Polis Evo best!

Hari ni aku berkesempatan menonton filem Polis Evo. Dah lama plan nak pegi tengok, before raya haji lagi, tapi member2 x nak join. cait!! tak menyokong industri filem tempatan betul. hehe..
anyway..... hari ni aku pegi jugak. Kenapa aku rasa nak pegi.... ntahlah.. somehow aku rasa filem ni takkan mengecewakan aku. dah lama aku tak tengok filem melayu kt pawagam. Bila aku try nak recall filem apa last aku tengok...serious tak leh nak recall. Dah bertahun kot aku tak tengok filem melayu kt cinema. Sebabnya...aku tau raya tahun depannya mesti ada tunjuk kt tv. hahaha.. 

Ok. back to Polis Evo.


Polis Evo kisah dua orang inspektor polis. Khai & Sani yang berbeza style kerja tapi perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kes Syabu Naga di Terengganu. Itu je serba ringkas cerita polis evo ni. Nak tau lebih kena tengok movie ni sendiri. Sebagai penonton biasa, aku sangat berpuas hati dengan movie ni. Baik lakonan, aksi, sinematografi, dialog semuanya cukup rencah. Tak de lebih takde terkurang. Semuanya cantik tersusun aje. Watak Khai hebat bila part aksi. Sangat meyakinkan sebagai supercop Khai. Ada satu scene yang Khai ceritakan pasal keluarga dia pada Sani selepas dinner di rumah Sani tu bagi aku sangat menjadi lakonan Sam dalam scene tu. 

Tapi aku rasa watak Zizan sebagai Inspektor Sani mencuri tumpuan aku. Sebelum ni aku anti sedikit dengan lakonan Zizan dalam filem2 dia yang dulu. Sebab lawak2 dia banyak yang tak kelakar bagi aku. Tapi dalam polis evo ni, dia bagi lakonan yang sangat baik. Lawak dalam dialog dia, lakonan dia semua menjadi. Agaknya sebab dialek Terengganu dia kot. Lokasi cerita di Terengganu dan bukannya di Kuala Lumpur seperti kebanyakan filem aksi sebelum ni juga memberi kesegaran pada filem ni. It's refreshing to hear Terengganu's dialect from Nora Danish. Haha... Quite convincing. 
To all, siapa yang belum tengok lagi, aku syorkan pergi la tengok. Tak rugi. 



Lagu filem ni pun best. 

Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji