29 November 2011

Tanya sama pokok.....

Mesti ramai yang dah dengar lagu Meet Uncle Hussein tu kan? lagu POKOK tu...
Ok. Aku nak buat pengakuan di sini. Aku baru je dengar lagu ni dua hari lepas. Maksud aku, dengar sampai habis. sebab sebelum ni aku pernah tengok Nubhan nyanyi masa pencalonan muzik muzik dulu. tapi time tu aku buat dunno je. tak fokus pun. Dengar gitu gitu je. Lepas orang duk kecoh-kecoh pasal lagu Pokok tak lepas ke final AJL baru la aku duk terhegeh-hegeh nak cari kt youtube. Mannnn... where have i been? toleh kiri toleh kanan.... nun ke korea rupanya. tulah.. asyik dengar BIGBANG je. mwahahaha....


Best giler lagu ni wehh... aku suka dengar lirik lagu ni. Aku ni kalau dengar lagu melayu, walaupun tak fokus kt lirik, tapi kalau lirik tu boleh menarik perhatian aku, dan boleh buat aku ikut nyanyi sekali dan buat aku terfikir pasal makna lirik tu, memang lagu tu ada dalam list A+ aku lah jawabnya. (Bapak panjang ayat tu... =P )

Aku leh bayangkan betapa gahnya si Taja tu duk goreng gitar dia time final nanti (sayangnya tak masuk final). tu lahh.. sape suruh tak bagi hazama yang nyanyi. kan dah melepas Juara Lagu.

Ni plak versi Nubhan yang nyanyi time semi final hari tu.





p/s: Faizal Tahir teka antara lagu Pokok dan Penakut yang ada can nak menang Juara Lagu. Dah tu.. Pokok tak lepas, tinggal Penakut je lah kan.. tapi aku tak suka sangat lagu Penakut ni. Kalaulah Cinta Muka Buku yang menang.... *facepalm*

No comments: