Filem Pusaka


Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem terbaru Pusaka. Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, dan Hafidz Roshdi. Bila tengok filem Melayu genre seram memang aku rasa takut sedikit. Kalau cerita english aku okay je. Tapi kalau filem Melayu seram dia bukan biasa-biasa. Mungkin sebab environment dalam filem tu yang dekat dengan masyarakat Melayu jadi seram filem Melayu ni lebih extra. 

Filem Pusaka secara ringkasnya mengisahkan Inspektor Anuar yang ditugaskan untuk menyiasat satu kes di sebuah banglo lama. Dia terjumpa seorang mayat dan seorang perempuan yang masih hidup di dalam banglo tersebut. Pelbagai perkara mistik terjadi dan satu persatu ahli keluarga perempuan ini diserang. Tak mau lah tulis jalan cerita sampai habis, silalah menonton di pawagam berhampiran. #sokongfilemtempatan

Apa yang best pasal filem ni? Syafiq Kyle. Hahahha... bukan sebab dia handsome. Tapi sebab dia dah berjaya lakonkan watak Inspektor Anuar dengan sangat baik dan menjadi. Tahniah Syafiq Kyle. Lakonan dia buat aku lupa pasal Ustaz Adam. Filem ni tiada elemen percintaan tapi betul-betul filem penyiasatan. One man show pun ye jugak sebab scene Syafiq Kyle paling banyak. Dari awal sampai akhir full of suspense dan buat aku terkejut. Jalan cerita yang teratur, senang untuk difahami. Ada plot twist di hujung cerita. Walaupun tak banyak karakter development melibatkan pelakon-pelakon tambahan yang lain, tapi kemunculan Faizal Hussein dan Ogy Ahmad Daud tetap memberi impak yang positif kepada filem ini. Chemistry antara Mimi Lana dan Syafiq Kyle sebagai pasangan kembar juga bagus. 


Aku harap filem ini akan ada sambungan. Aku nak tahu apa akan jadi dengan kes Inspektor Anuar. 

My Rating: 3.5/5


Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji