My DIY: Puding Roti

Cubaan membuat puding roti sendiri. Hehe...selalu duk makan yang orang lain buat, hari ni nak try sendiri. Senang sangat cara buatnya.

Bahan:
Roti- wajib. Kalau letak biskut jadi puding biskut la plak kan.
Susu segar. Nak pakai susu cair pun boleh.
Telur
Esen vanila
Planta
Gula

 Sos kastard:
Susu cair
Tepung kastard
Gula

Cara:


Masukkan 3 biji telur, 2 sudu besar gula, 1 sudu kecil esen vanila, 2 gelas susu segar, dan 2 sudu planta dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Planta hanyalah tambahan. Tak letak pun takpe. Lepas dah penat kacau boleh letak roti. Nak letak banyak or sedikit ikut selera. Aku letak 9 keping roti. Belah dua roti-roti tu dan letak elok-elok dalam bekas tadi. Biarkan adunan puding roti ni selama beberapa minit. Aku  jenis tak penyabar, kejap je aku rendam, seeloknya rendam lama sedikit dalam 30 minit. Dah puas berendam, letak adunan puding roti ni dalam bekas lain pulak untuk dibakar selama 50 minit.

Cara membuat sos kastard
Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu gula dan 2 sudu tepung kastard didalam bekas. Panaskan sehingga sedikit pekat.



Nampak tak sos kastard tu? Since aku terbuat sos ni jadi sangat pekat, terpaksa baiki balik. Camne aku baiki? Tambah 1 gelas air, campur secawan susu segar, dan 4 sudu susu pekat. Kalau nak manis lagi, tambah lagi susu pekat. Panaskan balik adunan sos ni, kacau sehingga sebati. Dah siap...


Selepas 50 minit....


Boleh dimakan ketika panas atau sejuk. 




Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji