23 March 2016

Munafik

17 juta dalam tempoh 26 hari. Macam tak caye je, tak sampai setahun rekod polis evo dah dipecahkan. We will see which one will be the new winner. Munafik? Ola bola? Atau Boiboiboy?

Last week aku pergi tengok filem munafik. Serius seram giler. Balik lepas kerja terus pergi wayang. Ramai jugak la yang ada dalam hall tu.

Kagum dengan filem terbaru syamsul yusof ni. Semua perempuan pakai tudung dalam cerita ni. Bahasa arab pun lancar je. Doa doa yang diorang lafaz pun lancar. Aku maafkan lakonan syamsul yang agak kaku. Hehe... Sebab dia pun jarang berlakon. Nabila mantap.

Jalan cerita dia full of suspense. Banyak part yang aku tutup2 mata. Lol serius wehh..takut tengok. Terbang sana lompat sini. Flow story smooth je. Plot ok tak de caca marba. Bila dah nak hujung cerita, satu persatu dijelaskan hal sebenar.

Kenapa waktu syamsul dan anak dia pergi melawat kubur isteri dia, ada pakcik tu pandang pelik je. aku ingatkan pakcik tu jahat. Rupanya dia pelik tengok syamsul cakap sorang2. Huhu...sedih.

Seriau tengok waktu syamsul pergi gali kubur wife dia pastu ambil mayat wife dia bawa balik rumah tunjuk dekat anak dia. Serius yg tu hardcore. Lega sebab tu hanya mimpi semata mata.

Tapi aku tak brape faham dengan ayah nabila. Sihat pastu tetiba sakit. Atau mungkin sebab aku banyak tutup mata jadi ada part yang aku terlepas.

Siapa yang belum tengok filem munafik, pergilah tengok dan cuba ambil iktibar dari filem ni. Tahniah buat syamsul yusof. Semoga terus hasilkan karya macam ni.