15 March 2014

Sudoku. Tak suka nombor...color pun boleh

Mesti ramai yang suka main Sudoku kan? Permainan yang main teka nombor dalam petak-petak tu.
Macam ni haa...


Biasa kalau game Sudoku dalam paper mesti aku cepat-cepat je ambil pen nak main benda ni. Sekarang dah ada Sudoku game kt tablet lagi senang nak main. 
Okay..since Sudoku nombor ni dah selalu main, aku download satu lagi adik beradik Sudoku. Yang ni pakai color. Amek kau.... tak main 1 2 3 ni... terus pakai color. Warna warni gitu.


Pening gak aku nak main benda ni. Tu baru pilih easy mode. Ambil masa lama jugak nak selesaikan game ni.


One more!!!


Done! Haha... First time aku dapat buat dalam 21 minit. Yang ni second time main. Aku dapat buat dalam 19 minit lebih. Ada improvement. Third time target under 15 minit. 










14 March 2014

Bunga

12 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat

12 March 2014
Hari ini dah masuk hari kelima pesawat MH370 hilang dari radar dan masih tidak dapat dikesan. Misteri. Sangat misteri.
Bermacam teori dah aku dengar dan aku baca. Tapi selagi belum jumpa aircraft selagi itulah kita akan terus berteka teki.
Semoga dipermudahkan urusan search and rescue  dan pesawat MH370 berjaya ditemui.