25 September 2016

Train To Busan


Sebelum cuti raya haji yang lepas, aku sempat pergi tengok filem Korea tajuk Train To Busan. Siapa yang masih belum tengok, aku syorkan pergilah tengok filem ni. Best sangat!
Filem ni punya thrill rasa lain macam. Rasa macam aku pun ada dalam train tu. Nampak je zombi duk kejar orang, terus semua pakat duk jerit LARI!!!

Filem ni nak cakap, jangan pentingkan diri sendiri. Itu mesej utama yang aku dapat daripada filem ni. Kalaulah orang-orang yang dalam koc tu cepat bukak pintu, mesti pakcik badan sado tu masih selamat.

Paling sedih bila part ending masa ayah budak tu kena gigit zombi jugak. Huaaaa!!!! Nangis juta lemon aku tengok part ni. Budak tu pandai sangat berlakon. Dia faham dan boleh agak apa akan terjadi dekat ayah dia lepas tu.





Tapi sepanjang aku tengok filem aku tertanya-tanya macam mana diorang semua ni boleh bertukar jadi zombi. Macam mana virus boleh tersebar? Mungkin persoalan ni akan terjawab dalam filem  'Seoul Station nanti. Filem 'Seoul Station' adalah filem anime yang juga prequel kepada filem Train To Busan. So, hopefully will be answered there.


No comments: