Drama Luth Mahfuz
Ok. Baru selesai menonton drama Melayu di TV3; "Luth Mahfuz". What a sad drama!! I nangis OK! Dah lama tak tengok drama sebenarnya, dan bila duk tengok..macam ni... mengalir air mata la pulak..T__T
Pelakon utama drama ini adalah Siti Saleha dan Fizz Fairuz. Siti Saleha as Eyma menjadi isteri kepada Haziq lakonan Fizz Fairuz dan mereka mempunyai anak kecil bernama Aqish. Eyma telah berhenti kerja kerana ingin menjaga Aqish yang sakit.
Nak dijadikan cerita, Haziq dah tak sayangkan Eyma (punya la cantik dan baik si Eyma ni ada hati nak cari pompuan lain, memang sengal laki macam Haziq ni), dan Haziq pun dah ada perempuan lain, Bella (Raja Ilya). Mereka dah berpakat nak berkahwin. Haziq bercadang nak ceraikan Eyma. Tapi Eyma bagi beberapa syarat kepada Haziq sebelum bersetuju untuk diceraikan. Untuk tempoh 40 hari, Haziq kena layan dengan penuh romantik si Eyma ni. Macam waktu awal perkahwinan mereka dulu. Sewaktu tempoh 40 hari tu juga, Haziq disuruh untuk mengikut sunnah sunnah nabi sebagai amalan hariannya. Macam-macam lah yg Eyma suruh Haziq buat dalam tempoh ni. Sembahyang tahajud, bersugi, pakai kasut dgn kaki kanan dulu, makan buah kurma dulu sebelum makan nasi, Teguk air sebanyak 3 kali sebelum menghabiskan minuman...ni antara amalan sunah yang Eyma nasihat Haziq buat. Yang bagusnya Haziq ni, dalam tak suka dan menyampah tu, dia tetap buat jugak apa yang Eyma suruh buat. Daripada terpaksa, lama-lama dia buat dengan suka rela. Bagus jugak drama ni, secara tak langsung menonjolkan amalan sunnah Nabi yang boleh dijadikan amalan seharian kita. It's a lesson for me too. Ada yang aku tak buat sebelum ni jadi bolehlah aku praktikkan selepas ni.
Disebabkan Haziq mengikut nasihat Eyma itu, lama-lama dia pun berubah dengan sendirinya dan mula sedar akan kesilapan dan kelalaian dia selama ni. Akhirnya, dia berpisah dengan Bella dan kembali kepada keluarga. Tapi malangnya, dah terlambat. Eyma telah meninggal dunia terlebih dahulu akibat menderita sakit leukaemia yg dirahsiakan selama ni. Tapi sekurang-kurangnya Haziq dah sedar dan dapat menjaga Aqish dengan baik.
Cerita ni sebenarnya ditayangkan sempena Maulidur Rasul yang lepas, tapi diulang tayang hari ini. Thanks TV3. I enjoy watching this. Bagus Siti Saleha berlakon. No wonder dia boleh menang Pelakon Wanita Popular ABPBH.
Comments