12 June 2014

Ini Pokok sangat berhantu



Bukan pokok di atas.

Ini haaa...




Lagu Pokok dendangan Meet Uncle Hussein ft Hazama.

Hari ini tetibe lagu ni terngiang-ngiang di telinga. Dalam kepala asyik duk terpasang lagu ni. Macam ada mp3 je. lol. Kalau nak ikutkan sejarah blog ni, aku dah pernah tulis pasal lagu Pokok di blog. See?? betapa berhantunya lagu ni. Dia buat comeback! Dan juga setiap kali ada pertandingan Juara Lagu, mesti aku teringatkan lagu ni, juga aku pernah selitkan di entri Juara Lagu aku tahun ni. See.. see.. it's haunting me and this blog. it keeps making appearance here and there.*gelak lagi*

Aku rasa lagu ini sangat kuat dari segi liriknya. Walaupun penuh dengan pantun yang kita pernah dengar, but it's still something that we can think about... *hah tetibe speaking*



Pesan orang tua tua, malu bertanya sesat jalan. Nak hidup kena banyak explorasi. Baru tambah ilmu pengetahuan. Cikgu, Ibu, Kawan, Pengalaman juga suatu pembelajaran hidup. Jangan kekok bertanya, jangan segan nak mencuba. Tak try tak tahu. Jangan terlalu nak beralasan. Nak berbelanja jangan ikut kehendak sangat, tengok keperluan tengok kemampuan. Barulah hujung bulan masih ada ruang nak bernafas. Apa jua yang nak dibuat, pasti ada cabaran tapi jangan mudah melatah. Yang penting kesungguhan dan minat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yang penting jangan mudah mengalah. Jika buntu, mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. - Bebelan ikhlas kepada diri sendiri. 

No comments: