powerful lyric and rich vocabulary from him. 

Lirik Lagu: Pejamkan Mata

(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir

[Chorus]

source: Qarma Musiq



Album Malique - TKO: Pejamkan Mata boleh dibeli di sini






04 December 2014

Membunuh Benci by Siti Nurhaliza



ps: tetiba rasa nak beli album baru Siti Nurhaliza- 'Fragmen'

19 November 2014

Lagu single AF 2014

Aku tak tengok final AF 2014. atau lebih tepat... aku tak tengok pun diari, dan konsert mingguan AF. Tau tau je dah ada pemenang.

Anyway...malam2 ni, aku layan video klip lagu-lagu bintang AF tahun ni. Kebanyakannya aku tak suka. Banyak lagu slow yang bosan. Ada dua je yang aku macam suka. Dan yang ni paling aku minat.

Nina (Misteri)






Yang kedua- Aman (Without You)




First time aku dengar lagu ni waktu tengah dengar radio. Tak tau yang ni lagu Aman AF. Aku macam tak puas hati... nape nak nyanyi Without You. Tak boleh alih bahasa ke Bahasa Melayu?
Tanpamu = Without you. Sama je kan?

18 November 2014

Mewangi Matahari Malaikat

tiga lagu baharu daripada alumni Akademi Fantasia...
well...takde lah baru sangat. cuma aku baru start layan lagu tiga orang ni..




Lagu Mewangi ni yg paling aku suka among these three. best weii...buat karaoke. Kalau tak masuk final Juara Lagu memang aku bengang. Jangan jadi macam lagu Pokok dulu. lol Anyway...aku memang suka suara Akim since AF dulu lagi. Lagu Bengang n Bencinta yang dia perform final AF dulu memang terbaik. Lepas AF aku tertunggu jugak bila lah Akim ni nak naik dapat lagu2 best macam Hafiz. Now, finally... the time is now. Hopefully lagu Mewangi can get top 3 in final Juara Lagu. 


Lagu Malaikat ni pun aku suka. Suara Hazama ni memang best. Lemak merdu.




Lagu Matahari ni biasa je bagi aku. Boleh la.... suara Hafiz memang terbaik sokmo orang kata. Cuma lagu ni macam bosan sikit. Or...mungkin sebab Hafiz selalu nyanyi lagu balada. Jadi rasa macam takde variety je... Tapi lagu ni pun strong jugak.

11 October 2014

Al Nuraa...Yang 5...Yang 6

Mawi & Hazama feat Daly Filsuf





25 September 2014

Erti Hidup


Erti Hidup - Dayang Nurfaizah

Angin kau membawa bahteraku ke mana mahumu...

Di kamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku liku kan ku harungi oh...

*
Tidak lagi kan ku disitu
Menyaksi kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Kiniku mengenali erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku liku kan ku harungi oh

ulang *

Angin kan kubawa bahteraku
Ke mana mahuku
Kini kuberani mengemudi
Ke mana kupergi

Kiniku mengenali erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku liku kan ku harungi oh

Tidak lagi kanku di situ
Menyaksi kehidupan berlalu
Kan kukerah darah keringatku

Bagai guruh menggegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

p/s: bila aku tengok video yang versi studio punya, rupanya Dayang nyanyi salah lirik waktu final AJL yang video kt atas ni.


--------------------------------------------------------**-------------------------------------------------------
anyway....hari ini rasa macam down sedikit.
rasa nak tulis macam macam dlm post hari ni. Tapi tak tertulis. Tetiba teringatkan lagu ni.
Jadi post video ni je lah tuju kat diri sendiri. Your song for today. Cheer up!

16 September 2014

YUNA - LANGIT #flyinghigh




I can see the sky
The birds are flying
Clouds are moving by
My heart is flying

The moon will be my witness tonight
In my dream I see myself fly

Terbang terbang tinggi walau tanah dikaki kan kucari langit
Terbang terbang tinggi awan biru menanti bersama pelangi

Always thought that I could be on my own
But you make me feel alive and I don't feel alone
The moon will be my witness tonight
Coz in my dreams you and I will both fly

Terbang terbang tinggi walau tanah di kaki kan ku cari langit
Terbang terbang tinggi awan biru menanti bersama pelangi

(x 2)

I can see the sky
The birds are flying



SELAMAT HARI MALAYSIA

12 June 2014

Ini Pokok sangat berhantu



Bukan pokok di atas.

Ini haaa...




Lagu Pokok dendangan Meet Uncle Hussein ft Hazama.

Hari ini tetibe lagu ni terngiang-ngiang di telinga. Dalam kepala asyik duk terpasang lagu ni. Macam ada mp3 je. lol. Kalau nak ikutkan sejarah blog ni, aku dah pernah tulis pasal lagu Pokok di blog. See?? betapa berhantunya lagu ni. Dia buat comeback! Dan juga setiap kali ada pertandingan Juara Lagu, mesti aku teringatkan lagu ni, juga aku pernah selitkan di entri Juara Lagu aku tahun ni. See.. see.. it's haunting me and this blog. it keeps making appearance here and there.*gelak lagi*

Aku rasa lagu ini sangat kuat dari segi liriknya. Walaupun penuh dengan pantun yang kita pernah dengar, but it's still something that we can think about... *hah tetibe speaking*



Pesan orang tua tua, malu bertanya sesat jalan. Nak hidup kena banyak explorasi. Baru tambah ilmu pengetahuan. Cikgu, Ibu, Kawan, Pengalaman juga suatu pembelajaran hidup. Jangan kekok bertanya, jangan segan nak mencuba. Tak try tak tahu. Jangan terlalu nak beralasan. Nak berbelanja jangan ikut kehendak sangat, tengok keperluan tengok kemampuan. Barulah hujung bulan masih ada ruang nak bernafas. Apa jua yang nak dibuat, pasti ada cabaran tapi jangan mudah melatah. Yang penting kesungguhan dan minat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yang penting jangan mudah mengalah. Jika buntu, mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. - Bebelan ikhlas kepada diri sendiri. 

08 June 2014

Maher Zain - Ramadan





02 June 2014

AKMU - MELTED



29 May 2014

Mawi & AC Mizal - Al-Haq... Yang Satu

Aku memang nak sangat tengok Mawi & AC Mizal perform lagu Al-Haq secara live. Jadi persembahan mereka pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 yang lepas memang aku nantikan. Sesuai dengan keadaan semasa, lagu Al-Haq..Yang Satu diletakkan sebagai persembahan pembuka tirai ABPBH 2013. Interesting! Lagu nasyid di awal majlis. They performed this song very well, and I think it was one of the best performances that night. Good Job Mawi & AC Mizal!  

Tercari-cari video persembahan Mawi & AC di ABPBH dalam youtube. Tapi tak jumpa. Teringin nak tengok balik. Jadi terpaksalah tengok persembahan mereka di tonton 

Tertarik dengan lagu Al-Haq ini kerana didalam lagu ini Mawi menyelitkan elemen doa didalam bahasa Arab. Sedikit info tambahan mengenai doa tersebut. Diambil dari laman Zon Inspirasi





24 May 2014

Let It Go


Siapa dah tengok filem Frozen angkat tangan?? Saya!!!!  *sambil melompat keriangan* LOL

Bukan nak review pasal filem ni. Tengoklah sendiri ye. It's recommended! Tak yah review. memang best. Cerita kartun mestilah best kan. Budak-budak pun suka. 

Filem Frozen banyak lagu yang sedap. Ingat lagu "Do You Wanna Build Snowman"? Itu satu contoh. Ada satu lagi lagu yang popular daripada filem ini. 

Let It Go. This is my favourite. Ada 2 versi lagu. Satu yang versi asal filem dinyanyikan oleh Idina Menzel, satu lagi versi pop dinyanyikan oleh Demi Levoto. Lagu ini juga telah diterjemahkan dalam 41 bahasa yang lain. Macam-macam bahasa ada; pilih dan dengar ikut kesukaan masing-masing. ^__^