Abang Long Fadil 2





Filem sequel Abang Long Fadil ni katanya dah cecah rm13 juta dalam tempoh 13 hari. Serius lah gempak! Box Office! Sabtu lepas aku sempat pergi tengok filem Abang Long Fadil 2 di GSC. Ramai sangat orang kt dalam hall tu. Hampir penuh jugak la aku tengok. Aku pun terpaksa beli seat yang kt bawah.

Filem Abang Long Fadil 2 ni kalau tak letak "2" kat belakang tajuk filem tu pun tak pe. Sebab yang sequel mengenai filem ni hanyalah watak Zizan tu sahaja. Yang lain semua baru. Pelakon-pelakon lain yang ada dalam filem ini seperti AC Mizal, Syamsul Yusuf, A.Galak, Shuib, Achey,Wak Doyok, Tania Hudson semuanya memegang watak2 baru dalam siri Abang Long Fadil ini. Memang tak ada sambungan dari segi jalan cerita dengan filem Abang Long Fadil yang pertama dulu. Pendek kata kalau tak tengok filem pertama pun tak pe.

Kisahnya bermula dengan Fadil yang sudah keluar dari dunia gagster dan ingin mulakan hidup baru. Tapi tetap tak tinggal buat kerja tak betul dia. Haha... boleh pulak dia ambil upah jadi gigolo pergi masuk bilik hotel datin kaya. Nasib Fadil malang bila selepas Fadil keluar dari bilik datin tu, datang seorang lelaki misteri bertopeng yang dikenali sebagai Tiger yang menembak datin tersebut. Tiger sempat melarikan diri. Polis datang ke tempat kejadian dan menemui bukti cctv yang menunjukkan Fadil ada pergi ke bilik hotel mangsa. Fadil ditangkap.....dan bermulalah kisah bagaimana Fadil beraksi untuk membuktikan dirinya tak bersalah. Cerita panjang-panjang kat sini nanti jadi spoiler pulak. hehe..

Karakter yang menyerlah dalam filem ni aku rasa yang watak-watak sampingan tu sepertiWak Doyok (Wak Doyok), King Kong (AC Mizal) dan Taji Samprit (A.Galak). Mereka ini adalah scene stealer dalam filem ni. Inspektor Wahab (Syamsul Yusuf) dan Inspektor Shuib dah macam Polis Evo pulak. Watak wartawan tu tukar orang lain yang lebih pandai berlakon lagi elok rasanya. Tanis Hudson tu macam kaku sikit. Zizan pula,,,well he is Zizan. Karakter dia kurang kelakar dalam filem ni. Fuhh lega! Jadi tak perlulah aku tengok aksi-aksi komedi yang tak kelakar dari dia. Dan aku nampak Sani dalam Fadil. Teringat karakter Inspektor Sani yang dia berlakon dalam Polis Evo. Siapa Tiger yang sebenarmya? Itu misteri yang akan terjawab di penghujung cerita.

Action scene dalam filem ni terbaik. Waktu kembar King Kong berlawan dengan Fadil tu kelakar. Waktu Inspektor Shuib berlawan dengan penjahat yang 6-7 orang kt tempat yang sempit tu memang stylo. Macam filem Hong Kong. Haha... CGI pun rasanya ada improvement berbanding filem yang pertama. Tak boleh blah bila Transformer tetap nak interframe dalam filem yang kedua ni.

Filem ni memang menghiburkan. Kalau siapa suka Polis Evo, pasti akan menyukai Abang Long Fadil 2. OST filem ni pun boleh tahan. Kaki Licik dan Senorita.




Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji