Posts

Showing posts with the label Food

Susu Nilofa

Image
Harga RM 4.90.  Rasa? Sama je dengan susu pisang yang di jual kt Family Mart tu. Sedap je. Isu overclaimed yang viral sebelum ni tak menjadi hal untuk aku. Sebab apa? Kita sebagai consumer haruslah bijak. Bijak berbelanja bijak menilai. Dah tahu kandungan gula tinggi, jangan kau tibai pegi minum 2-3 paket setiap hari. Makan atau minum kenalah berpada-pada. Nak lagi best, cuba try blend buah pisang dengan susu pisang Nilofa. Barulah betul susu pisang. 

Sekali sekala jadi food hunter

Image
Burger terbaik adalah burger yang sedap dan murah. Yess. Dan aku dah jumpa burger paling sedap di Shah Alam ni. Jawapannya adalah Loyal Burger. Tak perlu risau. Just google or waze Loyal Burger  dan korang akan jumpa gerai Loyal Burger. Beralamat di No l2, Jalan Boling Padang El3/E, Seksyen 3, 40l00 Shah Alam, Selangor. Gerai dia terletak berhampiran dengan Family Mart Menara U.  Menu popular dia semestinya Crispy Chicken Burger with Salteg Egg Cream. Harga tak mahal pun, RM4.99 je. Tak nak salted egg, boleh beli yang original cheesy sauce dengan harga RM4.49 je. Luaran nampak biasa je kan. But don't judge a book by its cover, don't judge this burger by its plastic. Serious tak tipu. Korang wajib try okay Salted Egg Burger @ Loyal Burger. Aku jamin korang akan datang balik untuk makan burger ni. Dia punya rasa salted egg tu tak muak pun, creamy dia just nice elok cukup sesuai dgn sebiji burger ni. Ayam dia pun sedap. Roti burger pun lembut je. Aku ...

Kak Anie Shellrock

Image
Mulanya cadang nak pergi buka puasa di Warong Ambo. Tapi bila sampai sana tengok ramai sangat orang beratur nak beli colek di Warong Ambo. Kami terus batalkan plan. Dan akhirnya memilih tempat makan dekat dengan area Warong Ambo. Di sana ada satu food court yang menjual pelbagai jenis hidangan. Salah satu kedai di situ ada sediakan shell out. Aku tak pasti sejak bila kedai di food court ni bukak sebab dah lama tak datang area sini. Tapi kalau ada yang teringin nak makan shell out, boleh datang ke Kedai Kak Anie Shellrock. Boleh waze je untuk tahu lokasinya. Senang je. Antara menu yang ada My komen: A plus! sedap sangat! memang pasti akan datang lagi ke kedai Anie Shellout ni untuk makan.  Harga berbaloi dengan makanan yang disediakan. Service pun baik. Dah habis makan shellout boleh sambung makan colek pulak. Macam-macam jenis ada. Next nak try kerabu maggie pulak.  Set A Cantik pokok-pokok dekat kedai ni Colek. Favourite for moreh

Makaroni Bakar versi bujang

Image
Orang bujang punya style. Niat nak buat omelette, tapi terbuat benda lain. Resepi ini untuk seorang makan je. Kalau nak buat banyak sila tambah mengikut selera masing-masing. Nak tambah sayur, isi ketam, or daging2 yang lain pun boleh. Yang aku buat ini memang tak dirancang, jadi bahan-bahan pun ambil yang memang sedia ada di rumah sahaja. Bahan-bahan Makaroni (setengah cawan) Daging burger ramly (2 keping) Sosej (2 batang) Telur (3 biji) Perencah maggi Pasti Sedap Knorr Cheddar Cheese spread Chesdale (1 keping) --optional Cara-Cara Potong sosej secara dadu/kecil-kecil.  2 keping daging burger dipotong/dilenyek-lenyekkan. Rebus sosej dan makaroni di dalam bekas yang berasingan. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Gunakan perencah maggi sebagai perasa tambahan. Kalau yang biasa aku akan guna perencah kari ayam, tapi memandangkan perencah kari ayam tiada, jadi pakai ajelah perencah mee maggi perisa kari.  Masukkan daging burger yang dah d...

Lemang 1-2-3

Image
Salam semua. Sempena Aidiladha, aku post pasal menu raya aku buat hari raya haji baru baru ni. Rasa sayu sikit tahun ni, sebab first time raya haji kt ofis. Aku kerja tahun ni. Tak ambil cuti, Tak pe lah, next year aku cuti. Anyway, malam raya, aku ngan housemates pergi beli barang di Giant. Nak masak la kononnya. Tapi ya ampun...ramainya la hai orang. Diorang ni semua pun macam kami jugak. Beli barang last minit. Member aku semangat nak beli barang- ramuan nak buat ayam masak merah,rendang bagai...sekali banyak yang dah takde. Mak dia punya solution.. senang katanya.  semua dah ada dalam paket tu. ikut je resepi dia. Beli ayam, goreng, campur kuah masak merah. settle.  Selain ketupat, kami beli lemang. Teringin nak makan punya pasal. Kami beli yang lemang dalam paket Nona. First time nak try lemang segera macam ni. Cara senang sangat. 3 step je. First step rebus paket lemang dalam air. Sampai mendidih. Second step- campur serbuk santan yang dah te...

My DIY: Sushi Roll / Kimbap

Image
sape suka makan sushi?? angkat tangan! kita geng! Kali ni, cubaan untuk membuat sendiri kimbap atau pun juga dikenali sebagai sushi roll. Jalan-jalan di aeon, ternampak satu kit untuk buat sendiri sushi roll ni. Dalam tu dah tersedia secara ringkas keperluan untuk buat kimbap. Apa lagi, angkut satu. sebab nak try DIY. Bahan-bahan: beras sushi telur isi ketam / sosej timun jepun cuka sushi kepingan seaweed (nori) 1) Basuh beras. Tak perlu lama sangat. Ikut sukatan yang dah tertulis di paket beras tu. Terlebih terkurang nanti tak menjadi pulak sushi tu.  2) Goreng telur. 2 biji telur cukup. Tak perlu banyak. Goreng elok-elok sampai jadi telur dadar yang menarik. Jangan sampai hangit. Kemudian potong panjang halus-halus.  3) Rebus isi ketam. Tak nak pakai isi ketam, rebus sosej pun boleh. Ikut suka selera masing-masing. Potong halus jugak. 4) Back to beras tadi. Dah siap jadi nasi, kacau-kacau, letak cuka sket. Bagi ada rasa. Biarkan sejuk buat seketika....

Puding Roti Coklat

Image
Ada kawan bawak pergi ofis puding roti yang dia buat. Terus datang mood nak buat puding roti jugak. Resepi dah lama simpan kt dalam phone. Tunggu datang mood je nak buat. hehe.. Resepi senang je. Lupa pulak nak ambil gambar step by step tadi.  Bahan-bahan -Roti (10 keping) -Susu segar (500ml) -Telur (2 biji) -Esen vanilla (2 sudu besar) -Madu (1 sudu besar) -Mentega/ Marjerin (untuk sapu pada roti) -Chocolate rice -Chocolate chips Cara-cara - Potong roti jadi 4 keping. Nak potong 2 saja pun boleh. Ikut suka.  -Sapu mentega/ marjerin di kedua-dua belah roti. Sapu marjerin depan belakang.  -Susun elok-elok roti dalam bekas. sehingga penuh permukaan. kalau ada ruang kosong, selit-selitkan roti. (lapisan pertama) - Taburkan chocolate rice. Nak letak banyak ke sikit. Ikut suka. (lapisan kedua) -Susun lagi roti di atas chocolate rice tadi (lapisan ketiga) -Tabur chocolate chips & chocolate rice lagi. (lapisan keempat) - Masukkan susu...

Makaroni Bakar

Image
Dulu-dulu waktu raya, mak aku selalu buat makaroni bakar. Makanan favourite aku time raya tu. Lepas mak aku stop buat makaroni bakar, aku dah tak makan dah. Susah nak jumpa. So, raya tahun ni, aku nekad nak try buat sendiri. Hehe.... Aku google resepi. Sehari sebelum raya, aku beli bahan-bahan nak buat makaroni bakar. Bahan-bahan yang aku guna tak banyak pun. Aku guna daging kisar, sosej, makaroni, lobak merah, lada benggala, telur, serbuk kari.  Itu je. Sebenarnya., nak letak banyak benda pun boleh. Ikut suka lah nak letak ayam ke, udang ke isi ketam ke...tapi aku malas nak beli bahan banyak-banyak. Pagi raya. orang lain sibuk pergi beraya, aku duk kat dapur, duk buat makaroni bakar. Heh heh... Aku ikut step by step macam yang aku google. Hasilnya Lepas try makan sket.... rasa tawar. Haha... Aku bagitau kt ma/k aku. Mak aku tanya, "ada letak garam gula tak?"  Allah..... lupa. Aku tak letak garam gula langsung. Hahaha.... Patutla rasa tawar je.  Jadi nak ...

Durian crepe

Image
Few years ago...waktu tengah viral orang duk makan durian crepe, duk post kat fb, blog bagai cara nak buat durian crepe...aku time tu teringin nak makan. Siap bookmark resepi nak buat durian crepe. Konon2 la rajin sangat kan. Tapi...hmmmm sampai ke sudah tak makan. Buat sendiri apa tah lagi..memang tak la jawabnya. Akhirnya...hari ni pegi pasar pagi td kebetulan terjumpa org jual durian crepe. Terus beli 1 paket rm 10 harga. First time aku makan durian crepe. Ketinggalan kereta api sungguh. Makan time lapar... Mmg rasa sedap. Tambah lagi durian crepe yg aku beli ni tak berapa manis sangat. Ngam ngam ngan selera aku. Mungkin aku akan beli lagi? :) 

Banana Cheese

Image
Kalau di Kelantan, selalunye pisang goreng dijual macam tu je. macam mane? original je la... pisang goreng kosong. goreng semata-mata kt gerai2 tepi jalan tiap2 petang. selalu beli untuk makan waktu petang bersama dengan air teh. tu rasanya dah cukup sedap dah tu. Bagi aku la.  Lepas tu waktu first time pegi Johor dulu... lama dah.. few years back.. mak sedara aku belikan pisang goreng. macam biasa utk makan petang2.  kali ni ada tambahan sos kicap. mula2 aku pelik, nape makan ngan kicap? makcik aku cakap..memang orang sini makan pisang goreng ada sos kicap. Okay.... mula mula aku rasa pelik. tapi lama lama dah biasa makan ngan sos kicap.  Kemudian, aku pergi pulak ke Perak, tahun lepas kot rasanya... famili aku kt sana belikan pisang goreng jugak. motif semua pakat nak beli pisang goreng kan? takde ke banana pie ke pisang rebus ke kan?? Anyway... kali ni lain sket. First time aku tengok orang jual pisang goreng letak dalam bungkusan kotak ala-ala korang beli k...

Ayuh breakfast!

Image
Salam all... Dah sarapan?? Aku ni jenis yang malas nak bersarapan pagi sebenarnya. Kadang-kadang aku "brunch" je terus. "breakfast+lunch" Tak elok sebenarnya. Sebab sarapan itu penting untuk kecergasan sepanjang hari.  Jadi langkah express aku, dengan tak perlu nak skip breakfast, adalah mengambil minuman ringkas seringkas ringkasnya. Tapi tetap mempunyai khasiat yang tinggi.  Spirulina Cereal. Gaya macam nestum lah lebih kurang. Tapi lagi sedap pada nestum or oat. Sebab aku tak minat sangat nak makan nestum jadi Spirulina cereal adalah pilihan terbaik sebagai ganti. Baunya wangi. Rasa pun sedap. Ambil satu paket setiap pagi bancuh dalam gelas pun dah cukup sebagai breakfast.  It's Cholesterol free, Source of Calcium & Protein, No Artificial Colouring or Preservatives Jom sarapan dulu! ^__^

Salad Buah Pucat

Image
Hari ni mak aku semangat nak makan salad buah. Mesti pengaruh tv ni, sebab semalam dia tengok rancangan masak2, salah satu yg chef buat adalah salad buah. Terus dia teringin nak makan salad jugak dan pergi beli kt kedai segala macam buah pastu mintak tolong aku yg buatkan. So apalagi...aku pun terus ambil pisau nak potong buah. *bunyi cam rajin je kan haha..padahal jenuh mak panggil suruh masuk dapur*  Tapi salad buah kali ni tak banyak choice sangat. Yang adanya buah epal merah&hijau, anggur, tomato, timun batang, dan sayur. Kalau ada strawberry, mangga or tembikai susu pun best jugak. Lain kali lah.  Tak payah tulis resepi kt sini kot. Rasanya semua tau nak buat. Senang sangat.  Sebahagian bahan nak buat salad buah. Gambar tomato tak sempat nak ambil sebab dah siap potong dah..  Hasilnya setelah semua bahan dipotong dadu. Jangan tertipu dengan gambar ni. Tomato dan timun batang ada di lapisan bawah timbunan epal hijau. Kesian mere...

My DIY: Puding Roti

Image
Cubaan membuat puding roti sendiri. Hehe...selalu duk makan yang orang lain buat, hari ni nak try sendiri. Senang sangat cara buatnya. Bahan: Roti- wajib. Kalau letak biskut jadi puding biskut la plak kan. Susu segar. Nak pakai susu cair pun boleh. Telur Esen vanila Planta Gula  Sos kastard: Susu cair Tepung kastard Gula Cara: Masukkan 3 biji telur, 2 sudu besar gula, 1 sudu kecil esen vanila, 2 gelas susu segar, dan 2 sudu planta dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Planta hanyalah tambahan. Tak letak pun takpe. Lepas dah penat kacau boleh letak roti. Nak letak banyak or sedikit ikut selera. Aku letak 9 keping roti. Belah dua roti-roti tu dan letak elok-elok dalam bekas tadi. Biarkan adunan puding roti ni selama beberapa minit. Aku  jenis tak penyabar, kejap je aku rendam, seeloknya rendam lama sedikit dalam 30 minit. Dah puas berendam, letak adunan puding roti ni dalam bekas lain pulak untuk dibakar selama 50 minit. Cara membuat sos ka...

My DIY: The Best Juice in The World

Image
Tak payah susah susah nak pergi beli dekat restoran/ hotel 5 stars! No need. No need.  Just simple steps on your own and you will get it. Yummy! Delicious! Juicy! All you need is....... Fruits + Milk + Ice cube And also use blender to blend all that. Then...wallahhh.. done!