30 November 2010

Lone Ranger


You are a lone ranger
Doing something by yourself

Hey you.. 
Why you being like this
Where is brother
Where is sister
You deny it
But you need them

Hey you 
Lone ranger
Open your window 
See through the sky
See their faces there
Smiling at you
Waving at you
Please come forward

Hey you
Lone ranger
Open your heart
Receive some love
Smile...cos someone loves you....








Kembali Pulang

"kekasih yang dulu hilang
kini dia telah kembali pulang"

Jangan confuse ek.. tu sebahagian lirik lagu je. Tak de kaitan ngan aku pun. Pernah dengar lagu Kembali Pulang? Kangen Band yang nyanyi. Group dari tanah seberang. Tetibe aku teringatkan lagu ini. Dah lama tak dengar. Kalau aku dengar je lagu ni mesti aku teringatkan kawan-kawan lama aku. Lagu ni kira dah jadi mcm lagu tema ktorang plak. Sebabnye hari-hari duk pasang. Aku yang daripada tak pernah dengar terpaksa dengar n lama-lama jadi terminat plak kt lagu ni. Rindu kt korang lah...  bila nak jumpa ni?





Terjumpa video ni. versi chipmunk. Chipmunk ni selalu nyanyi lagu orang dengan versi suara dia yang halus tu.


29 November 2010

Nuffnang dan Aku


Aku mula pasang nuffnang di blog pada 5 Julai 2009. Tapi bukan di sini la. Di sinun (blog lama). Kiranya, tolak tambah darab bahagi dah lebih 1 tahun 4 bulan aku bersama dengan nuffnang. Sebelum ni status aku di nuffnang- glitterati. Tapi disebabkan dah lama aku privatekan blog sinun dan tak berupdate. Status aku dah bertukar jadi ordinary. Isk! Isk!



Moral of the story-
1. Nak iklan masuk jangan private blog. yelahh... camne org nak tengok iklan tu kalau dah x leh bukak blog.
2. Rajinkan update blog. Inilah punca blog aku bersawang sebenarnya. Sejak aku masuk kampus balik, masa bersama dengan blog dah tak banyak. Sekejap2 je boleh masuk.
3. Rajinkan buat blogwalking. Barulah ada hubungan 2 hala. i baca blog u, u baca blog i ok! hehe... yang ni aku tak dapat nak buat sebelum ni. Pendek kata, aku bercuti terus dari dunia blogging sebelum ni. Sekarang ni baru hidup balik. Baru tersedar dari lena yang panjang...gituh! huhu..

Bulan 5 lepas, aku dapat cek pertama dari nuffnang. Tak banyak pun tapi aku bersyukur dengan amaun yang aku dapat tu. huhu.. Sampai hari ini aku tak masukkan lagi dalam bank. Haha.. nanti bila dah rasa-rasa nak guna baru aku pergi bank. Biasalah.. cek pertama. Kenangan tuuu...


Kesimpulannya: Setelah 1 tahun 4 bulan, jumlah yang aku dapat:

1st cek [ RM101.12] + 2nd cek (akan datang) [ RM 72.68].

Tadi aku dah cash out duit nuff tu. Ingat nak tunggu sampai seratus tapi biarlah... malas nak simpan lama2 kt situ. Baik pergi simpan kt bank. weeeeeii.. (^_^)



 Alahai.. back to zero now. Sesuai sangatlah dengan keadaan blog sekarang ni. Tapi aku suka. I'm totally feeling fresh. Writing with new spirit, new style and new readers.. i guess. Thanks pada yang sudi membaca blog aku. Tak kiralah dulu, kini dan selamanya. Nanti aku nak pergi cari diorang balik. Berjejak kasihan pulak kt sini..

Lagi sekali nak ucap... terima kasih nuffnang. terima kasih semua.. (^_^)

Mau tengok ini dan ini

Aku kembali...
Mentang-mentang cuti sem dah start kan. 24 jam duk ngadap blog. Kalau dulu... nak bukak blogger pun tak sempat. Apatah lagi nak berupdate. Sebab tu kot tempat lama aku dah hilang seri.

Sebenarnya aku dah lama plan nak tengok ini


Sebab aku memang baca dan follow cerita ini dari siri yang pertama lagi. Ingat nak pergi tengok ngan kawan, tapi kawan aku dah tengok. Uhuk! Takpelah.. aku tunggu adik aku beli dvd cerita ni. Sebab dia memang rajin beli. Baikkan kakak sorang ni. Tunggu adik beli bukannya nak beli sendiri. Hehehe...

Lepas tu aku cadang nak tengok cerita ni... Trailer ada kt bawah ni.. Kawan aku kata best.





Macam best plak tengok cerita2 fairytales ni.. Sekali sekala apa salah kann..
Ada sape2 yang dah tengok? Komen anda?


gambar: diambil dari google. Terima kasih Mr Google. (^_^)

Syilasyira 1st Giveaway

Satu tabiat aku kalau dah aktif kt gengblogger, join kontest. Kat sana banyak kontest kalau ada sape2 nak join. Tetibe bosan x de keje nak buat, boleh la luangkan masa join. Hari ni aku nak join satu kontest ni.



Syarat-syarat semua dah dibuat. 
Sape2 nak join sama dialu-alukan. 
Jom2.. x lama dah pun 
30hb Nov 2010 tarikh tutup. 
Brape jam je lagi. 

Harap2 sudi terima penyertaan ini.. (^_^)

Big Bang fever...

Okay.. sebelum bercerita panjang, aku nak letak dulu gambar hero-hero pujaan aku ini. Uhuk! Tak lah sampai tahap fanatik. Tapi aku minat giler lah dengan 5 jejaka handsome ini.
Tadaaa.....


Big Bang

Ni lah kumpulan famous amos dari dunia k-pop. BIG BANG!!!

Sekarang ni aku sebenarnya dilanda Big Bang fever. Dah berbulan-bulan aku demam. Uhuk! Uhuk! Big Bang fever ni tak kebah2. Setia je duk teman aku hari-hari. 

Jujurnya, sebelum aku minat kumpulan Big Bang ni, aku langsung tak pandang, tak dengar dan tak minat lagu-lagu korea walaupun aku ni peminat tegar drama-drama korea. Sebab bagi aku diorang ni hanya bersandarkan rupa paras yang bajet handsome dan ala-ala pretty boy gituh tapi lagu bukannya sedap pun. Hish.. x minat la aku lagu tu. 

Bibit perkenalan antara aku dengan Big Bang ni bermula bila aku tengok cerita Family Outing. Kamu tahu rancangan Family Outing? Kalau tak tau, nanti aku cerita..lain kali la dehh.. ni aku nak citer pasal Big Bang. Fokus! Fokus! hehehe..

Bila dah terfollow cerita FO, aku jadi terminat kat Daesung-salah sorang ahli Big Bang.  Lepas tu aku mula duk tercari-cari lagu Big Bang. Sekali bila dah terjumpa..hambek ko! Tak de berpatah balik dahh.... terus je maju ke depan. No turning back. 

Aku suka style muzik diorang. Aku suka tarian diorang. Very da ba bomb! gituhh.. Dan aku suka semangat dan kesungguhan diorang. Kalau nak tahu, sebelum Big Bang ditubuhkan, mereka 5 orang ni terlebih dahulu perlu melalui proses ujibakat yang sangat panjang. Berbulan-bulan diorang berlatih sebelum pemilihan dibuat. Diorang ada siarkan dokumentari tentang proses pemilihan ini. Setiap aktiviti dan latihan diorang dirakam dan disiarkan dalam dokumentari ini. Aku pun ada tengok rancangan ini. Kalau kamu nak tengok leh cari kat youtube

Bila aku tengok diorang, aku jadi termalu dengan diri sendiri. Sebab apa? diorang ni sebenarnya lebih kurang je umur ngan aku. Tapi berkat kesungguhan plus bakat yang diorang ada.. sekarang ni diorang dah jadi kaya-raya dah.. Merata-rata pergi orang kenal Big Bang ni. 

Dari usia muda lagi diorang dah nampak minat dan potensi diorang dalam bidang mana. Bila dilatih, diasuh hari-hari... jadi lah camtu.. 

Kita pun boleh jadi macam diorang gak. Kalau kita buat sesuatu benda yang kita minat, tak payah tunggu orang lain suruh, kita sendiri yang akan usaha lebih kuat untuk berjaya. Betul tak? Kalau kita dapat kerja yang dah memang minat kita, hari-hari kerja pun tak pe. Semua jadi seronok. huaaa...bestnye. Kalau gitu, aku nak kerja kat agensi pelancongan lah. Aku suka pergi melancong, walaupun aku tak pernah melancong sebelum ini.






Salah satu lagu bahasa Jepun diorang yang aku paling minat.



ni plak.. lagu LIES. lagu yang telah menaikkan nama BIG BANG.


ada sape-sape peminat Big Bang kt sini? hehehhee... selamat berkenalan...  (^_^)