Big Bang fever...
Okay.. sebelum bercerita panjang, aku nak letak dulu gambar hero-hero pujaan aku ini. Uhuk! Tak lah sampai tahap fanatik. Tapi aku minat giler lah dengan 5 jejaka handsome ini.
Tadaaa.....
Salah satu lagu bahasa Jepun diorang yang aku paling minat.
ni plak.. lagu LIES. lagu yang telah menaikkan nama BIG BANG.
ada sape-sape peminat Big Bang kt sini? hehehhee... selamat berkenalan... (^_^)
Tadaaa.....
Big Bang
Ni lah kumpulan famous amos dari dunia k-pop. BIG BANG!!!
Sekarang ni aku sebenarnya dilanda Big Bang fever. Dah berbulan-bulan aku demam. Uhuk! Uhuk! Big Bang fever ni tak kebah2. Setia je duk teman aku hari-hari.
Jujurnya, sebelum aku minat kumpulan Big Bang ni, aku langsung tak pandang, tak dengar dan tak minat lagu-lagu korea walaupun aku ni peminat tegar drama-drama korea. Sebab bagi aku diorang ni hanya bersandarkan rupa paras yang bajet handsome dan ala-ala pretty boy gituh tapi lagu bukannya sedap pun. Hish.. x minat la aku lagu tu.
Bibit perkenalan antara aku dengan Big Bang ni bermula bila aku tengok cerita Family Outing. Kamu tahu rancangan Family Outing? Kalau tak tau, nanti aku cerita..lain kali la dehh.. ni aku nak citer pasal Big Bang. Fokus! Fokus! hehehe..
Bila dah terfollow cerita FO, aku jadi terminat kat Daesung-salah sorang ahli Big Bang. Lepas tu aku mula duk tercari-cari lagu Big Bang. Sekali bila dah terjumpa..hambek ko! Tak de berpatah balik dahh.... terus je maju ke depan. No turning back.
Aku suka style muzik diorang. Aku suka tarian diorang. Very da ba bomb! gituhh.. Dan aku suka semangat dan kesungguhan diorang. Kalau nak tahu, sebelum Big Bang ditubuhkan, mereka 5 orang ni terlebih dahulu perlu melalui proses ujibakat yang sangat panjang. Berbulan-bulan diorang berlatih sebelum pemilihan dibuat. Diorang ada siarkan dokumentari tentang proses pemilihan ini. Setiap aktiviti dan latihan diorang dirakam dan disiarkan dalam dokumentari ini. Aku pun ada tengok rancangan ini. Kalau kamu nak tengok leh cari kat youtube.
Bila aku tengok diorang, aku jadi termalu dengan diri sendiri. Sebab apa? diorang ni sebenarnya lebih kurang je umur ngan aku. Tapi berkat kesungguhan plus bakat yang diorang ada.. sekarang ni diorang dah jadi kaya-raya dah.. Merata-rata pergi orang kenal Big Bang ni.
Dari usia muda lagi diorang dah nampak minat dan potensi diorang dalam bidang mana. Bila dilatih, diasuh hari-hari... jadi lah camtu..
Kita pun boleh jadi macam diorang gak. Kalau kita buat sesuatu benda yang kita minat, tak payah tunggu orang lain suruh, kita sendiri yang akan usaha lebih kuat untuk berjaya. Betul tak? Kalau kita dapat kerja yang dah memang minat kita, hari-hari kerja pun tak pe. Semua jadi seronok. huaaa...bestnye. Kalau gitu, aku nak kerja kat agensi pelancongan lah. Aku suka pergi melancong, walaupun aku tak pernah melancong sebelum ini.
Salah satu lagu bahasa Jepun diorang yang aku paling minat.
ni plak.. lagu LIES. lagu yang telah menaikkan nama BIG BANG.
ada sape-sape peminat Big Bang kt sini? hehehhee... selamat berkenalan... (^_^)
Comments
apa2 pon nnt nak tengok la citer family outing tu! ^_^
1st time aku dengar
nampak sangat aku xminat
hahaha
P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?
skali dgr lies,terus demam gak..tapi kejap je lah..hahaha..pastu demam 2pm skrg ni sbb dorg hot sgt..kalo big bang suka sbb lagu dorg gempak2..kbykan band lain lagu hampeh..2pm pun certain lagu je suka