27 January 2014

Anugerah Juara Lagu 28. #AJL28 Best ke?

Habis sudah AJL 28. Ni aku punya komen.


Opening: Kenapa tak panggil Faizal Tahir je???? ok lupa, dia dah tak boleh join. *muka sedih* Ralat sebab waktu lagu Mahakarya Cinta masuk final AJL dulu, Faizal Tahir tak dapat nak join *pun sebab sama jugak* Rindu nak tengok Faizal Tahir perform lagu ni lagi. Shila tu ok la, tapi Mus memang tak best dia nyanyi lagu Faizal Tahir. Sorry.

Aku Pelat: Best! Aku suka lagu ni, tapi waktu tengok kt tv terpaksa tahan telinga dengar mak aku membebel pasal kumpulan Salam Muzik ni. Mak aku memang tak berapa gemar lagu ala-ala bercakap laju ni *baca: lagu rap* Sebagai persembahan pertama memang ok lah. Happening orang kata. 

Takkan Terpisah: Biasa je. Vokal Black agak kurang mantap di akhir akhir persembahan. Ingatkan ada harapan nak menang vokal terbaik tapi bila dah nyanyi macam tu, memang say goodbye la kt award vokal terbaik.

In Love With You: Noh & Aizat memang sempoi. Very The Beatles ok style diorang. Retro sangat. Mak aku pun suka. Persembahan ok, dan santai. Tapi aku tak target pun lagu ni dalam ramalan aku.

Hanya Aku: Wah, memang glamour ek kumpulan Hyper Act ni? Ramai gila penonton duk bersorak. Aku memang suka lagu ni sebab lagu tema Teduhan Kasih. Tapi tak tau nape ramai yang kata lagu ni ada harapan nak menang. Bagi aku biasa je. Standard lagu karaoke zaman 90-an. Lagu jiwang orang kata. 

Bosan: Stacy dah tak menari macam dulu. Aku cuma suka part terbang tu je. At least ada la kelainan yang dia buat. Vokal pun dah tak strong. Sorry to say, memang tak nampak ada harapan nak menang. 

Bahagiamu Deritaku: Skema sangat tajuk lagu. Hahaha... Sedap pulak aku rasa lagu ni. Selama ni tak alert sangat. Tapi tiap-tiap tahun Hafiz nyanyi lagu style macam ni je. Bosan dah. Overall, persembahan vokal memang best. Props tu ermm..gigih benor crew angkut pokok-pokok naik atas pentas. Teringat waktu Hafiz mula mula join final AJL nyanyi lagu Masih Jelas yang ada hiasan pokok putih tu. Macam tu lah konsepnya tahun ni. Cuma tukar hiasan putih tu ke pokok kayu.  

Penglipurlara: Okay...this is out of topic. Lagu ni mengingatkan aku dengan lagu Pokok dendangan Meet Uncle Hussein dua tahun lepas yang tak dapat masuk final AJL. Sebab lirik lagu Penglipurlara ni ada unsur2 pantun2 diselit dalam lagu jadi lirik sama macam lagu Pokok dulu. Aku tak puas hati kenapa lagu ni boleh masuk final tapi lagu Pokok tak lepas??? Ironi. kedua duanya dinyanyikan oleh Hazama. 
Ok. Back to Hazama... it's a good song. but unmemorable performance for me. Yang aku ingat dia agak freestyle atas pentas. oh yeahh.. The Penglipurlara, very creative. Game On! Nanti aku tengok balik performance diorang. 

Ikut Rentakku: Kelasss sangat tau penyanyi latar Jaclyn Victor. Siap ada Adibah Noor, Dina Nadzir, Atilia, & Salamiah Hassan lagi. Sorang lagi tak kenal, ampunnn! Salamiah Hassan tu. Penyanyi legend kot! Tapi sayang kamera tak tunjuk sangat dia. Aku kt depan tv duk pikir2 sape lah akak yang nyanyi kat tepi sekali tu. Sebab yang jelas nampak Adibah Noor je. Jac punya persembahan simple je tapi jadi nampak menarik sebab ada iringan background vokal yang mantap daripada penyanyi terkenal. Vokal dia memang best. Layak lah nak challenge Hafiz untuk vokal terbaik. 

Sahabat: Hmmm... Najwa Latif and the gang. Lagu ni santai je kan.. sedap suara Najwa.Tema sahabat. Dulu bawa tema budak2 sekolah, sekarang up jadi pelajar kolej pulak. Sedap suara Sham yang nyanyi tu. Yang rap tak berapa best. Tapi tak suka sangat konsep Najwa bawak ni. Next...

Tanda Tanya: Persembahan daripada Azlan & The Typewriter. Aku tak berapa suka suara bingit Azlan ni sebenarnya. Dia ni memang satu gang la dengan Black, suara tinggi sangat. Pastu Azlan kalau nyanyi mesti banyak part menjerit. Satu benda je yang aku suka pasal persembahan diorang, mic stand Azlan. Menarik. Cool! 

Kau Yang Terindah: Kelakar la persembahan Alyah ni. Sekali keluar Thor kau!!! Vikingdom punya props ke??  hahahha...tapi baju Alyah cantik. 

Kalau Aku Kaya: This is my favourite performance. Pandai Altimet & Awi Rafael. Sangat mengikut tema Game On.  Turun duit dari langit konsepnya. Memang nampak happening bila kamera tunjuk audiences dalam dewan semua excited ambil duit duit yang turun dari langit tu. Sangat cantik bila lagu ni jadi lagu penutup daripada finalis. Kalau aku jadi juri, aku pilih Kalau Aku Kaya sebagai Persembahan Terbaik. Tapi sayang, kategori ini ditentukan oleh SMS. Jadi memang susahlah nak menang. 

Closing acts: Hulll..lagi lagi Amy Search. Lagi lagi Ziana Zain. Tak de orang lain ekk? Takde lagu lain ekk?? Please la...selalu je nak panggil otai2 nyanyi lagu rock, lagu lama. Sekali sekala tu boleh tapi kalau dah tiap tiap tahun panggil diorang, AJL panggil diorang, ABPBH pun panggil diorang. Bosan wehh.. Waris lagi cun kalau dia nyanyi lagu Rembau Most Wanted. Ajak la Dato' M Daud Kilau join sekali. Baru fresh. 

Ramalan aku:
Vokal- Hafiz, Persembahan- Awi&Altimet. 
*aku teka dua kategori je, yang Top 3 aku malas nak teka sebab tak tau sangat lagu-lagu yang bertanding.

Pemenang:
Vokal- Jaclyn Victor
Persembahan- Hafiz   (duhhh...ni mesti sebab undi SMS)

Juara Lagu: Bahagiamu Deritaku  (ok la. lagu ni pun best. ramai yang kata, sebab Azmeer ketua juri, so lagu balada ada harapan besar menang AJL)
No. 2: Hanya Aku           (tak sangka menang no. 2)
No. 3: Kalau Aku Kaya   (yeahhh lagu ni dapat award jugak)

AG & Scha did a good job as the hosts for AJL. Tak de banyak jenaka kutuk mengutuk. Bagus. Paling best ayat Scha 'Biar tak lawak tapi jangan biadap' good point!

Tapi aku rasa kesilapan besar AG & Scha adalah bila diorang tak bagi peluang kepada LY& Baiduri selaku pemenang Juara Lagu untuk bagi ucapan. Ada ke patut Hafiz awal2 dah keluar bagi ucapan. Respect la sket kat tuan punya lagu tu. Bagi peluang kt diorang nak bagi ucapan. 

Kesilapan TV3 juga bila nama pemenang yang keluar di skrin adalah nama penyanyi bukannya nama lagu atau nama pencipta lagu tersebut. Like Hello??? ni Pertandingan LAGU ok. Ada ke patut....dekat skrin, Juara Lagu- Hafiz. Sepatutnya tulis lah... Bahagiamu Deritaku. 


Lastly, aku suka set pentas AJL kali ni. So, overall best ke AJL 28 ni? Bagi aku boleh lah. bestlah jugak walaupun ada benda2 yg aku tak puas hati.  

No comments: