Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

30 August 2017

My DIY: Sushi Roll / Kimbap

sape suka makan sushi?? angkat tangan! kita geng!

Kali ni, cubaan untuk membuat sendiri kimbap atau pun juga dikenali sebagai sushi roll.

Jalan-jalan di aeon, ternampak satu kit untuk buat sendiri sushi roll ni. Dalam tu dah tersedia secara ringkas keperluan untuk buat kimbap. Apa lagi, angkut satu. sebab nak try DIY.

Bahan-bahan:

  • beras sushi
  • telur
  • isi ketam / sosej
  • timun jepun
  • cuka sushi
  • kepingan seaweed (nori)

1) Basuh beras. Tak perlu lama sangat. Ikut sukatan yang dah tertulis di paket beras tu. Terlebih terkurang nanti tak menjadi pulak sushi tu. 
2) Goreng telur. 2 biji telur cukup. Tak perlu banyak. Goreng elok-elok sampai jadi telur dadar yang menarik. Jangan sampai hangit. Kemudian potong panjang halus-halus. 
3) Rebus isi ketam. Tak nak pakai isi ketam, rebus sosej pun boleh. Ikut suka selera masing-masing. Potong halus jugak.
4) Back to beras tadi. Dah siap jadi nasi, kacau-kacau, letak cuka sket. Bagi ada rasa. Biarkan sejuk buat seketika. 
5) Keluarkan tikar. Jangan risau. Tikar ni memang dah tersedia dalam kit yang di beli di Aeon tadi. 
6) Letakkan seaweed atas tikar. Letakkan nasi tak perlu banyak. sedang-sedang aje. 
7) Tambah telur/ sosej/ isi ketam/ timun di atas nasi tadi. Ikut suka nak letak apa. 
8) Gulung dengan cermat. Basahkan sikit hujung seaweed tu kasi melekit sikit. 
9) Dah siap gulung. Boleh simpan dalam peti ais bagi sejuk sikit. Tak nak sejuk, boleh ambil pisau yang tajam, potong kecil kecil boleh terus makan. 





20 August 2016

Puding Roti Coklat

Ada kawan bawak pergi ofis puding roti yang dia buat. Terus datang mood nak buat puding roti jugak. Resepi dah lama simpan kt dalam phone. Tunggu datang mood je nak buat. hehe..

Resepi senang je. Lupa pulak nak ambil gambar step by step tadi. 

Bahan-bahan
-Roti (10 keping)
-Susu segar (500ml)
-Telur (2 biji)
-Esen vanilla (2 sudu besar)
-Madu (1 sudu besar)
-Mentega/ Marjerin (untuk sapu pada roti)
-Chocolate rice
-Chocolate chips

Cara-cara
- Potong roti jadi 4 keping. Nak potong 2 saja pun boleh. Ikut suka. 
-Sapu mentega/ marjerin di kedua-dua belah roti. Sapu marjerin depan belakang. 
-Susun elok-elok roti dalam bekas. sehingga penuh permukaan. kalau ada ruang kosong, selit-selitkan roti. (lapisan pertama)
- Taburkan chocolate rice. Nak letak banyak ke sikit. Ikut suka. (lapisan kedua)
-Susun lagi roti di atas chocolate rice tadi (lapisan ketiga)
-Tabur chocolate chips & chocolate rice lagi. (lapisan keempat)
- Masukkan susu segar, esen vanilla, telur, madu dalam bekas yang lain. Kacau sebati.
-Masukkan campuran susu tadi ke dalam bekas berisi roti. Biarkan dalam lebih kurang setengah jam.
-Bakar dalam microwave oven. (tak de oven, aku bedal je pakai microwave oven). Bakar lebih kurang dalam 20 minit. Tengok camne. Kalau rasa tak masak lagi, bakar la lagi. Pakai microwave je kan... kena main agak-agak. 

Puding roti yang ni tak perlu nak buat sos kastard dah. Sebab dah manis. Ada chocolate rice ngan chocolate chips kan. Makan panas boleh, nak makan time sejuk pun boleh. Kalau nak makan sejuk, dah lepas bakar, simpan dalam peti sejuk dahulu. Sedap. Tak sabar dah makan dah ni. ^_^




17 August 2016

Makaroni Bakar

Dulu-dulu waktu raya, mak aku selalu buat makaroni bakar. Makanan favourite aku time raya tu. Lepas mak aku stop buat makaroni bakar, aku dah tak makan dah. Susah nak jumpa.
So, raya tahun ni, aku nekad nak try buat sendiri. Hehe....
Aku google resepi. Sehari sebelum raya, aku beli bahan-bahan nak buat makaroni bakar.
Bahan-bahan yang aku guna tak banyak pun. Aku guna daging kisar, sosej, makaroni, lobak merah, lada benggala, telur, serbuk kari.  Itu je. Sebenarnya., nak letak banyak benda pun boleh. Ikut suka lah nak letak ayam ke, udang ke isi ketam ke...tapi aku malas nak beli bahan banyak-banyak.

Pagi raya. orang lain sibuk pergi beraya, aku duk kat dapur, duk buat makaroni bakar. Heh heh...
Aku ikut step by step macam yang aku google. Hasilnya


Lepas try makan sket.... rasa tawar. Haha... Aku bagitau kt ma/k aku. Mak aku tanya, "ada letak garam gula tak?" 
Allah..... lupa. Aku tak letak garam gula langsung. Hahaha.... Patutla rasa tawar je. 
Jadi nak modify pun tak boleh dah. Dah siap bakar. Apa yang aku buat. Aku ambil bekas. Aku letak siap-siap sos pencecah Ummi dalam bekas tu. Kiranya jadi macam base makaroni bakar ni. Lepas tu aku letak makarani bakar dalam bekas tu. Bagi dia meresap sos  tu. Sos pencecah Ummi ni rasa manis. So, leh la cover bagi rasa manis2 kat makaroni bakar ni. Haha. 

13 September 2014

My DIY: Kotak

Jalan jalan cari kotak. Plan nak cari yang kotak drawer, tapi tengok alahai...kecil sangat. So, aku pilih yang ni. Cadang nak beli 1 je, tapi ternampak pulak Value Buy Pack of 2 harga RM25. Haa sudah, mula la aku kira-kira untung rugi. Beli satu harganya RM 12.90. Beli 2 jadi RM 25.80. Jadi aku untung 80 sen bila beli Pack of 2 ni. Gitu..sebab nak untung 80 sen aku beli dua walaupun aku just nak pakai satu je. LOL. tak tau untung ke rugi ke sebenarnya ni. #nanges

Takpe. Yang extra aku boleh simpan, tak pun aku jual dekat orang lain je. Sape nak, bagitau ye. 

Balik rumah terus bersemangat nak buat kotak ni. Poyo je kan.. padahal senang giler. 




Satu dikeluarkan, satu lagi simpan!


Get ready nak buat!


Perut dia kembung! haha!


Tadaaaaa!!! Dah siap kotak!





01 June 2014

My DIY: Ddakji


Entri ni special untuk anak-anak saudara aku. Budak-budak kecik ni la yang menjadi punca nape aku semangat belajar buat benda ni.




Ok..sape pernah tengok rancangan Running Man mesti tau pasal permainan Ddakji. Ddakji-nama Korea bagi permainan ni. Anak sedara suka sangat tengok Running Man, dan nak sangat main Ddakji. Tapi tak pandai nak buat. So, diorang suruh aku buat. Pantang jumpa pasti minta buatkan Ddakji. Tension aku. Aku tak pandai. Kertas pun takde. Terpaksa google cara nak buat. (beralasan giler mak sedara sorang nih.. heh!)

Dah google, aku try buat sendiri....senang je sebenarnya.... =)

Bahan:
2 keping kertas segi empat sama.
Pakai kertas origami lagi cun sebab memang dah sama saiz dan ada pilihan warna. Tapi...kalau takde, ambil surat khabar je atau kertas A4, pandai2 la gunting sampai jadi segi 4 sama.




Cara:

1. Guna dua kertas segi empat sama. Berlainan warna adalah digalakkan. Baru ada variasi.



2. Lipat kedua-dua kertas seperti dalam gambar di bawah


3. Lipat bahagian hujung ke tengah. Terbalikkan, dan lipat bahagian hujung (another one) ke tengah sekali lagi. (Rujuk gambar di bawah)  Ulang proses ini untuk kertas yang kedua. 










4. Letakkan kertas berwarna pink diatas kertas merah seperti gambar dibawah [1]. Kemudian lipat bahagian merah [2], diikuti dengan warna pink [3], merah [4], dan akhir sekali selitkan yg berwarna pink ke dalam lipatan merah [5].




5. Bentuk Ddakji adalah seperti ini. Untuk bermain, seorang pemain memerlukan 2 Ddakji, jadi buat lagi beberapa Ddakji pelbagai warna untuk bermain dengan pemain lain.



Since 2 orang anak saudara aku yg mintak buat benda ni, so aku buat 4 Ddakji. Sekarang ni nak ajar diorang untuk buat sendiri. Senang nanti kt rumah diorang, boleh buat sendiri. 

Cara bermain: 

30 May 2014

My DIY: Puding Roti

Cubaan membuat puding roti sendiri. Hehe...selalu duk makan yang orang lain buat, hari ni nak try sendiri. Senang sangat cara buatnya.

Bahan:
Roti- wajib. Kalau letak biskut jadi puding biskut la plak kan.
Susu segar. Nak pakai susu cair pun boleh.
Telur
Esen vanila
Planta
Gula

 Sos kastard:
Susu cair
Tepung kastard
Gula

Cara:


Masukkan 3 biji telur, 2 sudu besar gula, 1 sudu kecil esen vanila, 2 gelas susu segar, dan 2 sudu planta dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Planta hanyalah tambahan. Tak letak pun takpe. Lepas dah penat kacau boleh letak roti. Nak letak banyak or sedikit ikut selera. Aku letak 9 keping roti. Belah dua roti-roti tu dan letak elok-elok dalam bekas tadi. Biarkan adunan puding roti ni selama beberapa minit. Aku  jenis tak penyabar, kejap je aku rendam, seeloknya rendam lama sedikit dalam 30 minit. Dah puas berendam, letak adunan puding roti ni dalam bekas lain pulak untuk dibakar selama 50 minit.

Cara membuat sos kastard
Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu gula dan 2 sudu tepung kastard didalam bekas. Panaskan sehingga sedikit pekat.



Nampak tak sos kastard tu? Since aku terbuat sos ni jadi sangat pekat, terpaksa baiki balik. Camne aku baiki? Tambah 1 gelas air, campur secawan susu segar, dan 4 sudu susu pekat. Kalau nak manis lagi, tambah lagi susu pekat. Panaskan balik adunan sos ni, kacau sehingga sebati. Dah siap...


Selepas 50 minit....


Boleh dimakan ketika panas atau sejuk. 




18 May 2014

My DIY: The Best Juice in The World

Tak payah susah susah nak pergi beli dekat restoran/ hotel 5 stars! No need. No need. 
Just simple steps on your own and you will get it. Yummy! Delicious! Juicy!

All you need is.......

Fruits
+
Milk
+
Ice cube

And also use blender to blend all that.


Then...wallahhh.. done!