Charlie's Angels


Semalam aku pergi tengok filem terbaru yang sedang tayang sekarang - Charlie's Angels. Siapa yang nak rilex-rilex chill sambil makan popcorn boleh la cari masa pergi tengok filem ni. Aku tak nak review panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best untuk ditonton. Ada aksi, ada lawak-lawak jugak especially from character Sabina (Kristen Stewart). Ada plot twist di hujung cerita. Dia buat kita berteka teki siapa sebenarnya dalang yang mengancam keselamatan charlie's angels 3 orang tu. Aku suka tengok gadget-gadget diorang. Ada cermin mata Tony Stark guysss. Cermin mata yang bila dipakai je kita boleh scan background orang-orang di depan kita. Like seriously??? Benda ni memang dah ada orang cipta ker? Atau ciptaan untuk  digunakan dalam filem sahaja. Ada coklat pudina tapi bukan coklat dan bukan untuk dimakan sebab ia hanyalah alat untuk buat orang pengsan. 

Overall aku enjoy tengok filem ni. 
My Rating: 4/5

Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji