13 September 2017

The Battleship Island

Filem Korea yang aku paling tunggu tungu nak tengok. Sebab ada Song Joong Ki. hahaha.. jangan marah.

Filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar yang berlaku di zaman pemerintahan Tentera Jepun. Berapa peratus kisah benar dan berapa peratus fiksyen dalam filem ini tak dapat dipastikan.

Yang penting Joong Ki tetap menjadi askar Korea dalam filem ini dan di hujung-hujung cerita tetap menjadi hero.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Hwang Jung Min, So Ji Sub, Lee Jung Hyun dan Kim Su An (pelakon cilik dalam Train To Busan).



Dari segi plot, aku bagi 3/5. Plot dia bergerak cepat. Tapi tak terlalu choppy. Flow dia nice. Senang faham. Walaupun aku rasa ada few scenes yang patutnya dijelaskan dengan lebih details lagi. Especially part Joong Ki yang from Army Base to tetiba eh dah ada dalam terowong arang batu di pulau tu. Cepat advance hebat joong ki ni. Dan juga perlu ada lebih banyak scenes untuk menunjukkan perkembangan karakter setiap watak peting dalam filem ni. Karakter Jung Hyun dan Ji Sub tak perlu nak ada bibit-bibit romantik. Sebab sikit sangat. Alang-alang sikit, baik tak payah ada terus. Lagipun ni cerita perang. Cerita bagaimana orang-orang Korea di dalam pulau tersebut nak larikan diri.

Action scenes aku bagi 4/5. Gempak. Scary pun ye especially yang hujung-hujung tu. Selamba je pancung kepala orang. Tapi ni zaman pendudukan Tentera Jepun. Tentera Jepun era 40-an dulu memang terkenal dengan kekejaman dia. So balas pun cara kejam jugak la kan... Scenes yang Jisub berlawan dalam bilik air tu seksi ok. Tak pakai baju. Pakai cawat je. Yang tu pun scary. Sakit giler nampak. Pandai dia berlawan.

Scenes bapak dengan anak dalam cerita ni sweet. Hwang Jung Min as the father and Kim Su An as the daughter. Tapi hujungnya sedih sangat. Sebab sorang je survive.

To be honest, aku tak tahu pun pasal history Hashima Island atau lebih dikenali sebagai Battleship Island ni. Jadi, filem ni sedikit sebanyak bagi sedikit info sejarah mengenai keadaan orang Korea di zaman penjajahan Tentera Jepun dulu. Walaupun banyak dalm filem ni yang dikatakan hanyalah rekaan, but you can get the gist of it..

Hashima Island. Bentuk macam kapal perang

cr pic: soompi



No comments: