Salad Buah Pucat
Hari ni mak aku semangat nak makan salad buah. Mesti pengaruh tv ni, sebab semalam dia tengok rancangan masak2, salah satu yg chef buat adalah salad buah. Terus dia teringin nak makan salad jugak dan pergi beli kt kedai segala macam buah pastu mintak tolong aku yg buatkan. So apalagi...aku pun terus ambil pisau nak potong buah. *bunyi cam rajin je kan haha..padahal jenuh mak panggil suruh masuk dapur*
Tapi salad buah kali ni tak banyak choice sangat. Yang adanya buah epal merah&hijau, anggur, tomato, timun batang, dan sayur. Kalau ada strawberry, mangga or tembikai susu pun best jugak. Lain kali lah.
Tak payah tulis resepi kt sini kot. Rasanya semua tau nak buat. Senang sangat.
Sebahagian bahan nak buat salad buah. Gambar tomato tak sempat nak ambil sebab dah siap potong dah..
Hasilnya setelah semua bahan dipotong dadu. Jangan tertipu dengan gambar ni. Tomato dan timun batang ada di lapisan bawah timbunan epal hijau. Kesian mereka tertimbus dek epal hijau. Kenapa aku panggil ini sebagai salad buah pucat. Sebab tengoklah warnanya... pucat! dull. Nak cantik colour-colour..sila pilih buah-buahan yang colourful sket, ada variasi warna. Barulah cantik dipandang. Dah siap potong, letak dalam bekas. Mak aku tak nak bagi gaul dengan mayonis terus so aku letakkan buah2 ni kt dalam bekas asing2. Pakai konsep layan diri; nak ambek sendiri.
Dah siap untuk dimakan. Opps..don't forget to put mayonis.
Yummy!!!
Jom makan salad buah. Baik untuk kesihatan. Selamat berhujung minggu. ^__^
Comments