04 June 2019

Salam Aidilfitri


Ramadhan melabuhkan tirai untuk tahun 2019. Moga kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramdhan tahun hadapan. Alhamdulillah, aku dapat rasakan perubahan yang positif untuk Ramadhan kali ini. Something that I always want to do during last Ramadhan but I failed to do. But for this year, I manage to do it. Moga terus istiqamah membaca Al-Quran selepas raya nanti. Amin..



To all readers.... 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
^____^



02 June 2019

Kak Anie Shellrock


Mulanya cadang nak pergi buka puasa di Warong Ambo. Tapi bila sampai sana tengok ramai sangat orang beratur nak beli colek di Warong Ambo. Kami terus batalkan plan. Dan akhirnya memilih tempat makan dekat dengan area Warong Ambo. Di sana ada satu food court yang menjual pelbagai jenis hidangan. Salah satu kedai di situ ada sediakan shell out.

Aku tak pasti sejak bila kedai di food court ni bukak sebab dah lama tak datang area sini. Tapi kalau ada yang teringin nak makan shell out, boleh datang ke Kedai Kak Anie Shellrock. Boleh waze je untuk tahu lokasinya. Senang je.


Antara menu yang ada


My komen: A plus! sedap sangat! memang pasti akan datang lagi ke kedai Anie Shellout ni untuk makan.  Harga berbaloi dengan makanan yang disediakan. Service pun baik. Dah habis makan shellout boleh sambung makan colek pulak. Macam-macam jenis ada. Next nak try kerabu maggie pulak. 

Set A

Cantik pokok-pokok dekat kedai ni

Colek. Favourite for moreh

Kitew amek sket bolehh?



20 May 2019

My TOP 3 - Marvel Cinematic Universe related

Welcome to my new post which is dedicated to MCU movies. I will list down my top 3 of anything I can think about Marvel movies.

Top 3: Best character
1) Tony Stark
2) Iron Man
3) Howard Potts (hehe....sorry I'm biased)

Top 3: Marvel Movies
1) Iron Man

The MAN who started it all. 

2) The Avengers: Battle of New York

The OG6. I'm going to miss them


3) Captain America: Civil War

#TeamIronMan




I want to put Avengers: Endgame in my top 3 list but..Endgame is THE movie. It will always have special place in my heart regardless it is top rank or not.

Top 3: Iron Man suit up scene
1) Infinity War - when he touched his arc reactor on his chest
2) Iron Man 2- from bag to Iron Man suit - so old school.
3) Civil War - in helicopter.

-I will put youtube video of suit up compilation.




Top 3: Less favorite Marvel Movie
1) Avengers: Age Of Ultron (kind of forgettable for me, but after Endgame I definitely need to re-watch)
2) Guardian of Galaxy 1& 2 (not on earth. so i kind of ignore it. but after Infinity War and Endgame, again i want to watch these two movies. Team Guardians is funny)
3) Doctor Strange.

Top 3: Favorite Endgame scenes
1) When Tony Stark came back. He looks so weak, old, fragile and just done with everything feeling hopeless after that big loss.
2) Sweet moment between Morgan and Tony Stark.
3) Avengers!!! Assemble! When they all came through that portals! Just epic.

...I'm not going to put THAT last scene in my list. Nope 😢


Bonus.


This scene never fail to make me laugh. LOL 😂

Trip To Hokkaido [part 2]


Sambungan from previous post..
Bagi sesiapa yang ingin menggunakan simkad semasa travel, anda semua boleh layari laman web hello1010.my




Pilih negara mana yang akan dilawati





Ada banyak pilihan simkad yang ditawarkan di hello1010. So, untuk senang pilih ikut bajet dan keperluan kita. Apa yang aku buat, aku tandakan dulu di bahagian Shop By apa yang aku nak.


Bajet aku dalam rm100, tempoh masa di Jepun hanyalah 7 hari, jadi aku pilih tempoh masa paling minimum iaitu 8 hari. Last sekali, aku pilih data only. So, option yang tinggal hanya dua. Jadi aku timbang tara antara dua pilihan ini mana yang terbaik untuk aku. Baca review. Akhirnya aku pilih option pertama. Japan and South Korea 8 Days (Infinite Data) - Harga: RM92. 


Kalau ikutkan ada lagi option yang lagi murah, like I said before, pilih ikut keperluan. Aku kat sana memang banyak bergantung pada internet. Jadi aku pilih yang unlimited data. So takdelah risau tak cukup data or internet slow ke ape. Nak jalan-jalan pun senang hati.

My review: Superb! Sangat puas hati. Bila dah nak sampai kt Chitose Airport, aku masukkan siap2 simkad dalam phone. Sampai je kat airport aku terus buka phone aku and....walla!!! Dah boleh guna internet. Whatsapp, intagram, youtube, google maps semua function dengan jayanya. Sepanjang tujuh hari aku di Hokkaido memang tiada masalah internet. Aku rasa pakai simkad lagi best daripada pakai pocket wifi. Lepas ini kalau ada rezeki untuk travel ke oversea lagi memang aku akan order simkad kat sini je. 

For more stories in Hokkaido....see you in part 3. 


19 May 2019

Trip To Hokkaido [part 1]

Bulan Mac yang lepas aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun. Ini trip kedua aku ke Jepun. Tahun lepas aku follow group trip pergi ke Tokyo. So everything was planned by tour guide. I just prepared money, and clothes. Tak de nak pening-pening kepala fikir pasal tiket flight, train, atau hotel. Semuanya diuruskan oleh tour guide. But for this year, it is a personal trip. Aku hampir-hampir nak pergi seorang diri je. Kononnya nak buat solo trip. Tapi aku tahu mak aku mesti tak bagi punya, so untuk tak nak bagi dia risau terlebih aku ajak my sister untuk join sama. Just two of us. This year we're going to Hokkaido to see my brother and attend his graduation day. 


Untuk preparation trip kali ini, aku tak banyak beli benda baru sebab aku pakai je balik baju-baju yang aku bawa untuk trip tahun lepas. Sebabnya dua-dua trip aku ke Jepun pada musim sejuk. Winter jacket, inner heat-tech, sweater, stokin semua dah beli waktu trip tahun lepas. Aku cuma perlu beli winter shoes, dan gloves baru. Winter shoes aku order dekat Lazada je. Nasib baik muat. Gloves pula aku beli last minute dekat Aeon Mall. 


Suggestion for winter jacket. Kalau ada yang sedang mencari jacket yang murah, boleh beli di kedai Bundle Preloved di Klang. Jacket dengan harga RM50 pun boleh dapat. Banyak pilihan warna, style dan saiz. 



Untuk flight aku pilih Air Asia. Kalau nak murah, belilah tiket awal atau time ada promosi. Silap aku tak beli awal-awal. Nak pergi hujung bulan Mac, hujung bulan dua baru aku beli. So nak tak nak i just have to choose the best price yang aku mampu time tu. Campur travel insurans kos flight dalam rm2000++ untuk tiket pergi balik. 

Next dalam check list aku adalah internet. So aku survey pilihan yang ada. Trip tahun lepas aku pakai pocket wifi. Tapi ada keburukan bila guna pocket wifi ni. Nak kena caj bateri. Nak kena caj bateri phone, kamera, power bank, dan tambahan pocket wifi. Jadi, untuk trip kali ini aku nak cuba pakai sim card. Aku pakai sim card khusus untuk data internet bila di Jepun nanti. So bila sampai di sana nanti, aku hanya perlu masukkan sim card dalam handphone dan terus boleh guna internet. Aku google dan aku jumpa satu website yang offer simcard terbaik untuk travel. Sambung part 2. See you later...